Thursday, July 7, 2011

IPOH KWAY TEOW SUP



Dua hari lepas, Kjee dapat mesej kat handphone dari seorang customer lama Kjee. Dia nak tahu kenapa Kjee tak bubuh resipi Ipoh Kway Toew Soup kat blog. Kjee kata kat FB ada.  Kemudian Kjee intai2 balik. Oh ya memang belum masuk lagi ke dalam blog.

Actually Kjee malu nak bagi resipi ini sebab mudah sangat nak buat. Macam main2 kata Nadia. ini resipi yangg Kjee cipta sendiri..tapi bubuh nama Ipoh Kway Teow soup sebab dulu2 pernah makan makanan tu dan rasanya lebih kurang sama. Masa meniaga dulu, ramai lak orang suka makan. Ntahlah. Since masih ada permintaan untuk resipi ini, bagi je lah kan. 

BAHAN2: (untuk 1 mangkuk)

seekor tulang ayam direbus untuk supnya (rebus kosong je dlm dua jam)
minyak bijan
aji shio lblack pepper (lada hitam berperisa jenama ajinomoto)
dua ekor udang sederhana besar
3 biji fish ball
sedikit taugeh
dua helai kucai
kway teow (jenis halus)
bawang goreng
seulas bawang putih
1 sudu kecil minyak

CARANYA:
Rebus rangka atau tulang ayam selama lebih kurang dua jam. Air nya adalah untuk sup.
Ketuk seulas bawang putih. Panaskan minyak dalam kuali kecil atau sauce pan. Masukkan bawang putih yang telah diketuk. Goreng seketika. Jaga jangan hangus. Pastu masukkan udang. Golek2 sampai udang jadi merah. Kemudian masukkan fish ball. Tuangkan kira-kira dua senduk air rebusan ayam dan terus didihkan. Bila mendidih, masukkan satu sudu kecil blackpepper aji shio. Blackpepper ni sebenarnya masukkan secukup rasa. Kalau suka pedas bubuhlah lebih. 

ehsan google
Blackpepper ni lengkap sudah masinnya. Tetapi kalau bubuh sikit je sebab tak nak pedas, masukkan sedikit kicap cair atau nampla iaitu sos ikan/sotong siam. Ok sup dah sedia. Ambil segenggam kwayteow dan bubuh dlm mangkuk. Ambil sedikit toge dan kucai nyg telah dipotong kira2 satu inci dan letakkan atas kwayteow. Kemudian tuangkan sup yang panas atas kway teow/tauge dan kucai tadi. Sup kena panas tahap mengelegak sebab kway teow/taugeh dan kucai tidak dimasak. Curah hingga menutupi paras kwayteow, tauge dan kucai. Pastu tabur bawang goreng. Makan ngan cili api yg telah dibubuh kicap cair/nampla. Titiskan juga minyak bijan diatasnya.

itu saja. senang kan. Sebab tu tiap kali ada org minta resipi ni, Kjee berat nak bagi. Mesti yang biasa makan Ipoh Kway Teow Sup masa kjee meniaga dulu tak percaya semudah ini menyediakannya! Kalau suka ayam, bolehlah bubuh sedikit selepas menumis bawang putih. Ada orang rebus sedikit isi ayam kemudian dicarik2 dan dihias diatas mangkuk sebelum mencurah sup. Suka hatilah. apapun, selamat mencuba.


4 comments:

  1. simple nyer.. boleh cube ni.. terime kasih bg resepi ni...

    ReplyDelete
  2. simple nya kak jeee..
    suka ipoh ktw sup sebab super duper sedap.

    Satu lagi mee kicap yang kat Ipoh tu pun sedap juga... kak jee pernah makan tak ?

    ReplyDelete
  3. salam kjee
    terpikat ngan resepi kt jee ,try dinner kt Jonny's order menu ni..alahai sngtlah tk sedapnya.baik buat sndiri pakai resepi kjee kan...norma kuantan

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Jee,
    I dah Cuba masak ikot Kak Jee punya resepi memang terbaik .. Thanks for sharing ya

    ReplyDelete