pernah ada kawan dipukul sebegini - foto2 ehsan google |
lebam cam ni ker? gambar hiasan jer ni. |
Tiba di sana, kawan Kjee ni bersua dengan seorang artis terkenal. Artis ini yang juga penyanyi dan pelakon, menyapa suami kawan Kjee. Suami kawan Kjee ni, seorang pemuzik terkenal. Kemudian masing2 duduk meja berasingan.
Si artis bersama seorang temannya (wanita). Artis itu tetap kelihatan ayu jelita walaupun tanpa mekap. Mungkin baru keluar dari gym di kelab tersebut. Artis tu nampak kurus sangat.
Kurus makan hati ke kurus sebab dia nak maintain body sebab jadi artis. Walhal artis ni pernah muncul dalam satu rancangan beberapa bulan lalu dan Kjee tengok badannya agak berisi.
"Kurus cantiklah Kjee. Bukan kurus makan hati. Kalau kurus makan hati, pasti terserlah di wajah dia." Oh ya ker. Kjee tanya kerana sejak dua menjak ni ada banyak gossip, rumahtangga dia ada masalah.
Kemudian kawan Kjee kata, suami dia ternampak lebam di kedua2 belah lengan bahagian atas artis itu. Lebam macam kena cengkam dengan kuat! Artis tu pulak selamba guna t-shirt berlengan cukup pendek!
"Suami saya kata, lebam tu nampak teruk sangat. It's a very nasty bruise! Macam dia kena cengkam dari orang yang tak nak melepaskannya. Artis tu putih gebu! Tapi saya haraplah Kjee, bukan sebab perbuatan orang tetapi mungkin tidak disengajakan," kata kawan Kjee.
Suaminya, kata kawan Kjee berharap lebam itu tidak disengajakan. Tetapi sebagai seorang lelaki, suami dan bapa, dia cukup kesian dengan artis itu,
Hmmm sebenarnya, Kjee pun tahu sedikit sebanyak kisah artis ni sering dijadikan 'punching bag' orang yang dia sayangi. Kjee pernah duduk di sebuah kondo di Gombak, lewat 90-an dulu. Artis ini tinggal di Tingkat 5, Kjee di tingkat 4. Masa tu dia baru bertunang dengan seorang artis, penyanyi yang cukup popular.
Dia seringkali dipukul oleh penyanyi itu hingga lebam2 sebab terlalu cemburu. Malah penyanyi lelaki itu pun pernah buat lagu mengenai keterlanjurannya kerana kekasihnya itu bukan lawannya!!
Kemudian emak artis ni bertemu Kjee dan meminta tolong Kjee nasihatkan anaknya (artis wanita tu), supaya lupakan tunangnya. Menangis2 mak itu menceritakan bagaimana anaknya teruk dipukul oleh artis lelaki tu.
Iyshhh siapalah Kjee nak menasihat? Kjee suruh bonda artis itu berdoa. Doa ibu cukup mujarab, kata Kjee. Dan akhirnya, putus jugak pertunangan artis itu dengan penyanyi tersebut.
Tetapi, kisah yang Kjee dengar semalam mengenai lebam2 di lengan artis itu, harap2 bukan sebab bergelut atau sebagainya. Mungkin ia berlaku secara tak sengaja.
Kata Nadia, kesian kan Mama, artis cantik tu. Tak semua orang cantik rupanya mendapat kebahagiaan yang mereka mahu. Selalu orang cantik dapat suami kaya dan hidup penuh kemewahan.
Entahlah sayang...rezeki masing2. Itulah janji Allah swt sebelum mereka dilahirkan di dunia ini. Wallahualam.
kak jee .. betul ker org cakap .. perempuan lawa selalunya bodoh ..
ReplyDeletemy cousin yg cantik molek dari zaman berkawan, bertunang hingga kawin pun asyik jadi punching bag suaminya.. entahlah, angkara 'cinta itu buta' lah gamaknya..
ReplyDeletehaishhh "perempuan perempuan"..
Mcm mudah je nak teka artis tu.. kesian sgt! Kakak saya pun selalu jadi punching bag, tapi setia berbelas tahun sampai la ni.. Hati perempuan ni lembut sgt. Selalunya demi anak2. Tak berapa nak faham la...
ReplyDeleteemm. macam dpt gambaran je siapa.
ReplyDeletetp mintak2 la tak kan kjee? doa yg baik2 je la untuk dia.
Assalam...
ReplyDeleteNasib manusia tak semuanya sama..
Nasib manusia tak semuanya sama..Betul.Jai kita kena ikhlas menerima dugaanNya.
ReplyDeletetak tahu nak teka sapa....mmmm....org sll blh cakap mcm tu mcm ni...srh tgl jer org mcm tu....tp...berdoalh semoga kita dijauhkan dari smua tu....
ReplyDeleteAdakah Erra Fazira yang dimaksudkan???????????
ReplyDeleteerra fazira yea????
ReplyDeletememang sah erra fazira dari dulu kini tapi janganlah selamanya jadi begitu
ReplyDeletedoa doakanlah kebahagiaannya, yang cantik orang nampak
yang buruk di telannya tiada siapa yg tahu.....