Thursday, March 17, 2011

143. kuih bakar daging


Kuih bakar daging ni favourite anak kjee masa dia kecik. Dia panggil pizza melayu. Sedap sangat makan dengan cili sos. Tapi kalau nak buat kuih bakar ni ada syarat. Tak boleh kedekut bahan2nya. Untuk tiga biji kuih ni, kjee guna ¼ kilo daging dan 5 biji telor. Ada dulu kawan kjee macam nak terkeluar biji mata bila dengar guna banyak sangat telor. Kenapa? Mahal sangat ke 5 biji telor. Hmmm semua nak murah, nak senang, nak sedap. Maleh nak layan. Oklah tak nak melalut. Kita ke bahan2nya.

BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.





(NOTE: ACUAN KUIH BAKAR JENIS ALLUMINIUM BOLEH DIGUNAKAN UNTUK RESIPI NI. KJEE FAHAM BUKAN SEMUA ORANG ADA ACUAN TEMBAGA. KALAU BAKAR TERUS DALAM LOYANG, TAK PASTI LAGI HASILNYA CAMNER. KALAU NAK CUBA, TERSERAHLAH. ADUNAN INI JADI 5 BIJI)



17 comments:

  1. resepi jee yang ni memang menarik minat untuk mencubanya. sure lazat punya. orang melayu ni citarasanya kemelayuan je ye...

    ReplyDelete
  2. menarik dan mengancam, tapi rempah daging tu apa? zaliza

    ReplyDelete
  3. rempah daging yang kita buat kari tu. kjee guna rempah kari daging jenama babas.

    ReplyDelete
  4. oooooo...rempah kari daging. kena cuba weekend ni. terima kasih kak jee- zaliza

    ReplyDelete
  5. cantik menarik lazat deboom..mesti cube nih, mcm cara berlauk tapi versi besar kan kjee..

    ReplyDelete
  6. kjee tambah sikit air dalam bancuhan tau. biar lembut sikit.

    ReplyDelete
  7. kak gee....resepi kak gee yang membuatkan saya tak senang duduk tau...mesti nak buat petang ni...tapi saya tak sekreatif kak gee.....mybe buat cara mudah je...terjunkan semuanya dalam loyang n bakar....hehehe....mintak izin ambik resepi ye....tq...

    ReplyDelete
  8. Kak Jee nak gak try....tapi tak tahu ler bila nak buat...hu hu hu

    ReplyDelete
  9. salam kak jee...jual berapa rm sebijik? mesti sedap, nak suruh isteri try..tq

    ReplyDelete
  10. Encik Ahmad Nasrah. Kjee hanya amik order oranag KL sebab kena amik sendiri. Sila sms 0126780501. tq

    ReplyDelete
  11. Salam kak ji. Tq for the resepi. Senang dan sedap. Ank2 pun suka makan. Dah buat dua kali.

    ReplyDelete
  12. Tq kak jee for the resepi. Senang dan sedap. Ank2 suka makan.

    ReplyDelete
  13. As salam, sis. Mohon share resepi. Tq, sis :)

    ReplyDelete
  14. dah lama nk try kuih bakar, akhirnye berjaya jugak. suka ngan inti daging yang melimpah ruah...sedap dan mengenyangkan. tq kak gee sbb kongsi resepi :-D

    ReplyDelete
  15. Assalamuilaikum kak jee mohon share ye. Nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  16. memang favorit ....
    kalu gi Masjid Tanah mesti beli
    ( ada di jual di geraisebelah stn Petronas Masjid Tanah )....
    memang popular kueh ni...

    ReplyDelete
  17. Trmksh Kak Jee ..mesti sdp ni in shaa Allah nk cuba nanti...

    ReplyDelete