Thursday, October 4, 2012

SUP SIMPLE FUCUK DENGAN DAGING









Musim panas kembali agaknya. Dah dekat lima hari tak hujan. Kjee dah tak berani nak makan lauk pauk berempah. Nanti kepanasan beb!

So hari ni Kjee buat sup simple2 jer guna bahan yang ada dalam pantry. Nadia rendam fucuk atau kulit tahu yang keras tu. Kjee tak berapa gemar yang nipis sebab tak ada 'texture'. Kemudian godek2 dalam freezer jumpa sedikit daging batang pinang.

Kjee ricik halus2 daging tu dan rebus. Oleh kerana daging batang pinang, cepat lembutnya. Kemudian Kjee masukkan fucuk yang dah lembut dan dipotong sepanjang dua inci. Kjee jugak masukkan sebiji jer kentang potong empat.



Untuk rempahnya, Kjee ingat nak bubuh sup bunjut tapi tak jadi. Kjee campak jer satu batang kayu manis dan 2 bunga lawang. Kjee juga bubuh satu kiub daging. Kiub ayam atau bilis pun boleh.

Kemudian Kjee tumis darat. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi dan agak brown guna sikit jer minyak dan tuang ke dalam periuk.

Reneh sampai kentang empuk, rasa garamnya dan padam api. Oh ya Kjee jugak bubuh serbuk lada hitam aji shio. Lada hitam tumbuk halus biasa pun boleh.

Itu jer yang Kjee berselera nak makan di musim panas. Nasi pun rasa tak lalu sangat. Sedap makan begitu sahaja, panas2.


3 comments: