Sunday, May 15, 2011

338. Biskut Bunga Cina/Dahlia

yang belum masuk oven




 Nak tergelak Kjee apabila ada yang mintak resipi biskut ni. Ada jugak yang mintak yer. Kjee buat kali pertama Raya lepas selepas beli jer selama ini.

acuan bunga cina


Yang warna purple tu Kjee guna perisa keladi yang dibeli di Bagus. Biskut Kjee yang warna kuning tu sebenarnya warna putih sebab Kjee guna tepung jagung dan tepung ubi. Kalau nak warna kuning keemasan dia orang guna tepung kastad. Tapi Kjee tak der resipinya.

Biskut ni memang sedap. Rapuh. Omputih kata melt in the mouth. Buat senang jer. Modal pun tak banyak. Cuma kalau nak lagi mudah, beli acuan yang dah siap ada 'penerap' kayu. Tak payah tekan guna ibu jari. Sakit guna ibu jari!!

Mula2 dulu buat tak bubuh warna. Tapi bila dah masak jadi warna putih. Pucat jer macam ibu dalam pantang. Jadi Kjee bubuh warna purple perasa keladi atau yam.

Bahan2nya:
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
100 gm butter
1 biji telor
90 gm gula caster

Cara membuatnya:
Mentega dibiarkan dalam suhu bilik. Lepas tu pukul sama gula sampai kembang. Masukkan telor dan pukul lagi sampai kembang.

Sementara itu, ayak tepung jagung dan tepung ubi. Masukkan sedikit sedikit ke dalam bancuhan butter dan gaul perlahan sampai jadi doh. Pastu gunakan acuan semperit dan tekan. Bubuh ceri di tengah. Bakar selama kira2 8 minit suhu 170 darjah. Sejukkan dan simpan.

Kalau tak nak bubuh warna purple (ungu) bubuhlah sedikit pewarna kuning supaya nampak berseri sedikit biskut ni. Tapi kalau nak kekalkan warna putih pun apa salahnya. Selamat mencuba.




Related Posts:

  • ORDER BISKUT RAYA ITAS DELIGHT TUTUP 31/5/2016 Kjee tutup order untuk cookies Raya pada Selasa 31 Mei. Tinggal tak sampai seminggu. Terima kasih kepada semua yang order. Terima kasih juga atas kepercayaan kepada Kjee dan masukkan duit ke dalam akaun sebelum melihat k… Read More
  • CARA KJEE DAPAT COOKIES RANGGUP Kjee suka my cookies ranggup ataupun garing. Especially kalau didalamnya ada kacang. Mungkin sebab terpengaruh dengan store bought cookies. My fav is Danish Butter Cookies. Tapi sekarang kat Ayam Mas pun ada bu… Read More
  • BISKUT CHOC CHIPS DENGAN KACANG WALNUT Baru kelmarin Kjee buat ikut 90% dari resipi pilihan Azlita Aziz (blog Masam Manis). Tetapi, memandangkan masalah kesihatan tetapi nak jugak menikmati keenakan choc chip cookies tersebut, maka Kjee buatlah adjus… Read More
  • BISKUT SUSU MINYAK SAPI Anak Kjee, si Nadia punya tekak rasanya lagi cerewet dari Kjee. Macam-macam dia tak makan walaupun dari kecik lagi Kjee tak pernah ajar dia macam tu. Cekelat tak makan, ais krim tak makan dan macam-macam lag… Read More
  • BONDA, KJEE DAN TART NENAS Bab masak memasak lauk pauk, sebenarya bolehlah Kjee kelentong sana sini tapi bab buat biskut, kek dan yang sewaktu dengannya memang Kjee tak pandai. Masa Kjee muda2 dulu, Kjee memang jadi assistant arwah mak buat bisku… Read More

22 comments:

  1. sedap kuih ni kjee, saya pernah cuba resepi kjee mmg sedap...

    ReplyDelete
  2. yeayyyy nak try!! sedap nihh

    ReplyDelete
  3. Wah! Terima kasih kak jee kerana sudi kongsikan resipi yang sedap ni. Raya nanti nak buat la ;)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah kak jee...cantik plak bentuk kak jee buat. kalau sy buat mesti melepek je jadinya. suke kuih ni sebab rangup n sedap!

    ReplyDelete
  5. nampak sangat dah nak puasa pastu raya sbb tu ramai yang dah mula mintak resepi kueh ni, kau pulak memang tak lokek ilmu tu yang peminat kat sini suka.

    ReplyDelete
  6. sayaler org yg mintak resepi tu...terpikat tgk pic nie dlm fb kak gee..esok cuti so leh ler buat....nurwafiem nur

    ReplyDelete
  7. biskut neh kalau makan memang tak sedar..tau2 licin sebalang...

    ReplyDelete
  8. Aduh K Jee.... Terima kasih lah byk2 sbb publih the recipe.. Saya mmg suka dahlia ni! Tp dah lama x makan sbb xde yg bebetul sedap cam org lama buat... Nak try!

    ReplyDelete
  9. salam.sedap kuih ni tapi nak minta gambar contoh acuan yang dah siap ada penerap kayu. terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  10. i suka komen you that dia pucat macam ibu dlam pantang??Tapi biskut ni memang sedap, tapi nak try warna hijau pandan plak.

    ReplyDelete
  11. biskut ni memamg sedap....cuma nak cxuba hijau pandan...

    ReplyDelete
  12. k.jee,telur tu guna kuning je ke guna putih nya sekali....

    ReplyDelete
  13. k.jee,telur tu guna kuning je ke guna putih nya sekali....

    ReplyDelete
  14. kak jee, saya pun nak tahu mcm mana rupa penerap kayu tuh. ada jual di bagus juga ker

    ReplyDelete
  15. Kjee baru post gambar acuan bunga cina sebelah resipi diatas.

    ReplyDelete
  16. salam kak jee... adunan kt atas tu dpt berapa biji ek?

    ReplyDelete
  17. Kjee tak ingatlah. tapi rasa2nya dalam 70 biji.

    ReplyDelete
  18. salam kak Jee - lina pun mencari recipe ini...sbb mak teringin sgt nak makan terima kasih kak JEE..

    ReplyDelete
  19. Hi Kak Jee - pukul mentega sama gula sampai kembang. Gula tu berapa byk ye?

    ReplyDelete
  20. HarLisz, gula kan ada dalam resipi kat situ!

    ReplyDelete