Monday, May 12, 2014

SAMBAL SOTONG BERSAMA PETAI








Pada Kjee, seafood paling sukar untuk dimasak ialah sotong dan udang. Terlebih masak ia akan menjadi liat. Hari tu Kjee tengok chef mana ntah masak kat Asia Food Channel, katanya masak sotong tak perlu lama. Dalam 4 atau 5 minit sahaja.

Oppps 4 atau 5 minit? Alahai kekadang Kjee masak sampai 20 minit. Sebab itulah sotong atau udang yang Kjee masak bila makan, rasa liat macam makan 'selipar Jepun'.  Hehehe gurau jer. Giler ke nak makan selipar Jepun!

Anyway, hari ini Kjee cuba ikut saranan chef mat salleh tu. Kjee goreng dulu petai sampai separuh masak dan keluarkan. Oppps Chef tu tak ajar buat sambal petai tau. Kjee hanya ikut saranan chef tu agar tidak masak sotong lama-lama sangat. Hehehe.

Ok oleh kerana Kjee nak buat sambal sotong bubuh petai, Kjee goreng dulu petai yang telah dikopek kulitnya. Nadia suka cara ini kerana katanya petai tak rasa mentah.








Selepas goreng petai dan diketepikan, Kjee tumis pulak bahan-bahan tumbuk seperti bawang merah (Kjee guna bawang besar), bawang putih dan sedikit belacan. Tumis hingga wangi kemudian Kjee masukkan cili kisar.

Goreng guna api perlahan sehingga pecah minyak. Kemudian Kjee masukkan kembali petai goreng separuh masak tadi. Lepas tu bubuhlah garam dan sedikit gula. Masak lagi selama 5 hingga 10 minit. Kemudian rasa. Oppps lupa lak...campak juga satu asam gelugor. Kalau nak letak sebiji bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat boleh jugak lah.

Apabila sambal sudah cukup masak, masukkan sotong yang telah dibersihkan dan ditos airnya. Kacau hingga sama rata selama 4 atau 5 minit sahaja. Kemudian cepat-cepat matikan api.

Kjee ambil sudu dan rasa. Sotong itu memang lembut dan moist atau lembab. Sedap sangat. Taklah liat macam selalu Kjee buat.

Oklah tu. Lain kali boleh cuba kaedah yang sama apabila masak udang pulak ya.





4 comments:

  1. Slm. K.jee nampak sedap Sgt sambal sotong tu. Sy pon kalau masak sotong sampai liat sampai anak2 tak nak makan. Lps ni bole la praktik kan cara ni pulak. Tq k.jee

    ReplyDelete
  2. K.Jee, selalunya saya akn kecutkn dulu sotong sblm masuk dlm sambal. Jadi bila dh kecut ( tp jgn lama sgt, nti sotong keras) sambal sotong tu takkan berair lah bila msak. Itu cara saya la dn family mmg suka klu msak stail ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak jee. nak share cara kita masak sambal sotong. mak mertua kita ajar rebus dulu sotong dengan halia. rebus air sikit je jangan banyak2. cukup la taknak bagi kering kuali tu kan. rebus dalam 4-5 minit terus angkat dan tos kan. cara ni sesuai kalau nak sambal tu tak berair sangat. untuk udang plak, saya suka goreng dulu udang tu dengan garam kunyit. sambal buat asing. bila sambal dah masak, masukkan je udang yang dah goreng kacau2 sikit terus padam api. insyaAllah tak liat udang tu. dan sambal kita rasa lain sikit la sebab ada kunyit sikit.

    ReplyDelete