Friday, August 1, 2014

KWAY TEOW SUP MUDAH KJEE



Kerana tak berapa sihat dan tak boleh makan pedas-pedas sebab kena gastric ulcer. So semalam, Kjee buat Kway Teow Sup yang simple ni. Kjee kata simple sebab isyhhh rasa2nya budak sekolah pun reti nak buat.

Walaupun simple, tapi berselera sangat Kjee makan. Asalnya Kjee nak buat Ipoh Kway Teow Soup. Ipoh Kway Teow Soup antara jualan Kjee terlaris masa niaga dulu. Tapi oleh kerana tiada udang (disengajakan kerana Kjee sekarang cuba hadkan makan seafood), maka Kjee hanya guna ayam. Jugak tak lengkap Ipoh Kway Teow Soup kalau tak ada kucai. Kjee hanya ada stok sayur sawi.

Anyway, tiada rotan akar pun berguna.

Kjee rebus tulang-tulang ayam yang dah lama 'bertapa' dalam  freezer. Kjee rebus lebih kurang 2 jam. Kurang airnya, Kjee tambah sampai terbit semua rasa manis tulang ayam. Kjee turut rebus sekali dua keping isi dada ayam. Bila isi ayam tu dah elok masak, Kjee keluarkan dan carik.




Kemudian Kjee ketuk 4 ulas bawang putih. Tumis hingga garing dalam tuangkan air rebusan tulang ayam. Kemudian Kjee letak Aji Shio Black Pepper. Sukati nak letak banyak mana. Lagi banyak, lagi pedas, lagi sedap. Tapi Aji Shio Black Pepper ni sudah sedia ada garam. So jangan tambah garam kecuali fish sos atau Nampla kalau perlu.

Apabila kuahnya sudah siap, terus letak Kway Teow (jenis yang halus tau) ke dalam mangkuk. Bubuh sedikit taugeh yang telah dicuci bersih dan tos, serta sawi yang telah dicelur sekejap dalam sup rebusan tadi. Kemudian susun isi ayam yang telah dicarik-cari didalam mangkuk tadi.

Kemudian curahkan kuah sup yang panas mendidih. Hati2 jangan kena tangan. Tabur bawang goreng (manyak manyak) dan jugak daun bawang yang telah dihiris. Siapkan jugak cili kicap. Kjee guna sambal cili garing dalam botol.

Hmmm itulah sup mudah Kjee. Lebih enak daripada makan Maggi. Dan pasti lebih sihat.




2 comments:

  1. Nampla adalah sos ikan atau sotong Thai. Ala2 kicap cair. Org Thai guna ganti garam.

    ReplyDelete