Lauk ini suatu kemestian kat rumah arwah Bonda kalau Hari Raya atau dia buat majlis panggil orang makan or selalunya panggil kami makan. Tak ada lauk ini, Abang Fauzee paling kuat bising.
Dan apabila Abang Fauzee duduk jer kat meja makan semalam dan nampak Sambal Goreng kesukaan dia ni, bersinar2 matanya. Bangganya Kjee apabila dia makan berkali2 tambah!
Anyway, semalam Kjee buat satu kuali. Ingatkan adalah baki sebab itu suruh abang Fauzee bawak bekas plastik. Makanan banyak so kalau tak habis, siapa nak makan kan?
Tapi Kjee silap. Semua tetamu yang datang tak kira yang kecik mahupun yang besar, terjah Sambal Goreng jawa ni. Agaknya sedap sangat Kjee buat. Ewah. Tapi kalau Abang Fauzee puji kata sedap, mestilah sedap sebab tekak dia pun memang cerewet macam Kjee.
Buatnya punyalah renyah. Patutlah masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak yang punya tugasan menyediakan bahan2 untuk buat sambal goreng ni. Sekarang Kjee baru tahu. Ia sebenarnya memerlukan kesabaran yang amat sangat.
Semua bahan - bawang, cili, lengkuas, serai, kacang buncis - mesti dihiris halus. Part cili kering tu kena gunting serong halus. Arwah mak ricik jer serai dan lengkuas tapi Kjee tumbuk halus. Lepas tu, tempe dan tahu dipotong dadu dan digoreng ½ masak jer. Jangan sampai garing sebab nanti jadi keras tak sedap lauk ni.
Ambil masa sejam jugaklah untuk penyediaannya. Masaknya sekejap jer. Dan makan pulak lagi sekejap. Hehehe.
Jom kita intai bahan2nya. Kalau keluarga tak besar, buat separuh jer yer.
BAHAN2
2 peket tempe
5 keping tahu biasa
5 batang cili merah
secekak kacang buncis (kacang panjang pun bleh)
segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
udang
ayam
pedal
petai (kalau suka bubuh)
dua sudu besar gula merah
1 inci belacan
½ kilo santan pekat
2 keping asam gelugor (asam keping)
CARA
1. Tahu dan tempe didadu. Goreng separuh masak dan tepikan. Tumbuk halia, lengkuas dan serai hingga halus. Mayang bawang merah dan bawang putih. Hiris serong dan halus cili merah dan gunting serong cili kering. Kopek petai dan belah dua.
2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang putih dan bawang besar, cili kering dan cili merah. Goreng seketika hingga bahan2 dah lembut sedikit. Masukkan ayam dan pedal yang telah dipotong nipis. Goreng lagi seketika. Kemudian masukkan belacan dan gula merah.
3.Setelah naik wangi, masukkan santan.
Setelah santan mendidih seketika, masukkan udang dan sayur buncis. Kemudian apabila sayur sudah agak layu sikit, masukkan tempe dan tahu goreng.
4. Rasa garam dan campakkan dua keping asam gelugor.
Gaul hingga semua bahan telah rata dan bersatu. Padam api.
Sedap makan dengan Nasi impit, Ketupat atau Lemang. Sedap juga dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.
salam kak gie
ReplyDeleteemm sedapnya...... dah lama hanim tak makan sambal jawa ni. Tapi kalau buat hanim tak letak petai. Kureng minat dengan baunya
boleh la cuba buat esok. tempe dgn tauhu ada kat umah. he he he he ...........
Tak pernah komen sblm ni (silent reader)... Tp tgk lauk sambal goreng ni terus rasa nk komen.. saya pun belajar dgn mak n mak belajar ngan satu org tua di kg baru mcm mana nk buat sambal goreng jawa ni dgn betul. Mmg renyah tp percayalah hasilnya mmg marvelous kan :) skrg ni tambah ilmu lg dr blog kak jee. Terima kasih.
ReplyDeletesalam kak...wow... sedapnye...minta izin salin resepi ye
ReplyDeletexpernah lagi cuba masak sambal goreng...tp kalau tgk tu sedapnya makan ngn nasi panas2..pastu complete ngn sayur lgi..senang utk masak cm org malas mcm adda ni..kihkih
ReplyDeleteSuka sambal jawa tp kjee punya lain sgt dr resepi arwah nenek saya...
ReplyDeletekak jee... mak elly kan.. rajin buat sambal goreng jawa tapi versi takde kacang panjang... ada masa tu tiap2 minggu buat sebab ada tempahan nasi ambang.... mula2 memang susah.. sebab bahan hirisan ngan barang nak goerng banyak,... memang rasa macam leceh sangat... tapi bila sumer dah sedia... mudah jer nak masak nyer... hari raya lauk ni pon antara lauk wajib... kalau takda .. macam tak raya pulak.... maklum laa... orang jawa..
ReplyDeleteSalam. Kak Jee.. acuan roti jala ada lagi tak? Mcm mana nak beli?
ReplyDeleteKjee baru jer amik stok botol roti jala dan ramekins tadi. Sms atau kol 0126780501.
ReplyDeleteguess what? kalau nak masak, saya selalu carik resepi dari blog kak jie. sbb penyediaan yg simple tapi sedap!
ReplyDelete#nnti juadah berbuka puasa mesti meletup2 kan kak?
faveret ni sambal goreng... ibu dah ajar..tapi saya tak masuk ajar..hehe.. tau makan je..
ReplyDeletenmpk sedap...nk try la..
ReplyDeletekak jee, saya ambik resepi ni tau..tq
ReplyDelete