Untuk resipi ini, Kjee guna fucuk kering jenis keras bukan nipis (lihat gambar). Kjee suka fucuk jenis ini sebab rasanya kenyal berbanding yang nipis tu.
Selain itu, tempe juga satu kemestian apabila orang Jawa masak lauk ini. Mereka juga guna tauhu tapi Kjee tak guna sebab dah guna fucuk. Fucuk tu kan kulit tauhu. Kjee juga guna kentang dan sohun.
Fucuk yang telah direndam |
Walaupun nama lauk ni hampir2 sama dengan Sambal Goreng yang Kjee buat hari tu, tetapi ada juga bahan2 yang tidak serupa. Misalnya, lauk ini menggunakan udang kering dan ikan bilis.
Jom kita intai resipi.
SAMBAL GORENG KERING
1 keping tempe
2 biji kentang
1 peket fucuk keras
1 peket sohun
secekak cili kering (digunting serong)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering (ditumbuk kasar)
1 genggam ikan bilis
1 senduk kicap manis
1 batang serai
sedikit lengkuas
CARA
Fucuk direndam hingga lembut. Mengambil masa satu hingga dua jam. Sohun juga direndam.
Tempe dan kentang di potong dadu. Kalau boleh saiz yang sama. Digoreng hingga garing. Goreng ikan bilis hingga ranggup.
Tumis bawang besar yang telah dipotong bulat bersama hirisan bawang putih. Masukkan lengkuas dan serai yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah wangi, masukkan cili kering yang telah digunting serong. Setelah cili kering agak garing, masukkan udang kering. Goreng lagi.
Kemudian masukkan fucuk dan sohun. Goreng hingga sebati semua bahan. Kemudian masukkan 1 senduk kicap manis dan sedikit garam. Masak hingga naik wap.
Kemudian masukkan bahan2 goreng seperti tempe, kentang dan ikan bilis. Kacau sampai rata. Padam api dan hidang.
Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi impit atau lemang.
sesuai tuk berbuka...menu ni pun selalu ada kt kenduri kawin..:)
ReplyDeleteselamat bebuka kak..
perghhhhh..sodaap ni kakjee!!
ReplyDeleteenak niih :) Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Salam..kak g...tq brkgsi...sy dh cb resipi akk...sdap...cm kn improve rs lg...plan nk msk hr ni...^_^tq again..salam prkenalan...smg sht selalu,amin
ReplyDeleteTerimakasih K Jee. Nak buat hari ini untuk anak bawa ke hostel di Puncak Alam. Selalu buat yang basah. Tu yang mencari resipi yang kering lak.
ReplyDelete