Wednesday, April 10, 2013

PETUA KUCING TAK SESAT

Snowy hilang dekat 4 jam pagi tadi. Siap ko...nanti mama tanam misai! Hehehe

Ini ada petua khas untuk mereka yang sayang kucing dan membelanya di rumah. Biasanya, kalau kita pindah ke satu kawasan baru, perkara yang kita paling risau ialah jika kucing kita tersesat dan tak tahu nak balik rumah atau cari jalan pulang.

Ada dua petua yang diajar oleh arwah Bonda dulu. Satu, sekiranya rumah anda ada tiang seri mana nak cari tiang seri kalau tinggal di rumah batu di bandar , ambil kucing anda dan bawak dia keliling tiang seri tu beberapa kali.

Kjee tak tahu jawapan kenapa kucing2 tersebut harus dibuat begitu. Tapi orang tua2 cakap jangan ingkar. So dulu2 Kjee buatlah, kalau rumah ada tiang seri. Actually tiang porch kereta pun boleh kot. Tapi Kjee tak pernah cuba. Hehehe.

Petua kedua ni, lagi kelakar. Arwah Bonda suruh gunting beberapa helai misai kucing kesayangan kita tu dan tanam dalam tanah dalam kawasan luar rumah.

Bonda pun tak kata kenapa harus berbuat demikian. Agaknya petua tu dia dapat dari bonda dia yang jugak tiada jawapan khusus.

Tetapi Kjee rasa, misai itu ditanam supaya apabila kucing itu keluar dan tersesat, dia mesti cuba hidu jalan pulang. Dan apabila dia hidu tanah, dia akan ikut arah misai dia yang ditanam. Wallahualam. Tapi korang rasa lojik tak?

Anyway, bab tanam misai ni hanya untuk kucing jer tau!! Kjee tidak akan bertanggungjawab kalau korang gunting misai suami yang asyik hilang tak balik2. Ada yang syorkan kalau suami cam tu, gunting tutttt dia dan tanam. So suami2 dan bofren2, jaga misai anda baik2. Kahkahkah.

Mokcik dah start merapu dah! Kalau nak cuba, apa salahnya. Tapi tanam misai kucing bukan misai suami tau! Kahkahkah.

Tiga ekor je kucing Kjee sekarang. Snowy, Ginger dan CheeTam.

CheeTam

8 comments:

  1. Salam, Kak Jee...

    Sy tahu pasal petua yg kedua tu, gunting misai kucing.. tapi taklah tanam, just gunting & jatuhkan dalam rumah aje.. tapi pd siapa2 yg suaminya jenis liat nak balik umah, sy syorkan boleh juga guna petua tu tapi kena tanamlahhh, hehehe

    ReplyDelete
  2. HItam nyer Cik Tam.... Hana ade 4 kucing...
    Tapi Kjee menurut vet Hana, dia ckp, x elok gunting misai kucing sbb dgn misai tu la kucing guna utk mencari makan, menghidu pwlbagai bnda termasuk musuh... :)

    ReplyDelete
  3. errrrr....nk cbe ke tak...confius..hahah

    ReplyDelete
  4. wah welcome back kak gee...lamanya tak update blog..tertunggu2...tersearch2 tau....sayapun baru nk mula bela kucing semula...tunggu misai mackie panjang...nanti saya tanam...hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha..abis lah pasni semua kucing diambil misai dan ditanam....

    ReplyDelete
  6. Hana, bukan gunting semua! sehelai dua. sekali jer bukan hari2 sampai gondol. kucing memang perlu misai. itu feelers atau gps kucing. hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam... Saya ikut petua ni, calit sedikit minyak lebihan goreng ikan kat hidung kucing tu. lepas tu minyak yg sama calit pada pagar, gate atau apa2 tempat kat rumah. InsyaAllh kucing tu kalau dia jalan jauh pun dia akan balik rumah. Semua kucing yg saya bela saya buat, especially kalau kucing tu saya baru bawak balik rumah.

    ReplyDelete