Monday, March 21, 2011

152. Satay dan Kuah Satay



Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk satay, sakit nak beranak. Pastu masuk dlm rumah terus Kjee keluar.

Ya ker...jadi taklah beranak dalam dulang satay...Merepeklah mak.. risau kjee dengar. Datuk Kjee dulu jual satay. Memang famous satu Malaya.  Di Kuala Lumpur, sebut Majid Satay semua kenal. Satay dia sedap sangat.

Dulu masa kecik, datuk Kjee meniaga di Campbell Road. Setelah dia tiada, kami membuka Restoren Satay Anika di Bukit Bintang Plaza.. Sekarang Satay Anika dan datuk dah tak de. Tapi sepupu2 Kjee ramai yg masih jual satay ikut resipi datuk kita. Nasib baiklah dia orang jual. Kalau tidak, susahnya Kjee sebab susah nak selera makan satay orang lain...hehehe maaf ya.

Hari ni Kjee nak bagi resipi Raja Satay Malaysia iaitu Majid Satay.Rahsia buat satay ialah kita mesti gunakan daging batang pinang. Memanglah mahal sikit tapi kalau daging biase, keras. Resipi yang ada pada Kjee guna kati so Kjee tukar ke kilo ya. Kita tengok resipi dia.

Bahan2nya: (SATAY)

600 gram daging batang pinang.
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kunyit

caranya:

Daging dibersih2kan urat2 dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Ricik serai dan tumbuk halus, asingkan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti  gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul2. Perap selama dua jam. Jangan bubuh sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. Pastu, cucuklah guna lidi daun kelapa atau sekarang orang pakai lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk2 sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik2kan. Hati2 jangan terbakar lidinya atau daging hangus. Satay ayam pun sama caranya. Beli isi dada ayam. 
(KALAU NAK BUAT SATAY GORENG, TAK PAYAHLAH CUCUK DAGING PERAP. GORENG SAHAJA DAN CURAHKAN KUAH DIATASNYA. ATAU DIMASUKKAN SATAY YANG TELAH DIGORENG DALM PERIUK KUAH)

KUAH SATAY

Ada macam2 versi kuah sate. Keluarga sebelah bapak Kjee kat Melaka pun jual sate. Dia orang bubuh biskut Marie sebab nak bagi kuah dia pekat. Ntahlah Kjee dah lupa rasenyer. Tapi kuah sate Majid Satay guna kacang tanah 100% so very de ori. Pastu kita orang guna gula Melaka bukan gula putih. Gula melaka lagi lemak kata arwah mak. Resipi untuk kuah ialah:

bahan2nya

600 gm kacang tanah yang telah disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering dikisar
1 cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara:

Kacang tanah mestilah cukup masak setelah disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

Bawang besar di mayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Air juga dimasukkan sebanyak kira2 dua cawan. Bila sudah mendidih, masukkan gula melaka dan garam.

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai2lah nak agak banyak mana air yang hendak diletak.

Selain makan satay dengan kuah dan nasi himpit, sedap jugak kalau dihiris bawang, cili api bubuh kicap dan dimakan bersama satay. Hmmm sedapnya. Selain itu, hirisan timun juga suatu kemestian. Selamat mencuba.

53 comments:

  1. Mummy jee dulu saya duk dengan jiran yg tolong cucuk satay. Dia pandai buat kuah satay. Kuah dia fulamakss power kedemak!!! Tetapi bila minta resepi ( wahal dia tak meniaga satay langsung !!Dia cuma ambil upah cucuk satay aje ) punyalah kedekut!! Mcm2 alasan dia bagi then kalau kita pergi ke rumah dia ( terpaksa ) sb ada hal dan time tu dia tgh masak kuah satay dia boleh stop masak and terus tutup periuk tu dgn tudung saji sb tak nak kasi kita tgk. Lokek ya amat!!!
    Skrg sy happysb Mummy Gee dah kasi resepi turun temurun tanx nanti boleh cuba ;p

    ReplyDelete
  2. Assalam akak,dah lama follow n jadi silent reader blog akak,arini baru tergerak ati nak bagi komen,tgk semua resepi2 akak mmg sempoi n sedap2 sgt,nnti leh lah try resepi2 yg akak post..tengs yer kak sharing resepi..

    ReplyDelete
  3. salam kjee, sy dok obersea ni baru la memandaikan diri buat sate, bakar dalam oven je so kering sket la isi dia..tp boleh la kan, mengubat rindu nak makan sate kt msia huhu...

    tp resepi sy pakai tu ada letak jintan, ketumbar, madu and buah keras, cilok dlm mamafami fp...nnt nak try la letak kacang hancur, gabung dgn resepi kjee..sure meletop satu aberdeen haha perasan! =P

    ReplyDelete
  4. trillions thanks to kjee for the great recipe..loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeee u lah :-)

    ReplyDelete
  5. kjee...nor ingat lagi kedai satay aneka d bukit bintang tu.....kuah kacang kjee simple nor nak buat sebab nor suka sangat makan kuah kacang.....norasmah/ thanks kjee

    ReplyDelete
  6. kjee heran kenapa orang lain punya resipi satay banyak sangat bahannya. dulu kjee pernah pergi kilang haji samuri satay di kajang interview dia. dia kata bubuh jintan, lengkuas, buah keras. isyhh datuk kjee pun jual satay. kat kl ni dia famous giler. tapi tak bubuh rempah langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi kuah pun simple sempat buat utk pagi raya, mcm tak percaya, sedappppp. Dulu mcm2 bahan, susah nak jadi. Siapa yg nak makan kuah kacang dgn nasi impit yg sedap ambik resepi ni. Mudah dan sedappp.
      Ni cuba buat sate, mula2 ragu2 juga takde rempah, tp bila dah gaul kacang kisar,gula,garam,kunyit serbuk & serai baunya wangii ,harap menjadi. Nak bakar mlm ni. Al fatihah kpd tok majid

      Delete
  7. Salam, Kjee.

    Dulu masa study selalu my friends and I went to satay Anika. Kekadang we tapau and balik makan kat rumah my brother kat Bangsar. My sis-in-law suka melayn kitorang ni and sometimes i babysat their daughter bila diorang outstation. Lama lepas tu tak dengar cerita Satay Anika lagi dah.

    Tapi, honestly, Satay lain tak boleh lawan Majid Satay. I think Samuri comes third after Satay Anika.

    Kjee, dengan rasa terharunye (sambil teresak-esak.. drama sikit).. Thanks for sharing the kaw-kaw recipes. My daughter yang hantu nasi lemak (sampai boleh identify kedai mana yg sedap nasi OR sambal dia) dah tak nak nasi lemak beli dah. Sekarang ni tiap-tiap minggu masak pes sambal tumis satu tupperware medium size and tak lagi kelam kabut nak masak breakfast, lunch or dinner. Nak pelbagai sambal, mee goreng, nasi goreng? Chewah... Eksyen pulak.. semua dalam tangan.

    Kjee, you are a magician! You have helped me organize my cooking, shown me how to mensedapkan the food cooked, and also taught me how to save the household expenses.

    May ALLAH bless you and family.

    ReplyDelete
  8. barulah tahu resepi satay ni simple je...tapi sure sedap. pernah merasa air tangan jee ni...tiada tandingannya. bagi akaklah...

    ReplyDelete
  9. thnx Nin. Your comment almost moved me to tears. syukur alhamdullilah my receipes have made so many people happy.
    memasak ni macam melukis. suka hati kita nak bubuh kaler apa. janji sedap pada mata kita. kalau tak de 'warna' yang sesuai, kita campur2kan 'warna2' yg ada. hehehe

    ReplyDelete
  10. salam kak jee..
    Maaf ye liza sibuk sikit..baru berkesempatan nk cuci mata..Suka sgt blog kak jee ni..mcm2 ada resepi pon sedap2..insyallah mesti cuba ni..

    ReplyDelete
  11. satay aku pernah buat dulu masa duduk di US, semenjak balik Malaysia lebih 20 tahun dulu aku tak pernah buat sendiri sbb malas lagipun senang nak beli satay kat mana-mana ada tapi dengan adanya resepi majid satay yang famous ni aku nak cuba buat satay lah nanti. thanks jee.

    ReplyDelete
  12. Salam Kak, saya adalah pengeluar mesin pencucuk satay. ianya mudah dan efisien dan yang paling penting ia cepat kerana dapat cucuk 30 satay dalam masa kurang satu minit. sekiranya akak berminat sila hubungi saya di 019-2805899 atau email : irshahid75@gmail.com

    TQ

    ReplyDelete
  13. salam kjee, sy dah try resepi kuah kacang ni..memang terbaekk lah! dah la 1st time seumur hidup buat kuah sate, alhamdulillah menjadi dengan lazatnya..hehe...lepas ni kalau masak kuah kacang je mesti teringat kt kjee...thanks so much kjee!

    next time nk try resepi sate ni pulak =)

    ReplyDelete
  14. aisey, resepi ni mabeles la... nak cube la

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Jee. Nampak simple jer resepi nie...sy teruja nak mencubanya....tq for the resipi.

    ReplyDelete
  16. Kjee, saya suka sangat satay & abc kat satay anika tu. Fav place, tiap kali ayah dapat gaji mesti ke sana. Memang sedap satay kat situ, too bad dah tutup. Btw, hari ni saya nak cuba guna resipi akak. Thx very much for sharing this recipes

    ReplyDelete
  17. dulu saya staff kat majid satay..time tu abg zack supervisor..memang famous sangat..time public holiday que panjang

    ReplyDelete
  18. Yusuf Majid aruah suami Seniwati Sarimah tu anak aruah Tok Jee ke dan beliau bapa sedara Jee ke? Begitu juga dengan Zain Azman?...

    ReplyDelete
  19. Yusuf majid tak ada kena mengena dengan kami. arwah zain azman atau nama sebenarnya Aziz Majid adalah adik kepada arwah bonda saya.

    ReplyDelete
  20. kak. kalo nk berbuka kt restoran ni kne reserve dulu ker?

    ReplyDelete
  21. Restoran satay kami mana ada lagi. Hehehe

    ReplyDelete
  22. Resepi akak nampak mudah. Entah sedap tak?

    ReplyDelete
  23. Simple sangat .Entah boleh pakai tak?

    ReplyDelete
  24. Saya dah try resepi kuah satay yang ini. Nampak simple tapi menjadi dan sedap ! Thanks kpd tuan empunya blog. May Allah Bless you :)

    ReplyDelete
  25. Kjee, hari ahab ni saya nak masak kuah satay utk raya open house kat opis. Kita pot luck, saya telah menyambut cabaran utk buat kuah satay. Ini adalah percubaan yg pertama. Saya akan cuba resepi Kjee. Insya Allah semuanya suksess.

    ReplyDelete
  26. K jee..tks utk resepi kuah kacang ni.. Frankly speaking sy first time buat ms raya baru ni. Sblm ni sy beli yg segera je. Pernah nk buat resepi2 lain tp complicated sgt..segala mcm benda nk kena letak. Bila tgk k jee nyer cara ni sy trus cuba... mmg Berbaloi.. Super simple n yet Super sedap.

    ReplyDelete
  27. Kjee..TK 4 d resepi. Nampak simple ramuannya. Sy belum cuba..insyaAllah. Nak tanya sikit dr pengalaman Kjee. Ada sate yg saya tengok kat display kaca tu kemerahan sedikit dan bila d bakar, nampak perang. Berbeda dgn sate lain nampak kekuningan dan bila bakar nampak kuning pudar. Boleh comment cara/ramuan tambahan utk nampak kemerahan tu!

    ReplyDelete
  28. KUAT BARISAN NIH......

    ReplyDelete
  29. i pun nak try la...nampak simple je...thanks kjee

    ReplyDelete
  30. K.jee..t.kasih resepi..hr ni cuba reseoi k.jee. alhamdulillah...jd,tapi makan dgn ktupat nasi nona je..x ade sate ayam&daging pun laku jgak..

    ReplyDelete
  31. Salam Kak Jee ..resepi sate akak sungguh ringkas ...biasanya ada resepi yg letak ketumbar dan jintan2 (tapi saya lupa jintan tu apa)untuk bagi wangi ..betul ke Kak respi ni hanya guna serai ..tak perlu ketumbar dan sebagainya ..Terima kasih

    ReplyDelete
  32. Daging dgn ayam perap sma2 la?

    ReplyDelete
  33. Salam 1Malaysia. Saya seorang warganegara yg sedang berkerja di Hong Kong. Hari ini I try resipi ini buat satay sama kuah sekali. Sekeluarga semua suka. Walaupun tak sesedap Satay Anika yang kita makan bulan lepas bila kita balik kampung ke KL, boleh tahan juga. Terima kasih!

    ReplyDelete
  34. Terima kasih kerana mencuba. Inilah resipi satay anika. For your info, satay anika dah tak wujud sejak hampir 25 tahun lalu.

    ReplyDelete
  35. Raya ni nak try buat kuah satay kak g lah.tq 4 recepi.

    ReplyDelete
  36. Slm Kak Jee..Majid Satay d blakang Campbell Shopping Complex mmg satay yg Terbaik!! Mula blajar mkn satay perut puun dri Majid Satay. Lembut, juicy, lmak berkrim..mmg The Best!! Then buka Anika Satay, kmi pun ke sana bbrp kali smpailah Anika Satay tutup. Tak sangka resepi satay Majid yg simple ini begitu sedap. Mungkin krn buat dri hati, maka jatuh juga ke hati..thnx kak Jee..sya suka dgn resepi2 kak Jee yg betul2 kak Jee pilih yg mmg resepi Ori. Sya pernah buat kuah tauhu bakar kak Jee. Mmg perfect!! Thnx again..smoga kak Jee sukses Dunia Akhirat.. Amiin ☆♡☆

    ReplyDelete
  37. Salam kak jee.pertama sekali sy mohon ampun dan maaf kerana telah menggunakan resepi satay dan kuah kacang keluarga kak jee.sy bkn org senang akak.jd sy cuba guna resepi akak buat meniaga.alhamdulilah hr nie 1st day dlm 60 cucuk jual.xperkan rezeki allah.cuma sy minta halalkn blh tak akak sbb buat berniaga akak.dan doakan sy yer dan suami istiqamah

    ReplyDelete
  38. Wkmsalam. Kjee halalkan dunia dan akhirat. Kjee doa agar bisnes awak berjaya.

    ReplyDelete
  39. Tq kak jee halalkan ilmu.xsgka dh sebulan dh berniaga.adalah rzeki skt.yg pnting tiap2 mgu ada share untuk masjid.nk menyimpan tue tak la lg.tp stakat menampung duit poket and suport hutang skt2 pun dh syukur.amin semoga org ramai sk satay reseph kak jee

    ReplyDelete
  40. Kjee, saya mohon kebenaran jgk utk guna resepi satay, dah cuba hari nie meme sedap. Terima kasih. Nak tanya apa kaitan keluarga kjee dgn kpt.sani?

    ReplyDelete
  41. Silakan Azman. Rasanya tak ada kena mengena sebab tak pernah pun dengar nama tu.

    ReplyDelete
  42. assalam, saya adalah kawan lama salah seorang anak tauke sate anika tak ingat lak namanya, tapi kami sama-sama sekolah dan adalah classmate di sek rendah padang tembak 2..Dulu dia badan besar.. now dah slim kot..dah betul-betul lupa namanya..kalau boleh bagi contact number dia saya nak contact...class mate kami yang lain antaranya Faizal, Abdul Qadir itupun kalau dia ingat lagi lah

    ReplyDelete
  43. Salam , wujud lgi ke blog ni? Saya nak cuba resepi ni n copy, minta di halalkan ye.

    ReplyDelete
  44. Salam Kak Jee. Nak tanya, sukatan gula tu guna cawan teh atau cawan standard untuk baking tu?

    ReplyDelete
  45. Waalaikummussalam Azya... apa2 pun boleh.

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Kak Jee... semoga diberkati Allah...berkongsi resepi dgn orang lain...

    ReplyDelete
  47. Salam dulu mak saya kejee kat kedai tu

    ReplyDelete