Monday, July 23, 2012

KARI IKAN TALANG KERING BERSAMA TERUNG BULAT




Kari Ikan Talang adalah antara menu wajib di bulan Puasa. Penghuni2 rumah Kjee memang suka sangat kerana ia cukup membuka selera. Mujurlah Unclepali hanya suka tulang ikan kering sementara Kjee dan Nadia suka bahagian isi. So apabila makan, taklah berebut2.

Kjee memilih ikan talang sebab pada Kjee texturenya lebih halus dari ikan kering lain. Dan ianya agak murah. Ikan Kurau kering dan Ikan Merah kering jugak sedap dibuat kari tetapi harganya juga boleh tahan mahal. Satu hari Kjee nak try buat kari ikan kering Kurau yang ramai kata sedap sangat.

Tetapi yang Kjee tahu, isi dibahagian perut ikan kurau segar paling sedap dibuat kari. Kjee selalu beli di pasar Chow Kit tetapi dek kerana dah lama tak ke sana, maka tak teringatlah pulak nak buat kari ikan Kurau fresh.

Berbalik kepada kari ikan talang kering atau masin ni, cara memasak sama macam buat kari ikan biasa. Cuma, kena potong2 ikut saiz yang kita suka dan rendam sekurang2nya dua atau tiga jam untuk hilangkan sikit rasa masin. Jugak untuk lembutkan sikit isinya.

Kjee beli ikan talang yang masih belum dipotong iaitu seekor. Kjee rasa puas hati beli seekor2 daripada yang sudah dipotong. Jadi kita boleh potong ikut suka kita. Kjee taklah potong kecik2 sebab takut hancur masa memasak. Biasanya Kjee potong sebesar 4 jari. pastu masa makan, diambil seorang sepotong.

Kari ikan kering sedap dimasukkan terung bulat yang telah dibelah empat. Boleh jugak guna bendi tetapi masa mengacau nanti, tulang ikan masin yang keras boleh hancurkan bendi tadi. So nak selamat, gunalah terung bulat yang agak keras dan tahan ganas. Hehehe.

Kjee tak bubuh garam apabila masak kari ikan kering. Biasanya Kjee masak tiga atau empat jam sebelum makan. So Kjee rasa tempoh itu cukup untuk ikan kering itu 'memasinkan' kari. Tapi sekiranya tidak puas hati dengan kemasinannya ketika hendak makan, bolehlah tambah lagi garam.



Kari Ikan Talang
Bahan2nya

Ikan Kering Talang (ikut suka)
1 cawan rempah kari ikan Babas
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
¼ cawan santan
2 biji terung bulat
1 tangkai daun kari


CARA:

Bersih ikan, potong ikut suka dan rendam selama dua atau tiga jam.
Panaskan minyak, masukkan bawang, daun kari dan tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari ikan dan kacau2 seketika hingga terbit minyak. Guna api perlahan. Pastu masukkan kira-kira 1 cawan air. Kacau pantas dan biarkan rempah hingga betul2 masak. Kalau terlalu kering, tambah air lagi. Rempah hendaklah betul2 masak dan berbau harum kalau nak hasil kari yang sedap. Kemudian masukkan santan. Tambah air lagi untuk mendapat kuah yang cukup. Apabila kuah mendidih, masukkan terung yang telah dibelah empat. Tunggu seketika hingga terung empuk sedikit.
Kemudian masukkan ikan kering bersama tulangnya. Guna api sederhana dan biarkan mendidih. Kalau suka boleh bubuh serbuk perasa msg.
Hidang dengan nasi panas2. Sangat sesuai untuk berbuka puasa atau sahur. 




Related Posts:

  • ROTI JALA NGAM DENGAN KARI AYAM Semalam Nadia nak makan Kari Ayam. Mama dia pula teringin nak makan Roti Jala atau orang Penang panggil Roti Kirai. So, bila dicantumkan Roti Jala dan Kari Ayam, memanglah ngam kan! Hehehe Kari ayam buat… Read More
  • KARI KEPALA IKAN JENAHAK Korang tau tak kenapa di Restoran Mamak, mereka hanya guna Ikan Merah dan Bawal Hitam untuk masak kari? Sebabnya, Ikan Merah dan Ikan Bawal Hitam tahan lasak. Tak mudah berderai dan kekal 'cantik' walaupun dimasa… Read More
  • KARI BAWAL HITAM STYLE MAMAK Sejak dua menjak ni harga ikan melonjak-lonjak naik. Pagi tadi Kjee pergi Pasar Keramat. Terkejut apabila Ikan Merah RM38 sekilo. Jenahak RM35! Sotong yang biasanya antara RM11-13 sekilo, pagi tadi RM20. Kjee tering… Read More
  • LAUK KARI KAMBING VEGETARIAN LAGI!! Sejak belajar masak kari guna Vegetarian Mutton, Kjee dah rasa seronok pulak nak buat kali kedua. Rasanya taklah macam kambing ori. Lebih kepada rasa cendawan kerana ia diperbuat dari cendawan dan taufoo. Pada Kj… Read More
  • KARI DAGING DENGAN KENTANG STAIL MOKCIK Lama bebenor Kjee tak masak Kari Daging dengan Kentang. Aritu Kjee beli daging batang pinang. Rasanya tak sampai sekilo. Ada plan nak guna daging tu masak ntah apa bende. Masa beli ingat. Bila dah dekat seminggu… Read More

4 comments:

  1. Hmmm...sedapnya ...kak jee tumis darat ke ?

    ReplyDelete
  2. sedapyer kjee terliur...yum..yum..

    ReplyDelete
  3. salam kak,

    ya Allah...my all-time fav....klu balik kg, mesti mak akan masak kari nih

    ReplyDelete
  4. bestnyer...kjee, mmg fav sy..

    ReplyDelete