Wednesday, September 11, 2013

OTAK OTAK PERANAKAN NYONYA PULAU PINANG














Tadi masa Kjee surf internet cari resipi Otak-Otak Nyonya yang original, Kjee tersengih apabila dalam satu blog tu, pemiliknya kata kenapa beri nama Otak-Otak sedangkan ia tak ada kena mengena dengan otak.

Rupa-rupanya dia kata, rempah ala2 kastad yang digunakan, bila dah masak rasa macam otak. Lembik2 gitu. Dia tanya, dia jawab lah ikut kefahamannya sendiri, kan? Hehehe.

Kjee tak tahu kenapa orang Peranakan Nyonya gelar makanan ini Otak-Otak. Kena tanya Che Mat Gebu sebab dia ada keturunan Nyonya Peranakan. Ia adalah menu wajib dalam restoran Nyonya Melaka dan Pulau Pinang.

This is, definitely, my comfort food. Suka sangat2. Kalau makan kat Restoran dan ternampak menu ada Otak-Otak, tak sah kalau tak order. Tapi sekarang ni, rasa-rasanya, makanan ini dah jadi makanan eksotik. Susah dah nak cari. Mungkin sebab penyediaannya renyah.





































Tapi dek kerana dah mengidam sangat maka Kjee gagahkan diri buat, walaupun bangun pagi tadi rasa demam sikit. Bahan-bahannya tak lah susah cari. Cuma kalau korang duduk bandar mungkin daun kaduk akan menimbulkan sedikit masalah. Tapi kat pasar atau pasar tani, ada jual.



Daun Kaduk dan Bunga Kantan



Kjee terjah dua tiga resipi tadi termasuk resipi Chef Amy Beh yang femes tu. Dalam ramai2, hanya Amy saja bubuh buah keras. So since ada stok buah keras, Kjee pun masukkan jugak. Amy tak bubuh bunga kantan tapi Kjee saja bubuh sebab tak ada stok lengkuas. Baunya hampir sama kan? Ok lah tu.

Jom kita intai resipi. Bahan-bahannya banyak sikit tapi tak payahlah panik sebab Kjee cuba explain cara mudah. Kalau tengok resipi kat internet dan buku Amy Beh memang nampak berbelit2 sikit.



ehsan google















OTAK-OTAK NYONYA
SUMBER: AMY BEH DAN BLOGGERS DI INTERNET
OLAHAN : MOKCIK JEE


BAHAN A
200 gms isi ikan Tenggiri (Ikan Merah pun boleh)
Garam
Lada hitam

BAHAN B
1 labu bawang besar (yang besar sekali) *
3 ulas bawang putih *
4 biji cili merah *
1 sudu besar cili kering kisar (dlm 10 tangkai) *
6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi) *
3 biji buah keras (optional) *
1 batang bunga kantan (optional tapi kalau letak, sedap) *
2 batang serai dihiris *
1 inci lengkuas dihiris *
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 inci belacan *

BAHAN C

2 biji telor Gred C
1 sudu kecik tepung jagung
1 sudu kecik tepung beras
5 helai daun limau purut dimayang halus
½ cawan pati santan
garam secukupnya
1 sudu kecik gula

BAHAN D

Daun Pisang secukupnya
Daun Kaduk secukupnya
Lidi


CARA:

1. Bahan A iaitu Ikan Tenggiri, dihiris nipis. Kemudian diperapkan dengan garam dan sedikit lada hitam selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.

2. Bahan B ditumbuk halus. Kisar pun boleh tapi guna air yang sedikit sahaja. Gaul sampai rata.

3. Pukul telor. Sedikit sahaja. Tak payah kembang. Campurkan santan pekat, garam, gula dan tepung jagung serta tepung beras. Kemudian kacau sebati dan masukkan daun limau purut yang telah dimayang halus. Ini bahan C.

4. Campurkan Bahan B bersama Bahan C dan gaul rata. Tepikan.

5. Celur daun pisang yang telah dipotong dalam air panas supaya lembut. Saiznya korang agak2 jer lah supaya senang nak bungkus bahan2 tadi.

6. Letak daun atas permukaan leper. Kjee letak atas pinggan. Lepas itu, susun 2 helai daun kaduk diatas daun pisang. Letakkan sekeping atau dua ikan tenggiri diatas daun Kaduk. Tutupkan dengan 2 sudu paste. Kelim tepi dan semat dengan lidi. Boleh jugak guna stapler.

7. Kukus selama 20 hingga 30 minit.

8. Hidang dengan nasi atau boleh ratah camtu jer.









15 comments:

  1. kjee..mohon kopi pes... sy nak try weekend ni.. sayang k.jee

    ReplyDelete
  2. Wah kak jee, memang sedap ni, lagi-lagi yang homemade punya. Drolling...

    ReplyDelete
  3. as salam, terima kasih kerana berkongsi resepi. Saya peminat tegar Otak-otak :) tapi tak pernah dan tak pandai buat sebab mak tak pernah buat. Bukan budaya keluarga lah tu. Nama otak-otak ni standard di banyak negeri tapi rupa paras dan rasa berbeza. Yang saya suka otak-tak kempas ( betoi ke ? ) yang dari Johor tu dan otak-otak yang 'macam' KJ buat. Tak tau pula namanya Otak-otak nyonya. Kat utara ni saya perhatikan ada 2 versi .. satu versi ' tulang bersepah/berserabut' :) dan satu yang macam KJ buat. Sebungkus RM2 - 2.50. Tak mudah dapat juga .. saya selalu tempeh tapi tu lahhh .. minimum 20 bungkus !! KJ letak ikan seekor ke ? buat sendiri boleh le buat gitu . Memang sedap.

    ReplyDelete
  4. Salam kak Jee,
    Mesti sedap otak-otak nyonya ni, nampak penuh isi ikan. Yg paling menawan sebab guna daun herba, daun kaduk. Dah lama tak makan daun kaduk, dulu2 my mama masukkan dalam bubur lambuk kalau tak silap.
    Saya anta foto tart nenas nyonya saya kak, tapi kuihnya dah habis... hehe. Lulus SIRIM my Hubby.
    Terima kasih banyak kak, sudi sebab share resipi. :))

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Jee,

    Terima Kasih dengan resepi kasih sayang ni :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba lagi buat....nanti nak cuba, saya simpan resepi ye :)

    ReplyDelete
  7. salamkjee,, tulang ikan ni nak buang ker

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum..kak gee..singgah sini ..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kakjee, boleh tak saya copy resepi ni, insya allah suatu hari nak buatlah, daun kadok banyak kat umah, kantan pun sedang mengembang jugak ni, tunggu cukup bahan nak buat lah, dah lama teringin nak mkan belum jumpa resepi yg best, tengok yg ni macm sedappp je

    ReplyDelete
  10. ena baru je pandai makan ni kakjee.suami yang suka lama2 tersuka juga la kita ni. hihi

    ReplyDelete
  11. Memang sedap.. Dulu di pinang memang ada org jual. Baru baru ni saya ke pinang. Dh tak jumpa lagi org yg jual.

    ReplyDelete
  12. Salaam
    K Jee
    Apa khabar?
    Lama tak dengar berita

    ReplyDelete