Saturday, September 29, 2012

SAMBAL TELOR PECAH




Ini Kjee bubuh 8 biji telor



Sambal Telor. Ada banyak variasi orang masak sambal telor kan? Selalunya orang buat sambal telor rebus. Teringat masa kecik2 dulu. My aunty Arfah kat Melaka, kalau balik dari orang kahwin, esoknya gerenti rumah dia ada sambal telor dari rumah pengantin. Sambal telor pengantin. Opppsss. Hehehe.

Orang Minang buat sambal telor ala goreng berlado. Telor direbus, pastu digolek2 dalam minyak sampai agak kekuning2an, pastu buat sambal berlada. Guna cili hidup dan cili api.

Tapi hari ni Kjee buat sambal telor yang dipecahkan. Kjee masak dulu sambal sampai cukup masak dan cukup rasa. Pastu perlahankan api dan pecahkan telor satu persatu perlahan2 ke dalam sambal. Besarkan sikit api. Apabila nampak telor tadi dah agak keras, baru diterbalikkan dalam sambal tu perlahan2.







Masa terbalik agak penting. Jangan terlalu pantas sebab nanti telor tu jadi ala2 scrambled eggs. Tak sedap. Lebih sedap kalau telor tu  kasar2 sikit.

Kjee jugak buat sup ayam bersama kaki ayam. Pastu nak suruh Unclepali petik kacang botor. Makan dengan sambal telor dan nasi putih panas, hmmm enak.

Janganlah tetiba mak mertua datang yer. Hehehe. nanti dia lalu belakang, gerenti tak nampak.



7 comments:

  1. menu yg sangat simple yg selalu dibuat bila nak cepat ni lah mmg bole habis nasi berpinggan2 ni

    ReplyDelete
  2. Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok nefis ve leziz bir görüntüsü var. İnsanın iştahını kabartıyor.

    Saygılar..

    ReplyDelete
  3. feveret saya ni kak sambal telo pecah. sedapppp

    ReplyDelete
  4. Makan masak di rumah lagi sedap berbanding di luar.. Saya suka masakan yg ringkas tetapi memuaskan.

    ReplyDelete