Monday, September 9, 2013

HASH BROWNS UNTUK SARAPAN









Dah lama tak makan. Entah macam mana masa nak tidur malam tadi tetiba teringat Hash Browns. Kjee dah lama tak beli Hash Browns yang ready made sejak dah reti buat sendiri. Walaupun tak perfect macam yang beli, sekurang-kurangnya rasanya menepati selera Kjee.

Hash Browns ni sedap sekiranya dipadankan dengan sosej, ataupun daging burger. Dengan telor mata kerbau pun sodap. Untuk anak2 jugak boleh dipelbagaikan dengan nuggets. Mesti berselera dia orang makan. Isyhh bukan budak2 jer, mak dan bapak budak pun berselera kalau dihidangkan sekali sekala kan? Hehehe.

Pagi tadi Kjee suruh Nadia kupas 3 biji kentang yang sederhana besar. Lepas tu Kjee guna box grater untuk sagat. Lepas sagat, Kjee perah airnya. Air perahan tu jangan dibuang. Ketepikan dulu.


Ehsan google



Kjee dadu kecik2, sebiji bawang besar dan campurkan bersama kentang tadi. Kalau tak mahu letak bawang pun boleh. Kita yang buat dia kan? Hehehe lama tak guna tagline tu.

Kemudian Kjee pukul sebiji telor gred D, yang telah dicampur garam dan sedikit lada hitam. Curahkan telor ke dalam kentang yang sudah kering diperah tadi. Masukkan jugak 1 sudu besar tepung jagung dan gaul. Kjee suruh guna telor gred D sebab telor tu kecik. Kalau gred A, nanti banyak pulak air dalam kentang.

Air perahan kentang tadi dibuang perlahan2 sehingga meninggalkan kanji kentang. Hah kanji atau potato starch tu dicampur ke dalam kentang yang telah dicampur telor dan bawang besar.

Kemudian digaul sampai sebati. Jangan diramas2 tau.


















Panaskan kuali leper. Kjee guna non stick pan yang kenit tu. Kalau tak silap 4 atau 5 inci. Bubuh minyak sikit jer. Apabila kuali dah panas, kepalkan kentang sagat tadi .  Tak payah besar sangat. Ala2 besar sikit daripada bola ping pong. Kalau besar sangat nanti lambat masak.

Letak bebola kentang tu dalam kuali dan leperkan. Kalau guna kuali non stick yang besar, leperkan guna kaedah sama. Boleh masak 4 biji sekali gus.

Api harus kecik dan masak 5 minit lepas tu terbalikkan perlahan2. Goreng hingga warnanya keperang-perangan. Ulang sampai semua kentang sagat tu habis. Hati2 masa terbalikkan. Nanti boleh berderai.


Sedap jugak untuk minum petang.

Klik sini jugak.










2 comments:

  1. senang jugak ye buat nie..sllu beli yang dah siap je kak jee...lama dah tak masuk blog nie..

    ReplyDelete
  2. kalau kat sini hash brown kena tgk gak.sbb dicampurnya lemak ba.

    ReplyDelete