cilok dari album cik google |
LIMA TAHUN YANG LALU.
Unclepali: (EXCITED)
Jee, saya nak buat website untuk awak
Dah register ...fauziahsamad.com
Kjee: (SELAMBA+ MENYAMPAH+BORING)
Hah? Website? Abang ni suka sangat buang duit tau.
Nak buat apa website tu?
Malas lah. Saya tak tahu nak tulis apa!
Unclepali: (BENGANG)
Tak tahu nak tulis apa?
Awak kan bekas wartawan...tulis jer lah apa2!
Kjee terus pergi tinggalkan dia berangan seorang diri. Dalam hati, bukan main menyampah lagi. Kalau dia suka sangat benda2 cam tu, buatlah website sendiri. Bukannya dia tak tahu menulis. Dia pun dulu wartawan!
Selepas setahun website yang sentiasa UNDER CONSTRUCTION, akhirnya tamatlah tempohnya dan kontrak itu pun expire lah. Unclepali kecewa sangat2. Kjee masih tak peduli pujuk rayu dia supaya mengisi bahan untuk website tu.
TIGA TAHUN KEMUDIAN.
Unclepali ni memang jenis manusia yang tidak kenal erti putus asa. Dia pujuk Kjee bukak akaun Facebook pulak. My blood pressure mula naik. Masa tu Kjee sibuk buat skrip. Tapi Nadia kesian tengok kesungguhan papa dia. Dia pujuk. Dia kata cubalah. "Mama asyik stress jer buat skrip. Cubalah alihkan sikit tumpuan tu. Layanlah Facebook kejap!"
Unclepali ni memang jenis manusia yang tidak kenal erti putus asa. Dia pujuk Kjee bukak akaun Facebook pulak. My blood pressure mula naik. Masa tu Kjee sibuk buat skrip. Tapi Nadia kesian tengok kesungguhan papa dia. Dia pujuk. Dia kata cubalah. "Mama asyik stress jer buat skrip. Cubalah alihkan sikit tumpuan tu. Layanlah Facebook kejap!"
Unclepali punyalah suka Nadia sokong dia agar Kjee bukak akaun FB. Dengan adanya akaun FB, bukannya Kjee hilang stress tetapi bertambah stress. Hari2 mengamuk sebab macam2 perangai orang yang Kjee temui di alam maya. Paling menyampah kalau ada tanya...eh akak ni pelakon ker?
Sorang demi sorang Kjee block. Tak sampai setahun agaknya dah dekat 2,000 orang! Kejam kan? Tapi Kjee memang sensitif kalau ada insan yang perangai tak sealiran.
And then apabila Kjee tak nampak cabaran lagi nak layan Facebook, Kjee pun mulalah intai2 blog orang lain. Unclepali suruh Kjee intai2 blog politik. Blog pertama Kjee intai ialah Ruang Bicara Faizal (RBF) atas saranan seorang teman. Kemudian ke blog Papagomo.
Selepas itu, Kjee tak tau macam mana Kjee sampai ke blog Dunia Tanpa Sempadan. Kjee dah semakin seronok. Kjee dah mula malas nak layan FB lagi. Hari2 dah intai pelbagai jenis blog.
Hah masa tulah Unclepali masuk jarum. Tanya Kjee tak minat ker nak bukak blog pulak? Hah kata Kjee? Nak tulis apa? Tak tahulah macam mana nak start.
Unclepali bukan main pandai pujuk. Dia suruh buat blog masakan macam Dapur Tanpa Sempadan yang Kjee minat sangat2. Dia kata, masa Kjee buat page resipi kat FB, sambutannya cukup hangat, so why not?
Maleh nak bertekak, Kjee pun setuju. Unclepali cepat2 register nama Dapur Kjee sebab nama itu cukup bermakna. Itulah nama gerai Kjee sewaktu meniaga di Anjung Melawati dulu. Kemudian Kjee rasakan nama tu tak sesuwai. Kjee baru sedar tidak mudah nak buat blog masakan sebab terlalu ramai dah buat dan banyak yang femes pulak tu.
Okay. Atas saranan Rose Baha, seorang teman bekas wartawan Berita Harian dulu, Kjee tambah perkataan Dunia Dari Dapur Kjee. Kononnya, Kjee lihat dunia dari dapur Kjee. Unclepali setuju dan kata Kjee boleh tulis apa sahaja yang Kjee suka nanti dalam blog tu.
Begitulah bermulanya Kjee dengan blog ini. Dari ayat "Tak tau nak tulis apa?" yang sering Kjee lemparkan setiap kali Unclepali suruh buat blog, Kjee dah tak boleh stop menulis.
Dan hari ini 26 Januari 2012, genap setahun usia Dunia Dari Dapur Kjee. Mana nak sangka boleh bertahan setahun! Kjee ni jenis manusia hangat2 tahi ayam. Cepat boring!
Tetapi apabila page views meningkat dengan cepatnya, Kjee mulalah excited. Mula lupa dunia luar. Dunia Kjee hanya tertumpu kepada Dunia Dari dapur Kjee.
Tak tahulah nak sedih ke nak happy apabila Dunia Dari dapur Kjee dah berusia setahun. Walaupun sekarang dah berjaya dapat lebih 2 juta page views dalam masa setahun, Kjee masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
Kjee telah menulis sebanyak 1217 entries (termasuk entry ini) dalam masa setahun! Hebat ker? Unclepali kata, dasyat. Habis tu siapa nak puji kalau bukan suami sendiri kan?
Blog ini juga telah berjaya menjana income yang cukup bagus. Mula2 dulu Kjee ingat, kalau ada pun income biarlah cukup untuk bayar bil api dan streamyx. Tetapi setelah 6 bulan, dah boleh bayar ansuran kereta dan jugak sewa rumah. Unclepali yang tukang congak berapa yang masuk setiap hari. Kerja Kjee hanya siapkan content!
Terima kasih semua kerana menyokong, mengutuk, menghentam dan memuji. Kjee tak kisah semuanya. Korang puji aku senyum. Korang bantai aku menyumpah. Siapa suruh korang bantai kan?
Anyway, Kjee harap selepas melalui proses kematangan selama setahun ini, Kjee akan terus dapat memuaskan hati semua pembaca. Kjee hanya tulis apa yang terlintas di fikiran. Tulisan Kjee tidak akan terpengaruh atau dipengaruhi sesiapa. Insya Allah.
Terima kasih juga kepada semua yang klik iklan2 di blog Kjee tiap kali masuk. Melihat banyak duit yang masuk tiap bulan, Kjee lebih bersemangat untuk menulis. Harap2 korang semua terus sokong usaha Kjee ini.
Kjee ingin panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana memudahkan Kjee menulis. Di usia seperti ini masih boleh membuat orang ketawa dan menangis. Alhamdullilah.
Oppsss lupa lak. TERIMA KASIH ABANG (UNCLEPALI). TANPA AWAK, TAK WUJUDLAH BLOG INI. LOVE YOU SO MUCH!!
Oppsss lupa lak. TERIMA KASIH ABANG (UNCLEPALI). TANPA AWAK, TAK WUJUDLAH BLOG INI. LOVE YOU SO MUCH!!
Wohaa.. Tahniah Kjee.. DDDKJ dah jadi antara blog peberet gua sekarang nih..
ReplyDeleteGua harapkan Kjee teruskan berblog ni walaupun dah pindah rumah baru nanti..
Gua akan terus jadi pembaca setia blog Kjee walaupun setakat silent readers je..
p/s: Tension jugak kalau berpolitik je 24jam.. =)
semoga kak jee akan beri impact yang +ve pada yg singgah di sini ;-) dan teruskan menulis...
ReplyDeletehppy 1st annivesary DDDKjee..love u sis ..u r the best...<3:)
ReplyDeleteTahniah kak Jee, Allah berikan bakat menulis dan boleh menggembirakan hati orang lain. Saya sangat suka blog Kak Jee walaupun Kak Jee tak kenal siapa saya dan kat FB kadang-kadang Kak Jee tak layan pun tapi saya tetap suka blog Kak Jee dan Kak Jee juga.
ReplyDeletehappy 1 birthday dapurkakjee.com
ReplyDeletemoga tuan dapur pun terus diberi kesihatan yang baik untuk menulis...chaiyok..chaiyok kak jee..
muahaha
tahniah kak jee,seronoknya kalau saya berjaya cam kak jee
ReplyDeletehappy 1st bloggersary to DDDKJ. tahniah dan semuga akan terus menulis untuk share apa saja yg +ve dalam kehidupan...
ReplyDeleteTahniah kak jee....macam tu lah semangat seorang blogger kental....
ReplyDeletetahniah kak jee, alhamdulillah banyak yang saya baca cerita kak jee dalam blog ni dan antara blog yang saya terjah masa mula² bukak blog dulu.. hihihihi.. terima kasih jugak follow saya balik.. semoga kak jee akan lbh bersemangat untuk menulis diblog ini...
ReplyDeletehappy 1st anniersary DDDKJ..moga makin rajin buat entri baru ;-)
ReplyDeletei like it....suka baca cara penulisan dan penggunaan gramar kjee sambil tu belajo le ...nor
ReplyDeletehappy 1st anniversary 3DKJ, to the writer iaitu K. Jee, congrats..do you realise that your are so special? coz to me you are.. thanks for the nasihat, sharing the experience, knowledge.. etc etc.. (zaph)
ReplyDeletesmall note: uncle pali & nadia, thanks for giving the support and coaxing her.. if not tak dapat lah baca all the entri .. :)
SWEET :)
ReplyDeleteTERUSKAN MENULIS KAK JEE.
SAYA SUKA BACA BLOG KAK JEE
ANTARA BLOG WAJIB SINGGAH SETIAP HARI
hepi besday DDDKJ...
ReplyDeletetahniah & semoga terus maju...
Salam sekalung tahniah buat Dunia Dari Dapur KakJee yang telah meningkat naik dgn mendadak...kebolehan kakJee menulis dlm apa jua mmg sudah terserlah...disulami pulak dengan semangat yang ditiup oleh suami dan anak selain semangat kental dan masa yang dicurah kepada DDD K.Jee nih....now berbaloi2 kan....teruskan berblog ya K.Jee....Salam sayang dr HSH...muaahss!
ReplyDeletesalam kak jie...tahniah ye...saya silent reader kak jee...hari2 saya bukak blog kak jee nih....penulisannya sungguh jujur.....terussskan....dan tahniah dari saya atas setahun blog nih...-aini
ReplyDeleteOoooo Unclepali rupanya tulang belakang kak jee ye. All the best untuk DDDKJ. Moga kakjee, unclepali dan nadia dimurahkan rezeki dan kekal bahagia sampai syurga ok:)
ReplyDeleteCongrats on your 1st anniversary Kjee. Sy terjumpa dgn blog Kjee pun secara tak sengaja awal tahun lepas dari blog CMG, and I've been hooked eversince.....
ReplyDeleteMoga lebih bersemangat utk berblogging.
:-)
Tahniah Kak Jee!!!
ReplyDeleteTAHNIAH dan selamat menyambut ulangtahun pertama !! Saya antara yang di BLOCK oleh KJ di FB.Selepas di ' accept' as friend, satu malam tu saya respon pada KJ. Ntahleee silap ayat, ke silap bahasa ke .. KJ ngamuk .. terus BLOCK saya. Terkedu rasanya sebab itu respon PERTAMA saya dan sememangnya tak ada niat nak menghina or menegur pun. Sekadar nak memaklumkan .. tak sangka KJ tak boleh terima walaupun bendanya untuk kebaikan. Tapi saya tak mengamuk di block sebab saya boleh terima hakikat ' tak semua yang kita cakap orang boleh terima dengan hati terbuka' ... so saya terus juga menjenguk KJ di sini .. sehari ada le 4 atau 5 kali. Dah ketagih pun. suami pernah tegur ' tak serik ke dah di block orang tu?" saya diam je sebab saya memang tak boleh DELETE minat pada DUNIA DARI DAPUR KAK JEE. So .. saya harap KJ terus di beri kekuatan dan kemampuan untuk terus mencoretkan apa saja yang sesuai untuk di kongsi bersama disini. Kalau ada yang suka .. alhamdulillah dan kalau ada yang mengutuk ... membenci .. biarkan saja. Sha ...
ReplyDeletecongratulations!
ReplyDeleteHappy 1st Anniversary DDKJ. Tahniah Kjee. Moga terus di beri kekuatan utk berkarya di DDKJ ni. Love ur postings very much.
ReplyDeleteHAPPY 1ST BIRTHDAY, "DUNIA DARI DAPUR KJEE".....AND MAY YOU HAVE MANY MORE TO COME.....CONGRATS SIS!
ReplyDeleteTahniah! Kak Jee, berkat kesungguhan Unclepali dan kata2 semangat Nadia, akhirnya Dunia Dari Dapur Kak Jee kukuh berdiri hari ini. Namun ianya takkan berhasil tanpa Kak Jee, Kak Jeelah yg jadi penguat blog ini.
ReplyDeleteHappy 1st birthday to DDDKJ...congrats sis!!!
ReplyDeleteTahniah kak jee...wpun sy ni silent reader tp x penah miss nk bukak blog kak jee..resepi² kak jee + cite² hiburan yg vass gitu menjadi hidangan sy setiap hari....
ReplyDeletetahniah kakje... teruskan menulis sebab kami sentiasa menantikan entri2 baru dari kakjee.
ReplyDeleteTahniah! Selamat Ulang Tahun Pertama DDDKJ, blog yang wajib saya lawat setiap hari. Also a big thank you for being an inspiration in building up my own blog...will remember it forever :)
ReplyDeletetahniah kak jee.....keep up the good work
ReplyDeleteTahniah..Kak Gee
ReplyDeletetahniah ye kakjee cayang..selamat ulangtahun..moga blog kakjee akan terus mendaki tinggi ke kedudukan no 1 kt mesia nih..love uu! muaaahhss!!
ReplyDeletewah tahniah kakjee.. mendapat sokongan ramai.. :)
ReplyDeletetahniah kak jee.semoga bertambah sihat dan ceria ^_^
ReplyDeleteLove,
Kak Lang
Tahniah Kak Jee...
ReplyDeleteeh ni blogger yg pelakon tu kan??
ReplyDeletehahaha lama xnmpk kat tv.
Tahniah kak jee. Saya tetap sokong dari dulu kini dan selamanya. Semuga Allah memberkati kehidupan Kak Jee sekeluarga. AMIN
ReplyDeleteHappy 1st Blogversary to Dunia Dari Dapur Kjee!!
ReplyDeletesemuga more to come!!!
Selamat ulang tahun yg pertama kak jee....viewers 2 million....banyakkkk tuuuu :))
ReplyDeleteTahniah buat KJee,Unclepali, Nadia dan DDDKJ...Moga terus sukses...suka singgah blog Kjee..
ReplyDeleteTahniah Kak Gee...semoga bertambah murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya....Amennn.....
ReplyDeleteDunia Dr Dapur Kak Jee mmg sll dekat dihati..Keep it up kak jee..Thanks for sharing...
ReplyDeleteCongrats k jee..sori lambat sikit wish ni..better late than never kan..May Allah swt keep blessing k jee sekeluarga dan diberi ilham yang mencurah curah unruk k jee terus menulis ya..love love kiss kiss always :))
ReplyDeletecongrats k jee..sorry lambat wish ni..but better late than never kan..Semoga Allah swt sentiasa merahmati k jee sekeluarga dan memberi ilham yang best best utk share dgn kami di blog nih..amin...hug hug kiss kiss :)
ReplyDeletekak jee, keep on writing. thumbs up.
ReplyDeletesyabas kak Jee,bak kata orgputeh-mak teh angkat topi tinggi2 gitu kat kak Jee.love you much
ReplyDeletesuka resepi dlm blog k.gee .. i dh msk pakai resepi dlm blog k.gee suami puji sedap .. Alhamdulilah, smoga perkongsian k.gee mndapat pahala n pahala berterusan
ReplyDelete