Caesar Salad |
Rump steak |
Lepas jemput Nadia balik 'kerja' di Bank Rakyat petang semalam, Nadia kata terus makan lah ya. UnclePali pun drive sambil tanya nak makan tempat jauh ke dekat? Nadia terus jawab tempat jauh tanpa beritahu mana dia nak makan.
UnclePali terpinga2. Terus memandu sambil tunggu Nadia decide nak makan di mana. Kemudian Nadia bersuara nak makan ayam tandoori kat Mahbub, Bangsar. Kjee pun kata dah lama tak makan murtabak daging Singapura Mahbub yang sedap.
Tapi masa UnclePali terus drive, Kjee tiba2 teringat entry Dr Ina Harlina mengenai tempat makan di Ampang Jaya yang menghidangkan makanan dari Jerman. Apabila Kjee buka mulut jer, Nadia terus keluarkan handfon dia dan surf blog Dr Ina kesayangan dia tu.
Terjerit Nadia. Okay, jom ke Ampang Jaya. "Kak Ina kata kat Petronas, belakang McD," kata Nadia excited. UnclePali pulak kata dia tahu dimana. "Mungkin kat bangunan Max Value. Sebelah restoran Nasi Kandar Kayu. Saya rasa pernah nampak restoran tu tapi kita tak makan situ," tambah UnclePali.
Setelah UnclePali turunkan Kjee dan Nadia sementara dia cari parking, kami dua beranak pun jalan menuju ke dalam bangunan yang menempatkan beberapa kedai2 kecil. Ada restoran, ada kedai dobi dan juga kedai serbaguna.
Sebaik duduk, waiter berbangsa Bangla datang membawa menu. Terbeliak mata Nadia. The pictures were so impressive. Kami jadi rambang mata tak tahu nak makan apa. Tetapi Kjee teringat Dr Ina kata the portions are generous.
So Kjee order tiga jenis makanan untuk kami makan bersama iaitu Caesar Salad, Rump Steak dan burger. Burger ni Kjee tak pasti yang mana satu sebab tak sempat ambil gambar dan kena sambar. Seingat Kjee, burger dua tingkat.
Makan ini mesti satu cabaran! |
Kemudian kami order mug besar Root Beer dan freshly brewed coffee.
Salad sampai dulu diikuti dengan Burger dan steak. Rump steak liat sikit. Waiter Bangla tu dah beritahu awal2, daging rump steak tinggal yang terakhir. Kalau nak tukar makanan lain bolehlah. Tetapi Kjee kata tak perlu.
Portion rump steak tu memang cukup untuk dua orang dengan side dish seperti mix vege dan jagung yang crunchy serta sos yang sedap. Hirisan caramalised bawang yang diletakkan diatas steak juga cukup menyelerakan.
Memang sangat2 memuaskan. Nadia kata lain kali datang dia nak makan Burger Megaton yang menggunakan 1 kg daging. Kjee pulak teruja nak cuba beef hotdog 180gms.
Thnx Dr Ina beri kami idea makan di sini. Lain kali pasti kami singgah lagi. Baca sini. Ia dibuka setiap hari dari jam 12 tgh hingga 10 mlm. Menurut waiter, kedai itu milik seorang chef berbangsa Jerman yang beristerikan wanita Melayu. So sah2 halal!
Mug besar rootbeer |
salam rindu kakjee..wah dh sampai german deli dah ek?? puashatikan mamam burger kt situ..pasnih kakjee shud try sandwic italian job nye..my sis kata mmg terbaekk!!
ReplyDelete