Friday, May 16, 2014

KENANGANKU BERSAMAMU GURU
















Ingatan Kjee ketika Hari Guru ketika di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak cukup samar-samar. Zaman itu - lewat 60-an, tiada sambutan Hari Guru seperti sekarang ini.

Kami semua tahu 16 Mei adalah Hari Guru. Apapun, Kjee tak ingat samada ia disambut dengan pelbagai aktiviti yang membabitkan penyertaan guru. Hanya Kjee ingat bagaimana seorang kawan kami H, tetiba datang ke sekolah dan bawak hadiah untuk guru kami.

H taklah mesra alam di kelas. Banyak menyendiri dan suka 'mengampu' cikgu. Pagi-pagi dia akan datang kelas, lap meja cikgu, bersihkan papan hitam dan jugak tolong cikgu angkat buku-buku latihan kami ke bilik guru atau ke kereta cikgu. Kami pandang saja sambil angkat kening. Hehehe kecik-kecik pun kami ada sifat macam tu.

Pada pagi 16 Mei tu, cikgu masuk kelas sepeti biasa. H dengan bangganya pergi ke cikgu sebaik cikgu duduk dan berikan hadiah dan ucap Selamat Hari Guru. Cikgu agak terkejut. Senyum dan terus bukak hadiah. Terkejut besar kami apabila tengok hadiah yang diberikan H adalah sebuah tabung katak!! Tabung duit syiling.

Kami semua ketawa berderai-derai. Muka cikgu merah padam. Cikgu marahi kami. Katanya, pemberian H menunjukkan keikhlasannya!

Dan pagi ini ketika Kjee tengok News Feed Kjee di Face Book, Kjee ternampak satu status dari Puan Suhaili Anita Ali. Tengok screen capture status Puan Suhaili, seorang guru Sains Tahun 3 di sebuah sekolah di Pulau Pinang, dibawah.







Kjee menjadi sebak membaca status Cikgu Suhaili. Ketika itu, Kjee dalam kereta menunggu UnclePali masuk bank. Sebaik sahaja UnclePali masuk kereta, Kjee tunjukkan kepadanya status Cikgu Suhaili dan menangis.

Terus Kjee teringat zaman persekolahan dulu apabila Kjee dan kawan-kawan dimarahi guru kelas kerana mentertawakan H yang memberinya hadiah Tabung Katak!

Kjee pasti anak murid yang beri hadiah Roti Canai yang dibungkus siap dengan kuah kari itu, benar-benar ikhlas. Pasti beberapa hari sebelum itu, murid itu dah dengar kawan-kawannya sibuk memikirkan apa hadiah yang akan mereka berikan kepada cikgu.

Dan adik seorang ini jugak tidak mahu ketinggalan menghargai pengorbanan cikgu nya. Cikgu Suhaili kata hadiah itu dari seorang anak muridnya yang 'sederhana hidupnya'... Masih beralas Cikgu Suhaili. Tidak mahu katakan yang murid itu 'anak orang miskin' dan tidak mampu membelikannya hadiah setaraf murid lain.

Kalaulah sekolah adik itu di Kuala Lumpur, teringin rasanya Kjee nak menemuinya dan memeluknya!

Guru tidak pernah meminta pengorbanan mereka dibalas dalam bentuk hadiah dan sebagainya. Kjee pernah terbaca kisah seorang guru di sebuah sekolah di pendalaman Sarawak, dapat hadiah buah-buahan yang memenuhi kereta Kancil beliau, di Hari Guru. Ada nangka, rambutan, jambu dan sebagainya. Sweet sangat!

Hadiah tidak ternilai bagi seorang guru adalah tanda Hormat anak murid. Dan jugak satu lagi hadiah yang mampu membuat dia menangis ialah apabila anak didiknya mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajarannya!

SELAMAT HARI GURU


Ms G Kumar, my English teacher at Air Panas Girls School



2 comments:

  1. SELAMAT HARI GURU...Tulisan jee sangat menyentuh hati boleh gelak n nangis seiiringan..

    ReplyDelete
  2. Btoi ..majoriti guru x mengharapkan aoa2 hadiah dr pelajarnya . Sekadar ucspan yg ikhlas ..sdh membuat guru terharu .. murid sek ren biasanya teruja nk bg sesuatu kpd guru mereka ..guru insan penting ..bermakna dan di sayangi oleh mereka ..oleh itu 'bantu' anak-anak anda .. untuk menzahirkan perasaan TERIMA KASIH mereka kpd guru guru dengan cara yang mudah ..berkesan dan bermakna. Tak perlu berbelanja besar .. sekadar membantu menyusun kata/ bhs dan kirim whasssap .. melukis kad ucapan dll ... sdh cukup bermakna.

    ReplyDelete