Kari sotong, kobis goreng, ikan pekasam dan sambal belacan. Pengsannnnnn |
Kari lagi? Taklah ini masak hari tu,. Baru nak masuk entry hari ni sebab sejak beberapa hari yang lepas, Kjee tengok dalam page Kongsi Resipi, ada jugak yang pelik bila orang masak kari sotong. Ada yang kata sotong keras, kena rebus sampai lembut ker?
Ya tak ya jugak kan? Ini cakap kartunlah. Sotong keras, kalau dimasukkan dalama pressure cooker boleh tak agaknya lembut? Habis tu sotong kering, selepas rendam, Kjee rebus dulu dalam pressure cooker baru buat sambal. Lembut giler.
Oklah kita cakap serius pasal sotong segar. Sebenarnya, sotong kan kalau lagi lama kita masak, ia menjadi lebih liat. Sebab itu Kjee rasa ada orang kata kalau rebus lama2 boleh ke? Tak boleh dek oi...lagi lama lagi keras. percayalah.
Kjee kalau buat kari sotong ke, atau sotong masak lemak, Kjee pasti kuah itu benar2 sudah mendidih dan cukup masak. Kemudian last sekali baru Kjee bubuh sotong. Agak2lah dalam masa 8 atau 10 minit, padamlah api. Kalau overcook, habislah melayang gigi palsu pakcik dan mokcik kat luar sana.
Okay kita intai resipi Kari sotong Kjee.
BAHAN2NYA:
½ kg solong (dibersihkan. Kjee suka dibiarkan tanpa dipotong. Sumbat balik janggutnya ke dalam badannya)
1 cawan rempah kari ikan Babas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecik rempah campuran untuk menumis
½ cawan santan/susu segar
½ cawan air asam jawa
daun kari
CARA:
Bawang dimayang dan tumis hingga garing. Masukkan pulak rempah campuran dan daun kari. Goreng seketika. Masukkan rempah kari ikan dan goreng sehingga wangi. Guna api perlahan. Pastu masukkan ½ cawan air. Masak hingga rempah kering sedikit. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Bubuh garam dan pak aji jika guna.Masukkan sotong dan masaklah kira-kira 10 minit. Kemudian masukkan asam jawa, besarkan api, bagi didih dan terus padam api.
godaan ketika berpuasa bila singgah d dapur kjee ni kalu bulan ramadhan mau 30 peren .....nor
ReplyDeletekak jee
ReplyDeleteselama ni sy tk pernah masak sotong masak kari hahaha sungguh.........kena cuba ni
salam kak jee
ReplyDeletenk tye la,rempah campuran tu rempah ape ye kak..