Saturday, September 17, 2011

KURMA AYAM & TELOR REBUS


 Masak kurma adalah kegemaran Nadia. Tak kisahlah kurma ayam ke daging ker. Tadi Kjee buat Nasti Tomato. Rancang nak buat ayam masak merah tapi dek permintaan Nadia sebab lama dah tak masak kurma, Kjee gandingkannya dengan nasi tomato.

Resipi ayam kurma ni Kjee dapat dari adik Kjee (Faridah). Oleh kerana Faridah duduk dengan arwah bonda hingga ke nafas akhir Bonda, maka dia mewarisi banyak secret recipe arwah. Kjee hanya belajar masak kurma dari Faridah setelah ada anak sorang.

Ingatkan susahlah nak masa kurma. Rupanya senang. Cara memasaknya sikit lebih kurang macam masak kari. Cuma bahan2 yang digunakan berlainan. Kjee bubuh yogurt dan susu cair. Masa kecik2 dulu Kjee pernah tengok mak sedara Kjee masak kurma bubuh susu cair yang telah dicampur perahan limau nipis. Tapi sekarang dah mudah sebab ada jual yogurt asli jenama Nestle.

Hari ini selain ayam, Kjee rebus 4 biji telor ayam. Saja suka2. Unclepali suka makan telor rebus.

Jom kita intai bahan dan cara membuat Kurma ayam.

BAHAN2NYA:

½ ekor ayam
1½ cawan rempah kurma (Kjee guna Adabi)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 kayu manis*
2 bunga lawang*
2 biji pelaga*
2 sudu kecik lada hitam kisar (optional)
½ cawan susu cair (evap milk)
2 sudu besar natural yogurt Nestle
Jus dari sebji limau nipis
2 biji kentang
1 batang carrot (optional)
4 biji telor rebus (optional)
3 biji cili hijau (Kjee tak letak sebab tak ada)
½ cawan minyak masak

CARA:

Ayam dikerat 6 atau ikut suka. Cuci dan toskan.
Mayang sebiji bawang besar, halia dan jugak bawang putih. Sebiji lagi bawang besar dikerat empat. Carrot dipotong sebesar ibu jari. Kentang dipotong empat.
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Apabila dah panas, masukkan bahan2 bertanda *. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan2 yang telah dimayang. Goreng hingga warna bawang keprang2an. kemudian masukkan rempah kurma kering, kacau kira2 dua minit dan masukkan ½ setengah cawan air. Apabila sudah naik minyak, masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
Kemudian masukkan carrot dan kentang. Masukkan juga lada hitam kalau suka. Bubuh kira2 secawan air atau lebih kalau suka banyak kuah. Adjust sendiri. Guna api sederhana sehingga carrot dan kentang empuk. Masukkan telor.
Kemudian masukkan yogurt dan susu cair. Kaca hingga rata. Bubuh garam, jus limau nipis dan sedikit aji.
Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan masukkan cili hijau yang telah dibelah dua.
Sekiranya sudah cukup rasa, padamkan api. Hias dengan bawang goreng dan daun ketumbar, kalau suka.
Kalau masak kurma daging juga cara yang sama. Resipinya di sini.
Sedap makan dengan segala jenis nasi.

2 comments: