Orang mengantuk sorong bantal. Dua hari lepas, Kjee bagitau Nadia ada baki daging batang pinang lepas buat Daging Goreng hari tu. Mintak idea nak masak apa.
"Buat Beef Stew jer mama. Kan mama suka makan kat Fiske Steakhouse. Letak mashed potato. Mama reti buat cam tu kan?"
Isyhhhh cenang aje lah. Memanglah kalau ke Fiske Steakhouse yang menghidangkan western food standard 5 bintang tu, Kjee wajib order Beef atau Lamb Stew. Nama jer 5 bintang tapi harganya 3 bintang!! Serius ni. Chef yang juga pemiliknya, pernah kerja di hotel-hotel 5 bintang.
So tadi, walaupun dilanda kemalasan tahap gaban, I dragged myself to the kitchen. Terbayang-bayang dah depan mata Beef Stew, Mashed Potato dan Garlic Bread. Hari ini tak ada sapa bantu. UnclePali keluar kerja. Tapi, itu bukan alasan dapur tak berasap.
Mula-mula sekali Kjee defrost daging. Malas nak defrost dalam microwave, Kjee rendam dalam satu besen besar air paip. Rasanya daging tu ada dalam 500 gms.
Sementara tunggu daging lembut, Kjee rebus 3 biji kentang. Kemudian, siapkan bahan-bahan untuk stew. Dua labu bawang besar didadu kasar dan 4 ulas bawang putih (biarkan sebiji-sebiji).
Apabila daging lembut, Kjee potong-potong bite size. Oleh kerana Kjee guna daging batang pinang, tak perlu masak lama. Kalau tidak, Kjee masukkan dalam pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Perap daging dengan lada hitam dan sedikit garam. Gaul sampai rata. Kemudian letak lebih kurang 3 sudu besar tepung gandum. Gaul sampai rata.
Kjee panaskan periuk dan letak lebih kurang ½ cawan minyak Zaiton. Kalau guna minyak apa-apa pun bolehlah. Apabila sudah panas, Kjee masukkan daging satu demi satu dan biarkan ia brown baru diterbalikkan. Tak perlu goreng sampai masak. Cukup sekadar dah garing on both sides. Tepikan.
Mengguna minyak sama, Kjee masukkan bawang yang telah Kjee dadu kasar dan jugak bawang putih. Ketika ini pasti ada saki baki daging yang melekat pada kuali. Gunakan sudip untuk leraikan kerak tersebut. Kerak-kerak ni yang buat sos stew nanti sedap.
Setelah bawang layu, masukkan satu sudu kecik lada hitam. Kjee tak ketuk. Kalau ketuk-ketuk okay jugak. Jugak masukkan lebih kurang tiga cawan air. Apabila air dan mendidih, masukkan daging dan carrots. Kjee guna baby carrots. Rendidih guna api perlahan lebih kurang 25 minit atau sehingga daging lembut.
Masukkan satu kiub daging dan jugak 1 helai bay leaf kalau ada. Rasa. Kalau perlu letaklah garam. Sebelum padam api, masukkan segenggam kacang peas, kalau suka. Kjee letak frozen peas. Kalau guna kacang peas tin pun sedap.
Kalau kuahnya cair sangat, bancuh sedikit tepung dengan air, kuatkan api dan masukkan ke dalam periuk. Kacau pantas-pantas.
Ketika ini ketang yang direbus letak sedikit garam tadi dah empuk. Keluarkan dan lenyek ketika masih panas. Letak sedikit butter dan susu cair. Lenyek sampai semuanya digaul rata.
Untuk Garlic Bread, Kjee beli baguette atau roti perancis kat Hero Market. Tumbuk bawang dua tiga ulas bawang putih dan campur dengan sedikit butter. Sapu kat roti yang telah dihiris dua inci dan panggang atas kuali. Kalau tak ada baguette, guna roti Gardenia pun boleh jer.
Hidang dalam bekas dan letak kentang lenyek seperti dalam foto. Baca jugak kat SINI.
Sedappp tu kak jee...
ReplyDelete