Monday, April 18, 2011

235. Rawatan Alternatif Hj Zubir@Zabir

depan rumah Hj Zubir

hari rawatan dah tukar. Isnin -Khamis 10am-4pm

bersih luar kawasan rumahnya
sambil tunggu giliran sempat main game hehehe

Inilah Hj Zubir suliman

Kidal rupanya Hj Zubir!

Kejab orang dia panggil dia Hj Zubir, kejab Hj Zabir. Kjee tanya dia tadi...kenapa cam tu? Pak Haji yang kelakar ni kata, masa dulu2 bapak dia pelat sikit kot. Masa nak daftar nama dia, jadilah Zabir sedang dia lebih suka nama Zubir. Apapun, orangnya sama. Cukup kelakar dan sempoi.

Hari ni Kjee pergi sana bukan sebab Kjee sakit tapi Nadia yang tetiba complain betisnya selalu sengal2 dan ngilu kat tulang. Walaupun taklah sakit tetapi nyata sekali dia tak selesa. Ajak gi doktor dia malas sebab dia kata nanti doktor bagi panadol. Ubat tu ada berlambak dalam biliknya.

Since hari ni dia tak de kuliah, kami pun pergilah jumpa Hj Zubir. Ini kali keempat Kjee ke sana. First time dulu kami pergi hari Ahad. Hari tu dia tak bukak 'klinik'. Hji Zubir hanya bukak 'klinik' dari Isnin ke Khamis dari jam 10 pagi hingga 4 petang! Hari lain tak der!

Nasib baik jugak tiap kali Kjee pergi orang tak ramai. Kjee pasang telinga dari 'pesakit' Hj Zubir yang kata kalau dulu2 ramainya orang sampai kena tulis nama!

Haji Zubir bagi Kjee teh herba sama untuk legakan pernafasan dan juga untuk ringankan badan. Nadia pulak diberi ubat untuk meredakan sakit2 di ligamen nya.

Alhamdullilah sejak tiga kali pergi jumpa Hj Zubir, dengan izin allah swt, penyakit lama Kjee dah banyak reda. Badan pun dah rasa ringan sangat (ringan je tapi tak pun kurus lagi hehehe). Pastu kaki Kjee semakin kuat. Dah boleh jalan tanpa bantuan tongkat. Tapi Unclepali dan Nadia masih tak bagi Kjee jalan sendiri kalau pergi shopping complex. Slow slow dulu, kata Unclepali.

TETAPI...jeng jeng jeng, lepas balik dari Beranang (selepas singgah beli lagi tudung kat Mesjid India), kami ke Jaya Jusco kat Taman Keramat. Kitaorang ada voucher RM20 makan kat Sushi King. Bukanlah dibagi percuma tanpa sebab tapi awal Januari lalu Kjee renew kad member Sushi King. Dapatlah baucer tu. Tak gunakan rugi pulak kan.

So sampai je di JJ, Unclepali turunkan Kjee dan Nadia di pintu utama bangunan itu sementara dia cari parking. Selalunya kalau guna kerusi roda, Unclepali park kat parking khas OKU. Kemudian Nadia tanya nak guna kerusi roda tak? Kjee kata no no. Yeehhh nak trylah tu.

Memang pelik bin ajaib. Kjee boleh berjalan walaupun perlahan terus ke restoren SK tanpa sakit pinggang! Alhamdullilah. Boleh tahan jauh jugak tau. Well, jauhlah untuk orang tak dah lama tak jalan sejauh itu!!

Dah hampir dua tahun Kjee tak menjejakkan kaki di lantai shopping complex dan hari ini Kjee berjaya!! Kjee tak naklah riak...nanti allah swt murka! Tapi, sejak mengamalkan makan ubat yang dibuat oleh Hj Zubir, rasa cam oklah pulak. Dengan IzinNya!

Tadi Kjee tanya Hj Zubir samada dia ada jual ubat2nya di mana2. Dia kata sejak dia mula berubat di tahun 1980, tak pernah dia jual ubat dia di mana2. Tapi dia tahu ada yang cuba menangguk di air keruh. Ada yang claim kata ubat yang mereka jual dibuat oleh Hj Zubir.

Kjee bagitau dengan dia, seorang kawan Kjee pernah beli ubat2 herba di Pasar Tani Taman Melawati. Orang itu kata, itu ubat beliau. Hj Zubir kata, mereka yang mahu mencuba ubatnya yang Original, berhubunglah terus dengan beliau. Kjee dah bubuh bisnes kad beliau di atas. Hubungilah beliau ya.

Ok..selamat mencuba.

jenis penyakit
bisnes kad

22 comments:

  1. salam kak
    tny sket yer..charging kosnya camner yer? tq

    ReplyDelete
  2. setakat ini Kjee hanya bagi ikhlas jer. bila tanya dia berapa ringgit, dia kata bagilah apa yang ada. tapi kalau nak ubat kanser ataupun jantung, khabarnya dia ada caj. tapi kjee tak pasti berapa.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... akhir nya kjee dah bleh jalan ke shopping compleks wlau x guna kusi roda, dah byk kemajuan since kjee gi berubat dgn hj zubir tu.. deena ingat bleh la cuba bwk abah dan en aman kt sana kjee, lgpun kampung deena dkt2 situ gak ( lenggeng ).

    ReplyDelete
  4. o0o0 ok tq kak..igt nak try untuk Asma :)
    agak2 reasonable price brp yer hehe takut jugak bg under rate..

    ReplyDelete
  5. up to you. sepuluh, dua puluh hinggit...skrg gi doktor pun tak kurang dari rm40 kan? terserahlah. dia tak kisah pun. kjee tengok mu husband bayar, hj tu terus masuk poket dia. tak cakap apa pun. dah 3 kali kjee pergi. kjee bagi jer sekadar mampu. don't worry.

    ReplyDelete
  6. betul deena. bawak en aman. cepat2 sikit. manalah tahu en aman dah okay, nanti boleh dapat seorang lagi baby...hehehe i mean now pun boleh. tapi kesian jugak kat en aman. dahlah kerja kuat pastu tak sihat kan? dtg sini call. nanti kita gi sama2.

    ReplyDelete
  7. thanks KJ kerana berkongsi maklumat ini. Saya berhajat nak bawa mak .. yang dah tak boleh berjalan tanpa tongkat. Apa pun nanti saya ctc Pak Haji dulu sebab jauh juga nak bawa mak ni .. dari UTARA .

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....saya doa semoga kjee sembuh 100% daripada penyakit yang ditanggung itu.. :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semoga cepat sembuh..setiap ujianitu hanya pada hambaNya yang mampu..Semoga Allah beri kekuatan untuk mencari ikhtiar...kita sakit Allah yg menyembuhkan...

    ReplyDelete
  10. hehe.. dpt baby lagi ekkk.. :) insyaallah bila deena dah ada di kl, deena roger kjee..

    ReplyDelete
  11. Syukur alhamdulillah. Semoga kjee akan kembali pulih seperti sediakala. Terus kan berusaha. Insyaallah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...setiap penyakit ada penawarnya, agaknya kak Jee dah bertemu jodohlah tuh... ubat yg sesuai, ada org jumpa org yg sama utk berubat tak jugak baik.
    Semoga kak Jee tidak berputus asa utk terus berusaha mencari ubat utk lebih sihat dan gembira mengharungi hidup seharian...

    ReplyDelete
  13. salam ziarah kjee..semoga kjee brtmbh sihat dan ceria sll..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah kjee dah sehat..
    thnx kjee sebab sudi share tempat ni.saya tak tau menahu pun tentang hj zubir ni.mmg tak pernah dengar..
    adik saya cancer,kakak saudara saya cancer,mak saya meninggal pun sbb cancer dan saya sendiri adalah pesakit darah tinggi..boleh lah ke tempat ini nanti..mana tau kan?..kuasa Allah..

    ReplyDelete
  15. camner nak pegi klinik nyer yerk.... bole ker kjee bagi tanda2 yang senang. jeragang nie prang kelaut kalu tengok alamat payah skit nak baca

    ReplyDelete
  16. jeragang cuba call Hj Zubir tanya dia. kalau kjee explain takut tak jelas. tapi ginilah sikit lebih kurang. sampai kat Rincing, jalan terus sampai jumpa Bandar tasik Kesuma pastu terus tak sampai 5 minit kot,nampak kubur sebelah kanan, pastu sebelah kiri ada signboard kpg batu sesapan rembau. hah pusing kiri jalan lebih kurang 5 minit, jumpalah rumah dia.

    ReplyDelete
  17. tempat nya kat rembau ns ke?

    ReplyDelete
  18. mekasih kjee mungkin leh sampai sebab selalu gak lalu jalan tu gi jelebu

    ReplyDelete
  19. Saya baru aje pergi ke tempat Hj Zubir, bawa mak. Petanda mudah nak ke tempat Hj Zubir tu, cari signboard "Klinik Kesihatan Sesapan Beranang", masuk ikut petunjuk tu. Jalan terus, sampai nampak rumah yang gambarnya ditunjukan KJee tu. Ada pokok cactus, masuk lah.

    ReplyDelete
  20. Kak, klu kencing manis boleh sembuh tak dgn ubatan herba hj zabir ni?. Bacaan gula sy agak tggi dan nak turun bkn main pyh lg. Cdg nsk cuba brtubst dgn hj zsbir.

    ReplyDelete
  21. Saya baru pergi semalam....org masih ramai..kebykan masalah org yg berubat dgn beliau ialah kanser, sakit buah pinggang dan masalah tulang belakang, gaut pun ade...

    ReplyDelete
  22. Sya pernah bwk arwah abah ke sana... Hj Zabir memang baik sangat. makan minum kami sekeluarga, semua diuruskan.. coz arwah abah motoneuron.. tak boleh n tak berupaya bergerak sendiri.. n di hari pengebumian arwah abah, haji zabir sampai ke rumah sya di Johor utk memberi penghormatan terakhir.. he's a nice person...

    ReplyDelete