Thursday, June 2, 2011

Kembung Lemak Pedas Kaduk




 Kjee rancang nak masak Ikan Kembung dengan belimbing. Tapi dek kerana tak ada belimbing, suruh Unclepali pergi petik daun kaduk depan rumah. Yang tak tahu tu, daun kaduk macam sireh tapi bukan sireh. Nak bezakannya, ramas dan bau. Sireh baunya lain kan. Yang tak de bau sireh tu lah daun kaduk (spt dalam gambar).

Daun kaduk ini setahu Kjee orang buat otak2, nasi kerabu dan botok2. Isyhhh bukan botox tau!! Kjee pun first time masak lemak bubuh daun ni walaupun dah lama dah kengkawan kata sedap. Okaylah.

Selain masak lemak ikan kembung yang Kjee buat pedas giler tadi, Unclepali goreng ikan pelaling. Kalau tak der ikan goreng, tak selera dia makan. Pastu masa Unclepali petik daun kaduk, dia petik juga pucuk ubi. Kjee dah tak tahu nak masukkan pucuk ubi ke daun kaduk ke dalam masak lemak tadi. Akhirnya, pucuk ubi direbus dan cicah dengan sambal belacan Unclepali yang power.

Kjee masak hari ini guna kelapa yang diberikan oleh kawan baik Kjee, Sharifah Rosidah masa Kjee ke rumah dia Ahad lalu. Punyalah comel2 kelapa dia bagi. Nadia kata, besar macam kelapa monyet. Adalah dalam 40 biji Shida bagi hari tu yang dipetik dari kebunnya. Ada yang muda ada ada yang tua. Yang muda nanti nak buat inti kuih koci.

Kjee tak de mesin kelapa ataupun parut kelapa (ada citer kelakar  pasal parut kelapa ni yang Kjee citer entry lain nanti), jadi Kjee pecahkan kelapa, kikis buang kulit arinya, ricik kecik2 dan blend sampai halus. Pastu Kjee tapis airnya. Dua biji kelapa kenit tadi dapatlah kira2 dua mangkuk santan pekat.

 Jom kita tengok resipi Masak lemak Ikan Kembung.

BAHAN2NYA:

10 ekor ikan kembung
1 biji kelapa (Kjee guna 2 biji kelapa kenit) - 2 mangkuk pekat santan
cili api (ikut suka) (Kjee guna segenggam cili api kampung - tu dia!)
1 inci kunyit hidup bersamaan dengan 1 sudu kunyit serbuk
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
daun kaduk secukupnya
garam secukup rasa
pak aji (optional)
1 asam keping

CARA:

Ikan kembung dicuci bersih dengan asam jawa. Cili api, sedikit garam dan kunyit hidup ditumbuk halus. Serai diketuk2. Masukkan semua bahan ini kedalam periuk bersama santan pekat dan daun kunyit dan didihkan. Apabila melegak, masukkan ikan kembung. Setelah kira2 10minit, masukkan pula daun kaduk yang telah dicuci bersih dan 1 asam keping. Didihkan lagi, kemudian rasa. Kalau tak cukup masin, tambah garam. Itu jer.

8 comments:

  1. salam kak jee..

    mesti sedap & wangi je masak lemak akak kali ni kan? daun kaduk tu ada satu aroma yg sgt best bila dimasak lemak. tp sy tak pernah lagi campur bersama ikan. selalu kalau blk kg MIL.. dia biasa masak lemak siput sedut barulah campur daun kaduk.. kalau kami orang trengganu.. biasanya daun kaduk jd campuran dalam bubur lambuk.. sedapp!! tp tak letak byk la.. just utk rampai2 dengan daun2 yg lain.. hehe.. terliur tgk gulai akak...

    ReplyDelete
  2. daun kaduk ni area Utara banyak le. Di Kuala Lumpur rasanya di pasar Chow Kit dan Selayan adalah gaknya. Sedap di buat ulam, sayur lemak dan antara bahan ulam nasi kerabu ala utara. Kalau di buat ulam atau sayur, tak boleh di celur atau masak lama. Daunnya jadi ' over' layu. Bagi saya yang tak bestnya .. bau daun kaduk ni melekat di tangan .. lambat hilang... Luih

    ReplyDelete
  3. Kjee, daun kaduk jadikan ulam pun sedapkan??? Saya suka makan meang khum kalau makan di Thai Restaurant

    ReplyDelete
  4. mak aii..semua kjee masak nampak sedap laa..yum yum :-) suzi fauzi

    ReplyDelete
  5. kat umah saya banyak belimbing...hehehe

    ReplyDelete
  6. kjee..tgk kelapa kjee ni mcm xtahan lame je. mak selalu ckp klu kupas kelapa jangan dibuang sabut dekat 3 mata kelapa tuh nanti cepat busuk.. klu xdibuang.. sebulan pon tahan..alhamdulillah selame ikut petua dia semua kelape elok je.. wallahualam. sekadar berkongsi..

    ReplyDelete
  7. terima kasih Tunteja kerana info ini. Kelapa tu kawan Kjee yang bagi. Nanti lain kali nak bagitau dia. Bukan dia yang kait...mungkin budak2 dia tak tahu kot.

    ReplyDelete
  8. Kjee, smlm sy try resepi Kjee ni, cuma sy pakai udang instead of ikan. Tak sangka sedap jugak ya bila masukkan daun kaduk dalam masak lemak ni. Thanks for sharing. (tp sy tak sempat nak snap2 gambor sebab tak sabar nak berbuka puasa.. hehehe)

    ReplyDelete