Punyalah besar. Nak masuk mulut pun susah |
Chicken Wings fav Kjee |
Tadi Kjee dan Unclepali pergi dating dibawah pohon bambu. Ewah. Taklah. Hari ni kan Nadia tak ada. Dia pergi kursus anjuran Uni dia di Kem El Azzhar Morib. So kami suami isteri pun dinner lah sama2 macam mula2 kenal dulu.
Eh masa mula2 kenal Unclepali, kami selalu gi makan sup mamak yang best sangat tu kat Bangsar. Sekarang dah tak de. Pastu kami jugak pergi A&W kat Railway Station. Entah sekarang ada ke tak de. Semua dah tak de walaupun baru 10 tahun je berlalu.
Tadi bila tanya Unclepali makan apa, seperti biasa dia jawab..terserahlah. Nak ke Mustafa Jones (MJ) Burger? Nak, katanya. Nak makan apa selain burger. Macam biasa dia jawab lagi....apa2 pun bolehlah. Ribs ada tak, dia tanya? Ribs hanya ada Khamis, Jumaat Sabtu jer. Oklah burger pun burger lah.
Hmmm Kjee pun hantarlah mesej kat Chef Mustafa Jones. Dua burger special (dengan cheese) dan 1 pinggan 3 pieces BBQ chicken Wings.
Sampai sana, tak berapa ramai orang tapi order kami dihantar ke meja lima minit kemudian. Kalau tak buat pesanan awal2, alamat kena tunggulah lebih kurang ½ jam. Itu pun kalau orang tak ramai.
Tengok jer burger tadi, Kjee terus kenyang. Apa tidaknya, daging burger punyalah besar dan tebal. 200gms minced beef dijadikan pattie. 200gms tu sama beratnya dengan sekeping steak! Penat jugaklah Kjee nak habiskan walaupun sepanjang hari ini cuma makan lontong sahaja untuk breakfast. Memang kalau orang perempuan susah nak habiskan satu biji burger MJ ni.
Tapi Unclepali senang je makan. Tengah Kjee terkial2 nak habiskan burger, dia dah sambar pulak chicken wings. Kjee hanya sanggup habiskan satu jer wings. Nasib baik hari ni dia orang tak bagi potato salad. Kalau tidak pasti membazir.
Tadi dengan air rootbeer dua can, kos dinner kami RM24. Susah rasanya nak tidur malam ni sebab kenyang sangat. Tapi burger MJ ni memang awesome. Jarang ada jual di tempat lain!
Nak tahu di mana gerai MJ burger ni, korang klik sini.
Amboiii kak..bosar ea burger tu nmpak mcm sodap sgt ni klau sy dpt leh share dgn anak skali ni.
ReplyDeleteSlm kenal k'jee...ida follow k,burger dan chicken wings yg lazat..emm
ReplyDelete