Ini bukan resipi orang kita. Maid Indon Kjee dulu yang ajar Kjee buat. Bila dah makan sekali, barulah tahu rupa2nya daun Ulam Raja boleh digoreng. Selalu orang buat ulam jer kan.
Ulam Raja kena rebus dulu selepas dipetik daun2nya. Rebus pun kena hati2 iaitu sampai ia lembut. Kalau tidak, ia menjadi liat dan tak berapa sedap. Tadi Kjee terlupa lak nak rebus sampai lembut. Maklumlah dah lama tak buat. So ada rasa liat sikit tapi sedap lah jugak. Selain itu, kena buat pedas sikit barulah berselera makan dengan nasi panas.
Oleh kerana Kjee dapat banyak permintaan dari mereka yang pelik sangat tengok ulam ini dibuat sayur goreng, Kjee bagilah resipi ni kat sini.
ULAM RAJA GORENG BERSAMA BILIS
ulam Raja |
BAHANNYA:
2 ikat ulam Raja
sejemput ikan bilis
cili api (ikut kepedasan)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit serbuk
CARA:
Setelah rebus, diperah air dan ricik |
1. Petik daun ulam raja dan rebus hingga lembus. Kemudian perah airnya dan ricik anggaran ½ inci.
2. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang puti hingga halus.
3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci dan tumbuk kasar2.
4. Tumis bahan tumbuk yang telah dicampur sedikit serbuk kunyit hingga garing. Kalau perlu masukkan garam tapi hati2 ikan bilis dah masin yer.
5. Kemudian masukkan ulam raja yang telah direbus dan dirick dan gaul hingga rata.
6. Terus masak sehingga semuanya sudah sebati.
ulam raja bleh tumis rp nyer...x prnh try pn...slalu tgk wat ulam je...thanks kjee..
ReplyDeleteoo boleh dimasak upanya ya ulam ni.. menarik ni nak tau rasanya..;)
ReplyDeletemacam sedap je..hehe tapi x mint ulam2..hehe =)
ReplyDeleteassalam kakjee..oh ulam ni boleh buat sayur juga ya..mesti sedap ngan aroma daun tu
ReplyDeletesaya nak buat lah nanti
ReplyDeleteSelalu mkn dgn sambal belacan je..ulam raja ada tanam kt tepi rmh, blh cuba buat nanti. Klu tumis dgn belacan+cili padi pn sedap kot..
ReplyDeletemacam tumis picuk paku mmmmp sedap ni nak cuba bila off day ...norasmah
ReplyDeletefes time tahu ulam raja bole masak.....mcm sodap jo...
ReplyDeletesalam...sy ad lg 1 resepi ulam raja ni..kjee goreng je ngn telur...kira ulam raja celup telur..mkn panas2...sedap...klu dh sejuk dh lmbik xbest dh..panas2 jadi rangup..sedap...
ReplyDelete