Thursday, August 4, 2011

ASAM REBUS DAGING MELAKA



Tak tahulah Kjee samada lauk ni milik orang Melaka ke tidak. Tapi inilah resipi yang diturunkan oleh arwah Bonda. Tapi dia guna daging tetel yang sedap tu tapi tak sihat. Kjee guna daging batang pinang sebab itu jer lah yang ada kat rumah ni.

Bahan2nya ala2 buat laksa Utara ataupun Laksa Penang tapi dua2 laksa tu bubuh ikan. Ini bubuh daging beserta kentang. Sedap sangat. Masa masak tadi dah goncang iman.

Lauk ni baru je Kjee masak. Panas2 dari periuk. Tapi dek kerana nak bagi resipi, bubuhlah dalam mangkuk dan tangkap gambar. Pastu tuang balik dalam periuk. Masa nak makan waktu berbuka dipanaskan kembali.

Ini adalah menu sihat. Tak ada tumis2. Jom kita intai cara membuatnya. Hari ni Kjee buat untuk sekali makan jer sebab untuk sahur mungkin buat maggie ala Unclepali atau Nasi Goreng Kampung.

BAHAN2NYA:

300 gms daging
2 biji kentang
5 batang cili merah *
3 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 inci belacan*
2 inci halia*
3 batang serai diketuk
4 keping asam keping
daun kesom

CARA:

Rebus daging hingga empok. (Kjee pun rebus walaupun guna daging batang pinang. Tapi taklah lama2 sangat).

Sementara itu, kisar semua yang bertanda *.. Apabila daging sudah elok lembutnya, masukkan bahan2 kisar termasuk cili kisar ke dalam periuk bersama daging rebus dan air rebusannya tadi. Didihkan. Masukkan juga kentang yang telah dibelah 4. Masukkan sekali serai dan asam keping serta daun kesom. Didihkan guna apa sederhana. Kalau tak cukup air, tambah tau. Bubuhlah perasa dan garam.

Lauk ini kuahnya agak cair berbanding dengan Asam Pedas. Dan rasanya masam2. Samalah macam rasa kuah laksa Utara ataupun Penang.

Tadi Kjee bubuh banyak daun kesom sebab suka aromanya. Itu je. Selamat mencuba.


5 comments:

  1. simple dan menyelerakan. lauk hari ni dah masak dah, tapi besok confirm masak lauk kjee ni.
    thanks for sharing.lizabassam.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni Kjee...selalu makan asam pedas daging je...asam rebus lum penah makan lagi...masuk list buka posa....tq Kjee..share2 resepi...:)

    ReplyDelete
  3. hhehehe...btl 2, esok comfirm buat lauk ni..blh x akak n masukkan sawi asin n bendi fauziah?

    ReplyDelete
  4. comfirm esok buat lauk ni 4 berbuka..tp blh x akak n bubuh sawi asin n bendi fauziah?

    ReplyDelete
  5. kak saerah: Jee tak pernah bubuh bendi atau sayur asin. cubala. bendi boleh kot. ah kita yg buat dia. hehehe

    ReplyDelete