Thursday, June 2, 2011

Gerai Kuih Favorite Kjee - Warung Cik Ani AU5D/1

Cik Ani


Kuih Getas
Gendang Kasturi - Favorite Kjee


kaswi
Kjee ada banyak tempat makan yang menjadi favorite. Kalau breakfast, nak makan tosei kami ke Restoren daun Pisang Thurkah di Taman Melawati. nak makan Lontong Jawa, pergi ke Kampung Baru. Ada satu warung orang Jawa jual lontong yang sedap sangat. Kalau nak makan nasi lemak pergi ke Wan Jor juga di Kpg Baru. Kita kan orang Kpg Baru. Hehehe

Lunch, kalau nak makan Minang ke Restoren Upik kat Jalan Raja Alang menghala ke Chow Kit atau Minang Sayo di Taman Melawati. Selain itu ke Pakli Kopitiam atau Hayaki Kopitiam, dua2 di Danau Kota.

Cucur Udang - cicah dia sedap!
Hah kalau dinner, nak makan Nasi Briyani ke Mahbub Bangsar, nak makan Western sekarang ada dua port iaitu Arima Western di Taman Keramat dan juga Chef Mustafa Jones di AU5/1D, Keramat. Nak makan ikan Bakar ke Mat Teh di Pasar Keramat. Nak makan Nasi Ayam ke Papa Z di Taman Melati.

Banyak lagilah tempat makan Fav Kjee. Nanti Kjee akan tulis bila sampai masanya.

Okay apa lagi? Hah ini yang penting. Kalau nak makan kuih Melayu, Kjee ada satu warung yang menjadi favorite sejak beberapa tahun lalu. Warungnya milik Cik Ani di tepi Jalan AU5D/1, betul2 dekat dengan gerai nasi Lemak Sri Lentuk yang femes satu ketika dulu. Tapi gerai Sri Lentuk tu dah tutup dah.

Goreng pisang panas, ubi getuk, keledek - yummy
Kenapa Kjee pilih gerai Cik Ani dalam banyak2 gerai di Taman Melawati, Taman Permata dan sepanjang Jalan AU5D/1? Sebab Cik Ani ni ikhlas buat kuih. Kuih dia rasa sebijik macam kita buat sendiri di rumah. Cukup manis, tak terlebih tepung dan harganya pun murah. Banyak gerai dah jual kuih dengan harga 50 sen tapi Cik Ani baru jer naikkan harga kuih dia 40sen sebiji baru2 ini.

Kjee baru tahu hari ini yang semua kuih yang dijualnya dibuat sendiri. Kjee ingat ada yang orang hantar. Cik Ani kata kalau boleh dia nak buat macam2 jenis lagi tapi tak larat.

Ramah melayan customer
Kuih fav Kjee ialah Kuih Rengas atau orang panggil Gendang Kasturi. Kuih kacang hijau yang direbus, dikepal dan digoreng. Orang lain buat dicampurnya tepung banyak2 supaya muai. Tapi kuih Rengas Cik Ani, masih ori macam arwah mak Kjee buat dulu. Cuma kekadang Kjee rasa terlalu manis sikit untuk tekak Kjee.

Selain itu, Kjee suka ubi getuk, kuih getas, kuih kaswi, karipap dan jugak yang penting sekali goreng pisang dia yang garing dan sedap sangat! Eh semua kuih dia sedaplah, senang citer. Dia jual dari pukul 12 tengah hari setiap hari kecuali Ahad kalau Kjee tak silap. Tutup lebih kurang pukul 6 petang atau bila habis.

Orangnya sentiasa senyum. Mulut ramah. Betul2 melambangkan keikhlasan dia meniaga. Kjee paling pantang nenek moyang kalau orang meniaga masam muka. Tanya kita macam nak tak nak jer. Macamlah kita nak mintak makan free!!!

9 comments:

  1. waduh kakjee..seme kuih yg kita minat tuh..kedai cikani ni sebelah sebaris ngan gerai buah kt rest.syed tu la ye kak?? wah kena pi cari nih..

    ReplyDelete
  2. Ya Ina. Kat Nasi Lemak Sri lentuk. Dia emngadap jalan betul2. belakang dia Nasi lemak sri lentuk.

    ReplyDelete
  3. Kakjee...terliur tgok kuih getas tu...lama tak mkn,kalau balik Sg besar adalah kuih ini...umah MIL Noor.

    ReplyDelete
  4. mmg kite kenal dgn suku sakat che ani ni...dia mmg peramah..kdg2 segan nk pi gerai dia..gerai sri lentuk tu kaum keluarga dia juga yg punya...yg paling kite suka kuih kaswi dia..kaw kaw punya..bln pose pula dia berniaga dibazar ramadhan yg berhampiran..

    ReplyDelete
  5. cara jee mempromot bisnis saudara2 kita sgt menyentuh hati kerana terasa keikhlasannya demi kemajuan bangsa kita. usahanya nampak sedikit namun sangat besar ganjarannya di sisi Allah. teruskan usaha murnimu itu...

    ReplyDelete
  6. wahhh best2 kueh tu...

    semlm beli cucuk udang kat kawasan umah ni...cicah nye x sedap...

    kaswi - peberet...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Jee. Nasi Lemak Sri Lentok tu kepunyaan suami opismate saya. Dia terpaksa tutup sementara sebab ibunya sakit. Sayang sungguh. Tapi saya suka dengan goreng pisang dan cucur udang Kak Ani nie. Memang sedap.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kak G, kalo gerai kak Ani nih, sy suka kuih kaswi (mcm KZai gak!). Mmg sedap kuih dia.

    ReplyDelete
  9. Hi kak jee,

    Sya mencari warung jual cucur udang sedap di Jalan raja alang(tepi chow kit). Tapi jumpa kedai kuih di sini.

    ReplyDelete