Kjee suka sangat makan daging kambing atau mutton baik tempatan mahupun yang import. Begitu jugak dengan daging kambing biri-biri atau lamb. Tidak pernah berpantang sebab Kjee species insan berdarah rendah (low blood pressure). Dan my personal physician kata boleh makan apa sahaja termasuk daging unta!
Mendengarkannya, Kjee makan ikut sukalah. Especially kalau pergi restoran mamak atau restoran Nasi Daun Pisang. Tak pernah merasai apa-apa side effects selepas makan, seperti pening dan sebagainya, setakat ini, Alhamdullilah.
Apapun, apabila tengok my Indian friends buat vegetarian mutton atau chicken curry, Kjee teruja nak try buat sendiri walaupun pernah makan di Restoran Nasi Daun Pisang Sri Pandi di PJ.
Pagi tadi, ketika breakfast di Restoran Thurkahs Taman Melawati, Kjee ternampak seorang customer beli vegetarian mutton. Kjee tanya seorang pelayannya dan ditunjukkan satu peket vegetarian mutton. RM4.90, katanya. Hmmm daging kambing tiruan yang diperbuat dari tahu dan cendawan. No worries about cholesterol!
So, Kjee rembatlah satu peket. Start dengan satu peket dulu. Kalau kena dengan selera, next time boleh beli lagi. Ada tanda halal di situ. Tapi Kjee pasti semua tahu makanan vegetarian hanya dibuat dari tauhu dan jugak cendawan. Mereka adun sampai rasanya sangat-sangat hampir kepada daging, ayam ataupun udang yang sebenar.
My FB friend Chef Thyaga beritahu Kjee, vegetarian mutton itu tidak boleh dimasak terlalu lama. Setelah kentang empuk baru dimasukkan. Nasib baik dia beritahu. Maklumlah first time masak!
Kjee masak cam biasa. Guna rempah Babas. Tapi Kjee tambah dalam satu sudu serbuk cili Babas untuk menambah kepedasan. Tumis bawang putih, bawang merah, 1 kayu manis, 3 biji pelaga dan sedikit biji sawi. Selalu Kjee tak bubuh rempah sampingan ini sebab bagi Kjee, serbuk kari daging Babas sudah cukup sempurna. Tapi hari ni saja suka.
Apabila semua tumisan dah layu, Kjee masukkan rempah kari dan serbuk cili. Goreng seketika, kemudian tambah air jadikan ia paste. Goreng lagi hingga naik minyak, lepas tu bubuh air dan kentang dan sedikit santan. Didihkan sampai kentang empuk.
Apabila kentang sudah empuk, Kjee masukkan tomato yang telah dikerat empat, segenggam daun ketumbar dan garam secukup rasa. Lima minit sebelum padam api, Kjee masukkan vegetarian mutton yang rupanya sebiji macam daging kambing yang telah direbus.
Biarkan mendidih sampai mesra, padam api. Lebih kurang 7 minit jer selepas bubuh vegetarian mutton tu tau. Lama-lama agaknya hancur kot.
Tak tau apa nak expect masa Kjee amik seketul dan rasa. Bila gigit seketul, ehhh rasa macam daging kambing! Siap ada serat-serat sekali! Yang tiada, cuma bau daging kambing!
Wah lain kali boleh masak lagi lah. If Nadia dan UnclePali tak suka, ade aku kesah?! Hehehe.
Kjee tak tau mana korang boleh beli vegetarian products ni. Cubalah kat mana-mana supermarket yang ada.
Makanan vegetarian dimakan oleh sebilangan mereka yang elak dari makan makanan berasaskan haiwan. Dulu hanya mereka yang menganut agama Hindu dan Buddha sahaja yang memakannya. Tetapi kini sudah ramai orang Barat mengamalkannya untuk kesihatan.
eh macam daging kambing betul lah... murah pulak tu kan?
ReplyDeletekat Giant ada...boleh gi beli kat sana..
ReplyDelete-yati-