Baru sekejap tadi Kjee dapat panggilan telefon dari Datin Umi Kalsom, seniwati veteran yang pernah mendapat jolokan Wanita Melayu Tercantik di Asia yang diberikan oleh sebuah majalah di Australia puluhan tahun lalu.
Dah lama Kjee tak dengar berita dari Datin. Memang beliau jer yang selalu telefon Kjee tanya khabar. Kjee? Hmmm selalu terlupa nak call beliau. Lagipun kalau bulan Puasa, Kjee jarang hubungi Datin sebab selalunya beliau berpuasa dan beraya di Tanah Suci.
Dah 3 tahun Datin tak berpuasa di Mekah sebab badannya sudah terlalu uzur. Tetapi dia tetap pergi buat Umrah di masa2 lain setiap tahun. Arwah suaminya, Datuk S Roomai Noor (seniman dan juga pengarah) meninggal dunia di Mekah 17 tahun lalu. Sejak itu, setiap tahun Datin Umi tidak pernah abaikan taggungjawabnya menjalani ibadah Umrah di Tanah Suci.
"Kak Umi dah tak larat lagi nak pergi masa bulan Puasa. Ramai manusia...sampai 3-juta! Kalau sihat, bolehlah berasak2 di sana," kata Datin Umi.
Beliau akan mencapai usia 78 tahun pada 18 Okober ini. Matanya masih terang dan juga masih boleh memandu kereta Kenari berwarna krim itu ke Sungai Buluh (beli pokok2 bunga) dan ke rumah anaknya Jumaaton di Petaling Jaya. Rumah arwah adik Kjee, seberang jalan je dari rumah anak Datin Umi.
Resipi klik sini |
Kjee syorkan beliau ke pasar Juadah. Rasa dulu pastu buatlah order untuk Raya nanti.
"Tak sama dengan yang Jee buat. Macam lagu P Ramlee 'Dimanakan Ku Cari Ganti!" Terkejut Kjee mendengarnya.
Maaflah Datin. Jee pun bukannya sihat. Kalau beliau telefon, tak putus2 beliau tanyakan kesihatan Kjee. Sebak sangat.
Datin Umi Kalsom pun bukannya sihat sangat. Dua tahun lalu beliau menjalani pembedahan jantung. Tiga injapnya tersumbat. Bagaimanapun, pembedahan yang dijalaninya hanya untuk satu injap sahaja.
Sebelum mengakhiri perbualan, kebiasaan Datin Umi adalah memohon ampun dan maaf sebab takut tak dapat jumpa dan berhubungan lagi. Itu yang Kjee seringkali sebak setiap kali mengakhiri perbualan dengan beliau.
Moga Allah swt memberikan beliau kesihatan dan panjangkan usia beliau. Amin.
kesian pulak sebab dh teringin nk makan tu...
ReplyDeleteDia nak order untuk Raya bukan untuk makan sekarang. Nak order untuk 100 orang makan! Sesapa yang kesian kat dia, amik resipi Kjee tolong buatkan untuk beliau.
ReplyDeletekalau untuk datin dah tentu kjee buat sekarang jgk!kan?...tp kalau utk raya 100 org punya makan..saya pun nangis kjee
ReplyDeleteAl Fatihah Ummi Kalsom dah meninggal 4 pagi tadi
ReplyDelete