Monday, August 31, 2015

ROTI JALA NGAM DENGAN KARI AYAM












Semalam Nadia nak makan Kari Ayam. Mama dia pula teringin nak makan Roti Jala atau orang Penang panggil Roti Kirai. So, bila dicantumkan Roti Jala dan Kari Ayam, memanglah ngam kan! Hehehe

Kari ayam buat semalam manakala Roti Jala buat pagi tadi sambil pasang telinga dengar Perarakan Hari Kebangsaan kat TV. Tapi my beloved doter tolong rekodkan. So, I miss nothing.

Lama dah tak buat Roti Jala. Kjee pasti my regular customers dulu masih rindukannya as much as I did. Kjee jarang-jarang buat lepas stop meniaga sebab kenangan mengusik jiwa. Tukang jala (who else kalau bukan UnclePali), pernah buat sampai 9 kilo tepung satu pagi, kalau ada orang order. Pasang sampai 4 kuali atas 4 burner. Panas tak terkira... tak boleh kacau dia. Cepat hangat hati. Hehehe.

Pagi tadi, kekok jugak buat sorang-sorang. Tapi halfway, Nadia tengok Kjee terkial-kial, dia pun bantulah. Pssstttt don't tell her this... dia punya Roti Jala lagi cantik dari mama dia buat. Hehehe.














Masih ada hingga Raya baru ni, customer lama sms nak order. Sorry, mokcik dah tak buat lagi. Tukang Jala dah gantung kuali. Hehehe

Resipi roti jala Kjee mudah jer. Dua mangkuk tepung, satu mangkuk air dan satu mangkuk susu cair serta 1 biji telor, sedikit garam dan a pinch of salt. Trrrrrrrrr semua sampai halus kemudian bubuhlah satu atau dua titis pewarna egg yellow. Tapis dan lepas tu jala lah.

Dulu Kjee pernah jual beribu-ribu botol tiga muncung untuk buat Roti Jala. Tapi tadi, cari satu botol pun tak jumpa, Justru guna acuan roti jala conventional.

Nak resipi penuh, KLIK SINI.

Nanti nak gi beli durian, buat kuah serawa pulak. Harus sedap kan?




Related Posts:

  • ROTI JALA MENGAMIT KENANGAN Kenapa pulak makan roti jala mengamit kenangan? Hmmm kalau tidak kerana Roti Jala, agaknya Kjee tidak akan ada kenangan menjadi peniaga. Kjee pasti ramai pelanggan Kjee di dua food court di Taman Melawati sekitar t… Read More
  • SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA Ada tak orang yang tak suka kejutan? Tak kisahlah kejutan dalam bentuk apa sahaja. Orang hanya tak suka kejutan yang negatif. Selain itu, semua okay. Hehehe orang demam sedang menulis entri ini. Sebab tu merepek… Read More
  • KARI IKAN TALANG KERING LAGI SEDAP? Kari Ikan Talang Kering sahaja ke yang sedap masak kari atau gulai? Hmmm sebenarnya terserah kepada citarasa individu. Selama ini Kjee buat hanya guna Ikan Talang Kering yang masin tu. Baru-baru ini, Nadia tersilap … Read More
  • FIRST TIME MASAK KARI ITIK SALAI Dalam rumah Kjee, jarang-jarang sekali Kjee masak lauk itik ataupun kambing. Semuanya kerana arwah bonda tak pernah masak. Kjee ingat lagi masa kecik Bonda kata dia tak reti nak masak kambing sebab t… Read More
  • KARI IKAN TALANG MASIN LAGI DAN LAGI Ini lauk favorite dalam rumah Kjee. Langsung tak ada bantahan dari sesiapa kalau Kjee kata nak masak lauk ini. Hehehe. Dah banyak kali Kjee buat dan dah banyak kali Kjee tayang gambar. Sengaja nak bagi koran… Read More

2 comments:

  1. sedapnya roti jala ni.
    baru perasan, rupa-ruanya dah lama saya tak makan roti jala ;)

    ReplyDelete