Nasi Briyani Bukhara Ayam |
Nasi Briyani Bukhara Kambing |
3 periuk briyani setiap hari! |
Aroma Nasi Briyani Bukhara terlalu mengancam. Kalau ke sana di bulan puasa, punyalah siksa masa menunggu azan untuk berbuka. Especially, kalau sepinggan Nasi Briyani Bukhara sudah terhidang depan mata!
Lauk pauk dari India Utara |
Reston Mahbub hanya menyediakan Briayani Bukhara pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau nak rasa kena datang siang. Sebelah malam kalau nak makan, kena doa lebih2 dari rumah sebelum keluar, agar makanan tu tak habis didjual. Mereka menyediakan 3 periuk besar sehari dan habis menjelang petang.
Selain daripada Nasi Bukhara, ada juga Nasi Briyani Ayam Madu mereka yang famous sejak awal 70-an dulu. Briyani Bukhara ini baru sahaja diperkenalkan di restoren ini. Dulu office Kjee kan kat Bangsar. Masa itu manalah kedai mamak popular lagi. So Mahbub lah menjadi pilihan kami. Sekarang pun ramai lagi budak2 NST masih berkunjung ke restoren ini.
Ayam madu yang famous |
Ada kawan wartawan Utusan yang pergi Ke India dan tetap kata Nasi Briyani Bukhara Mahbub tidak boleh ditandingi! Wallahualam.
Kalau ke Mahbub, memanglah Briyani Bukhara menjadi pilihan kami tiga beranak. Tapi hari ini, hanya Unclepali dan Nadia sahaja yang makan nasi briyani. Unclepali order Bukhara Ayam (RM11.50) sementara Nadia order Bukhara Kambing (RM13.50). KJee ternampak pulak roti canai (RM1.20). Terus order sekeping, banjir. Pastu order ayam Madu sepiring (RM5.50).
Pelbagai jenis air termasuk lassi yang nyaman |
Kalau datang sebelah malam, mereka juga menjual nasi Dalca yang sedap sangat! Nasi putih pun turut dijual dengan pelbagai jenis lauk pauk dari India Utara yang cukup menyelerakan!
Masalahnya, satu sahaja kalau nak pergi situ. Tak der parking. Sekarang kedai kat corner yang dulu jual pizza dah jadi Hailam Kopitiam. Maka lagi susahlah nak cari parking. Tapi memang berbaloi menunggu dalam kereta sehingga ada parking.
Kjee bagi 4½ bintang untuk makanan yang mereka jual. Servis bagus dan pantas. Eh senang ker nak dapat 4½ daripada markah penuh 5! Tadi kami kena bayar RM36.50 untuk makanan tiga beranak. Tak mainlah makan free tau. Hehehe
Chicken Briyani Bukhara |
Salam kak jee.Kami sekeluarga pun sama macam kak jee suka dgn nasi briyani mehbub.Dah bertahun-tahun kami berkunjung kerestorant mereka dan tak pernah jemu.Dari anak-anak kecil sampai sekarang dah masuk umur awal 20an,kmi masih jadi pengunjung setia restoran tu.memang sedap.kami suka ayam madunya yang simple.Saya nak bagi 5 bintang la kak jee sebab memang suka makan kat situ.Smalam baru kami bercerita nak gi makan nasi briyani mehbub.
ReplyDeleteMahbub lah Puan Ros bukan Mehbub. Mehbub tu pelakon lama Bollywood. Hidup lagi ke dia sebab lama dah tak tgk dia berlakon. Kjee tak naklah bagi 5 bintang sebab nanti ada yang kata Kjee ada share kat restoren tu. hehehe
ReplyDeletekjee...fda selalu makan di kedai pizza yg letak kat corner tu,makanan kat situ boleh thn sedap juga dan harganya sgt berbaloi, tp sedih la pulak dgr kjee kata kedainya dah bertukar rasa dan rupa!..hmm rasanya thn lepas ada kami pergi tp ada lg kedai tu...nak citer, fda mmg perasan restoran mahbub nie, teringin nak masuk makan, tp x tau yg restoran nie mmg sedap2...isyhh ruginyer x masuk mencuba..apapon TQ atas info kjee tu...insyaallah pasnie ku redah jua!..hihihi
ReplyDeletehi kak jee....saya memang suka makan nasi arab nih tapi belum pegi lagi SABA...yg saya pegi kat zamzam shah alam, sahara tent shah alam, wadi haidramawt ampang dan haidramawt raja chulan...memang mahal kan?...nak pegi SABA pulak nanti sbb kakjee rekomen hehe
ReplyDeleteNanti saya cuba nasi bukhara kat restoren mahbub ni macam menarik jer.
senang2 tu singgah la yer blog saya yer kak jee kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehehehe....actually kakjee dah follow saya dolu2 hehe thanks