Tuesday, January 13, 2015

KUIH KOCI CUBAAN PERTAMAKU...SEDAP DAN LEMBUTNYA!




Kuih Koci Labu
























Kjee mula-mula makan kuih koci jenis ini, kira-kira 14 tahun lalu di gerai Mak Ani di Taman Melawati. Begitu tangkas jari jemari Pak Din, suami Mak Ani membungkus kuih koci ini. Kjee mintak resipi, Mak Ani hanya senyum. Dia kata kalau nak makan, amik ajelah. Tak payah susah-susah nak buat.

Begitulah cara sesetengah orang menepis kalau kita mintak resipi. Tapi, jauh di sudut hati, Kjee dapat rasa yang ini bukan kuih koci sebenar. Macam Kuih Badak Berendam yang arwah bonda buat dulu. Hanya kelainannya ialah ia dibungkus dalam daun pisang.

Kerabat sebelah arwah bapak yang berasal dari Melaka, mesti ketawa berguling-guling, kalau Kjee jamu mereka makan kuih koci ini. Kuih koci yang tulen dikukus dan tidak direbus dulu. Entahlah.

Anyway, Kjee memang suka sangat kuih koci jenis yang Mak Ani buat ni. Masa Kjee meniaga dulu, ada seorang kawan yang hantar kuih koci jenis ini ke gerai Kjee. Memang laku sangat-sangat. Sehari dia letak 200 biji. Habis dalam masa tak sampai sejam!

Ketika itu, kira-kira 5 tahun lalu, sebiji dijual 50 sen tetapi sekarang ada yang jual 70 sen sebiji.




Ini Kuih Koci Pulut Hitam. Buat first time




Seperti biasa, memang susah nak dapat resipi kuih koci ini. Tak ada siapa yang sanggup nak bagi percuma. Kalau nak, kena ikut kelas. Untuk belajar kuih koci sahaja, dicaj antara RM80 hingga RM100. Sayangnya duit aku!

Ada seorang teman boleh beri Kjee resipi yang dia belajar. Sedap katanya tetapi sifu yang ajar tu siap warning jangan dikongsi resipi itu dengan orang lain. Kalau nak belajar, bergurulah dengan dia. Busuknya hati!  Kerana itu, Kjee tidak gunakan resipi itu walaupun kawan Kjee itu beri salinan resipi tersebut!

Kjee nak share resipi dengan korang. So, kalau bersyarat, tak payahlah. Kjee nekad nak try buat. Kjee tahu buat Kuih Badak Berendam. Tiada masalah kalau nak cuba buat Kuih Koci ni kan.

Kjee pun carilah Tepung Pulut Hitam. Kata orang, kalau nak buat kuih koci, campur tepung pulut hitam dengan tepung pulut putih. Jenuh Kjee dera UnclePali suruh cari. Pusing satu KL, rupa-rupanya ada jual kat Giant!




Kjee guna tepung pulut hitam yang ini. Tapi ada pelbagai jenama



Dalam kereta Kjee tatap plastik tersebut. Wah, ada resipilah! Tapi itu kuih koci orang Cina, rasanya walaupun packing tepung tu macam milik orang Melayu. Tapi cara buatnya macam kuih koci ori. Dikukus sepenuhnya dan bukan direbus dulu.

Sampai rumah, Kjee pun adjustlah. Kjee hanya guna sukatan pada peket untuk buat doh. 400 grams tepung pulut putih dan 100 grams tepung pulut hitam. Selebihnya, Kjee fikir sendiri. Bancuh dengan air yang telah dibubuh sedikit garam sehingga menjadi doh yang lembut. Uli hingga tidak melekat di besen atau tangan. Simpan doh dalam bekas bertutup dalam peti ais. Main agak-agak jer ni. Hehehe.

Kemudian Kjee siapkan daun pisang. Kjee potong 6" x 6". Kemudian layurkan atas api hingga sedikit layu. Tepikan.




Adunan santan dan daun pisang























Ketika ini, buatlah pulak adunan santan. Kjee guna 1 kotak santan 200ml. Tuang dalam mangkuk dan tambah air sebanyak 2 kotak santan itu. Masukkan 2 sudu tepung gandum. Guna whisk untuk kacau hingga larut. Kemudian tapis ke dalam periuk. Letak kira-kira 2 sudu besar gula dan secubit garam. Jerang atas api hingga sedikit pekat. Padam api dan sejukkan.

Gentel inti kelapa jadi bulat-bulat. Inti ni Kjee buat beberapa hari lepas dan simpan dalam peti ais. Sebelum buat doh, Kjee dah keluarkan inti untuk jadi lembut. Cara buat inti ikut pandai sendirilah. Kjee guna 1 biji kelapa muda yang telah diparut amik putih sahaja. Kjee masak gula merah dengan sedikit air. Kemudian masukkan kelapa dan kacau sampai hampir kering. Lepas itu, Kjee campurkan lebih kurang 2 sudu tepung gandum yang telah dilarutkan dalam kira-kira 2 sudu air. Masukkan ke dalam inti dan kacau hingga inti menjadi kental. Sejukkan dan gentel sebesar ibu jari.




Ini Kuih Koci Labu
























Kemudian buat doh bulat-bulat. Leperkan, letak inti dan ditutup menjadi bulat. Hati-hati agar bebola tepung yang berisi inti tidak bocor. Kemudian rebus. Air mesti cukup mendidih masa hendak masukkan bebola kuih koci tadi. Masukkan perlahan-lahan sebiji sebiji. Jangan terlalu banyak. Apabila sudah timbul kira-kira 10-12 minit, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi adunan santan.

Kemudian ambil sehelai daun pisang, letak atas meja. Letak satu biji doh ditengah-tengah daun pisang. Kaup 1½ sudu besar adunan santan diatas doh. Kemudian tutup doh tersebut dengan menyatukan daun pisang. Lipat kedua belah hujung daun itu dan kelepet ke bawah. Buat sama kepada hujung satu lagi.

Oh ya..dalam gambar ini Kjee paparkan Kuih Koci Labu. Resipinya, Kjee guna 500 grams tepung pulut putih dan lebih kurang 250 grams labu yang telah Kjee rebus dan kisar guna sedikit air. Apabila sudah halus, masukkan ke dalam tepung pulut yang telah dicampur sedikit garam. Kalau perlu, tambah sedikit lagi air kepada adunan supaya menjadi doh yang lembut.

Hah dah jadi pun kuih koci. Ada orang kukus lagi tapi Kjee tak kukus. Maka jadilah Kuih Koci orang sekarang yang sebenarnya kuih Badak Berendam yang dibungkus dalam daun pisang.

Maaf yer Kjee tak amik gambar step by step masa bungkus sebab Kjee tak mahir. Nanti diketawakan orang. Bila dah mahir nanti, Kjee ajar ya. Hehehe

Kuih Koci yang Kjee buat ini sangat lembut...ala-ala melt in the mouth. Rasanya..alahai malas nak cakap lah. Nadia dan UnclePali puji sangat-sangat kuih koci yang Kjee buat tanpa resipi yang khusus! Malah, UnclePali kata sama rasanya dengan kuih koci Mak Ani yang sedap sangat tu! Alhamdullilah syukur.




Kuih koci pulut hitam






2 comments:

  1. kak gee la ni memang kueh koci derang rebus macam buah melaka lak..pastu baru gomol ngan santan pekat tu dan bungkus jek dgn daun pisang layu..x sememeh katanya..dah tak ori dah....mak saya buat masih macam dulu gak...tapi orang tua buat mana ada sukat2..sume main sesedap rasa dan tangan yg mengadun..mana kita nak pandai main agak2 camtu..neway terima kasih bebanyak sebab selalu kongsi resepi...(silent rider)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sebab share resepi. Dah try & menjadi 😀

    ReplyDelete