Tuesday, April 26, 2011

274. Jalan2 Cari makan - Western Food @ Arima Classic




mixed grill


braised lamb shank



Tadi Kjee beri pilihan kepada Unclepali nak makan apa for dinner. Maklumlah birthday boy kan? Kjee suruh dia pilih antara Chinese Muslim Food di De Templar along MRR2 Highway, makanan Sunda Wong Solo di Jalan Raja Alang, Kpg Baru atau western di Arima Classic AU2, Taman Keramat.

Unclepali dan Nadia pilih Arima Classic, di Medan Selera AU2, Taman Keramat sebab dia tak berapa sihat dan malas drive jauh2. Entah kenapa kalau birthday salah seorang dari kami bertiga, seleranya lebih kepada makanan Barat. Tak kisahlah dimana, samada Tony Romas, Outback ataupun Arima Classic.

Agaknya sudah empat tahun kami tiga beranak mengenali Arima Classic. Kami discover secara kebetulan. Dulu kami ke medan selera di situ sebab suka makan makanan Siam di salah sebuah daripada 20 buah gerai. Kalau Kjee tak silap, gerai Tom Yom kesukaan kami ialah Kerisik.

Apabila orang tanya di mana Arima Classic, Kjee selalu kata bersempadan dengan Eon Jaya Jusco. So ramai yang fikir Arima Classic ini dalam bangunan JJ. Tapi sebenarnya di Medan Selera MPAJ di situ.

mushroom soup & garlic bread
Tekak Kjee memang cerewet kalau makan makanan Barat yang dibuat orang Melayu. Kekadang tu, makanan dia nama je gah. Tapi bila makan hampeh. Pernah Kjee makan steak di sebuah restoren di Kpg Baru yang berbentuk kapal kayu. Steak yang dihidangkan sejuk. Kjee rasa baru keluar dari peti ais (dibuat banyak2 sebab takut tak terlayan customer yang ramai) dan dibiarkan pada suhu bilik.

Kjee panggil waiter tanya kenapa steaknya sejuk. Waiter tu pandang Kjee macam Kjee ni datang ntah dari planet mana. Eh akak...inilah cara orang makan steak. Nadia cepat2 urut peha Kjee dari bawah meja. Takut Kjee hangin. Hehehe tak pernah dengar orang makan steak sejuk tau! Apapun, that's the first and last time Kjee ke sana.

Selepas itu, dah maleh nak layan orang Melayu jual makanan Barat di gerai2 sehingga Kjee terserempak dengan Arima Classic. Kali pertama singgah situ, Kjee tengok ramai orang. Arwah mak kata kalau nak tahu makanan sedap atau tidak, pergilah ke gerai yang ramai orang!

Kjee pun duduklah dengan Nadia dan Unclepali. Wah menunya ada pelbagai. Ada braised lamb shank! Isyhhh biar betul. Mana ada gerai Western Melayu yang buat braised Lamb Shank. Itu favourite kami kalau ke Secret recipe!

chicken ala classic
Kjee pun order lamb shank. Unclepali dan Nadia order apa, Kjee dah lupa. Tetapi selepas itu, kami mengunjungi Arima sekurang2nya tiga atau empat kali seminggu, Sampaikan selepas tiga bulan, dah tak larat lagi nak jamah makanan Barat!

Rupa2nya taukeh Arima Classic (gabungan nama Arie dan isterinya Ima), pernah bekerja di hotel. Isterinya seorang Chef yang belajar culinary art di UniTar (kini UniRazak) sementara Arie pula Chef hotel. Patutlah makanan dia bertaraf hotel.

Antara menunya selain Braised Lamb Shank ialah Mixed Grill, Grilled Fish Nepolita, Spaghetti Aglio Olio, Stuffed Chicken with Spinach dan banyak lagi. Selain Braised lamb Shank, Kjee juga suka Fish and Chips Arima Classic. Lain daripada yang lain. Begitu juga kalau bawak anak2, cuba order grilled sausage. I also like!!

Menu airnya pun lain dari yang lain. Ada jus Avocado, Air Selasih, Lin Chi Kang dan macam2 lagi.

Tadi Kjee makan Mixed Grill yang mengandungi pilihan ayam, daging dan lamb sementara Unclepali makan Chicken ala Classic. Nadia makan Mushroom Soup dan garlic Bread jer. Hmmm anak dara nak jaga body kan. Hehehe.
grill fish nepolita

Harganya? Jika dibandingkan dengan kali pertama Kjee datang, Lamb Shank berharga RM18 sekarang dah naik RM20. Rm2 jer beza. (Kalau dibanding dengan Secret recipe harganya RM30 selepas plus plus). Rasanya hampir sama!

Kita kena faham bahan2 semua dah naik harga. Tetapi if you pay peanuts you get monkeys. Harganya berbaloi dengan apa yang Arima hidangkan. Kjee selalu pulang dalam keadaan perut yang senak sebab mereka memang generous dari segi proportions!


Apapun, Kjee bagi 4 bintang (bagi kategori gerai) untuk Arima Classic.

Kalau mahu ke Arima Classic, alamat mereka adalah seperti berikut : No2, Medan Selera AU2 (FELDA), Taman Keramat, Selangor.
Tel: 0126679620

18 comments:

  1. nor pernah ke sini tahun2006 itu pun kebetulan ke kl pusing2 dgn pemandu pasukan terjumpa masa tu perut dah lapau singgah aje le not bad memang sedap.....nor

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Jee sebab syorkan kedai Arima Classic ,siap dengan komen2 yang jujur skali. Hehe.. Susah nak cari kedai yang jual makanan barat yang sedap kalau tokeynya Melayu. Selalunya hampeh, tak sedap. Bila tengok gambar2 yang Kak Jee post, rasa nak pi cuba satu hari nanti! :D.

    ReplyDelete
  3. Mohamad Salleh OthmanApril 26, 2011 at 3:43 AM

    Wah... T'inginnya nk g cuba... Tapi dh cek guna GPS, location x jumpa plak... =_="

    Mohamad Salleh Othman.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kakjee - mala selalu makan kat kedai TomYam yg palign hujung sekali tu. tak ingat nama dia tapi dair Patani. tak pernah pulak tergerak hati nak makan kat gerai Western ni. Boleh di cuba nanti ..

    ReplyDelete
  5. kalau sedap Kjee ikhlas puji, tak ada udang sebalik batu. cubalah Anak Bulan.
    MSO kalau nak ke sana, tak akans esat kalau cari dulu Eon Jaya Jusco. Pastu caru Asrama felda. Medan Selera MPAJ, di tengah2 antara JJ dengan asrama tu.

    Mala..u pergi kedai tomyam itu ke? Hah arima classic betul2 sebelah tomyam barakah tu!Give it a try and you'll sure go for seconds!

    ReplyDelete
  6. Pagi-pagi ni Kjee tengok gambar makanan aduh seksanya perut. Haha. Betul tu, berniaga ni kena jujur. Mana ada steak sejuk. Nampak sangat bohong. :)

    ReplyDelete
  7. adohai.. dah la saya xbereakfast ari ni... nengok pic makanan yang mnyelerakan ni berkeroncong lak perot saya ni... hahaha

    ReplyDelete
  8. kena cuba next time ziarah anak di kl, setiap kali kalau pergi kl anak always bawa makan western food kat food court di 1 Utama sampai i naik jelak. Tks for the info.. :)

    ReplyDelete
  9. betul kata kjee.. ramai yg buka kedai western tp xpandai masak dgn betul.. byk kali dah sy terkena bila order steak, masih berdarah lg daging kat dlm tu..! bluweekkkk..rasa mcm nak termuntah.. bila sy panggil waiter suh masak blk, kat luar aje yg masak, yg kat dlm masih berdarah lg.. x kuaso den nak makan.. huhu mmg pertama dan terakhir la sy mkn kat situ.. huhu..

    ReplyDelete
  10. Western Food?..hmmm memang sungguh sedap..tapi susah nak carik di mana yang betul2 sedap.. tempat kak Jee rekmen ni macam jauh je dari tempat saya..

    ReplyDelete
  11. aduhh kak jee.. sedap2nya pilihan makanan kat sana... tp jauh sgtlah dari PJ ni.. huhuhu...

    ReplyDelete
  12. amk aii...bestnya kak gee.....tu la.jauh la plak....

    ReplyDelete
  13. k.jee saya pun dulu selalu makan kat situ...tp smjk pi makan kat las vacas jjcm....steak kat situ mmg tbaek tp agak mahal sket.Tp kat keramat tu pun best gakkk!!!!

    ReplyDelete
  14. saya tak pernah ke sana, First time dengar nama ARIMA ni. Insha Allah .. boleh cuba. Selama ni saya dok pekena WESTERN FOOD di sg buloh je. Di AYEEM BURGER.

    ReplyDelete
  15. Mohamad Salleh OthmanApril 26, 2011 at 1:27 PM

    Hahaha... Umah sy dekat giler dgn Ayeem Burger tu... Tapi x penah plak nk g try.... :P

    ReplyDelete
  16. wah dah lama teringin naka makan western nie, tak tahu mana tempat yangs edap.. terima aksih kJEe buat entry nie

    ReplyDelete
  17. selalunya Sunday nite dinner kat Tomyam tu. kalau gi sabtu ada pasar malam, kena pusing jauh hehehe

    ReplyDelete
  18. MMG SODAPPPPPPPPLAH KAK GEE...MKN 3ORG BARU RM82.00 AJE,..BERBALOI2

    ReplyDelete