Saturday, April 4, 2026
CARA KJEE/PALI JIMAT LETRIK
KARI KETAM vs SAMBAL TERUNG
Menu semalam. Kari Ketam dan Sambal Terung. Sejak Kjee kecik lagi kalau arwah Bonda masak lauk ketam, jangan nak ada lauk2 lain kecuali satu sayur. Mesti lauk lain tak laku sebab semua sibuk 'mengerjakan' ketam...
Jadi, mengambil ikhtibar dari pengalaman bersama Bonda, Kjee pun gandingkan Kari Ketam dengan Sambal Terung. Biasanya Kjee buat Terung Berlado Udang Kering. Tapi semalam ubah selera pulak. Kjee buat sambal biasa tapi kisar sekali udang kering.
Masa masak Kjee campakkan kiub ayam (sepatutnya kiub ikan bilis tapi tak de stok). So dah masin tak payah bubuh garam. Masak sambal tu sampai kering betul2 dan hampir garing barulah dimasukkan terung yang telah digoreng separuh masak terlebih dahulu.
Kjee guna terung telunjuk. Selalunya terung telunjuk warna hijau tapi semalam Kjee guna yang warna purple. Hmmm sedap betul. Ada berbaki semalam, Nadia simpan dalam freezer.
Untuk kari ketam, Kjee beli 5 ekor je. Itupun dah sekilo setengah. Penghuni rumah tak ramai. Dapat makan sampai ke malam.
Kari ketam Kjee buat macam selalu je. Resipi di sini. Cara ini jer yang Kjee tahu sejak turun temurun. Hehehe.
Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Tak perlu mintak izin. Sikit lebih kurang halal yer.
Thursday, April 2, 2026
30. mi kari ala nyonya
tekak kjee ni memang cukup ceweret bab makan mi kari. eehh yang lain2 pun cerewet gak tapi kalau mi kari ataupun kwayteow goreng, kjee cerewet tahap gaban!!
maaflah tapi tekak kjee tak boleh terima mi kari yang ada telor rebus. pantang nenek moyang kjee. sedap cam mana pun orang masak, kjee tetap tak suka. tak tau kenapa. begitu jugak dengan char kway teow yang basah tu. loya rasa nak telan.
tapi, kjee ni kan tak hipokrit. kalau tak suka, kjee cakap terus terang, kalau suka aduhh kjee ni emosional abis tau! sebab itulah kalau kjee puji sesuatu, kjee puji melambung...dan begitu juga sebaliknya. tak der bagi can duk tengah2 punya kan. harap lama kelamaan korang fahamlah tabiat kjee ni. kjee ni laser jer lebih tapi hati baik tau. percayalah
pagi ni kjee nak kongsi resipi mi kari. yalah dah kutuk mi kari orang lain berbakul2, kjee kena tunjuk contoh apa dia mi kari sedap di tekak kjee kan.
apa bezanyer mi kari nyonya kjee ngan mi kari melayu? tanya seorang rakan. banyak beza. masakan nyonya gunakan belacan dan buah keras. rasa kjee buah keras jarang digunakan dalam masakan melayu. mungkin masakan jawa adalah. ntahlah kjee ni bukannya pakar sangat dalam masakan melayu yang guna buah keras.
anyway, balik kepada topik mi kari nyonya ini. usia resipi yang kak jee perolehi ni dah berpuluh tahun usianya.. Ingat lagi. masa tu kak jee keje di The New Straits Times. kjee mengandung anak sulung. Hari-hari pergi kantin kat tingkat atas NST tu, kecek nyonya tu mintak resipi mi kari dia yg sedap sangat tu. hari2 kjee boleh makan mi kari kat situ. Ntah satu hari nyonyo tu kesian gaknyer tengok Kjee terboyot2 asyik sengih je kat dia maka dia berilah resipi ni.
korang ingat senang ke orang cina nak bagai resipi dia orang. so tengoklah bahan2 kat bawah ni.
bahan2nya:
1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
4 batang serai (diketuk)
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh
cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari, serai dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.
Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.
Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.
rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.
macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyonya.
korang cubalah. memang sedap giler tau. kjee puji sebab bukan resipi ciptaan kjee tapi orang punya. tapi masa hidang kuah dia mesti panas tahap mengelak gitu. aduh maleh nak citer lah.
kjee ada bagi resipi cili jeruk dalam Notes kjee di FB. rupa2nya ada cara buat cili jeruk tau. bukan main hentam bubuh air panas jer tau. korang nak tahu, intailah kat Notes kjee di FB. best giler cili jeruk tu, wa cakap lu.
Nak cuba buat cili jeruk? Klik sini.
Wednesday, April 1, 2026
KWAYTEOW GORENG PULAU PINANG
Monday, March 30, 2026
Di Sebalik Tabir
Pernah terfikir tak siapa yang 'menjaga' dapur maya ini di sebalik tabir? Saya Pali, 'Director of Tech' (dan juga suami) kepada Kak Jee.
Sejak beberapa hari ini, kalau anda perasan, Dapur Kak Jee nampak sedikit berbeza. Kami sedang melakukan 'restorasi' besar-besaran. Sebagai seorang yang meminati seni digital dan grafik, saya rasa sudah tiba masanya arkib resepi dan memoir Kak Jee diberikan wajah yang lebih premium, moden, dan paling penting—lebih lancar untuk anda baca melalui telefon pintar.
Apa yang kami buat? Banyak 'coding' yang telah dikemaskini, sistem 'Sitemap' yang lebih tersusun agar Google lebih mudah mencari resepi kegemaran anda, dan juga sistem borang pesanan (Contact Form) yang lebih pantas.
Bagi saya, blog ini bukan sekadar himpunan resepi. Ia adalah legasi penulisan Kak Jee—dari zaman beliau menulis skrip drama dan laporan berita, sehinggalah ke dapur hari ini. Tugas saya hanyalah memastikan 'skrip' rasa tersebut disampaikan dalam bentuk yang paling cantik dan berkualiti tinggi.
Terima kasih kerana terus menyokong kembara rasa Kak Jee. Teruskan setia bersama kami, kerana ada banyak lagi pembaharuan yang akan saya bawakan untuk keselesaan anda semua.
Happy browsing
Salam, Pali










