apapun, kjee pasti semua redha dengan pemergiannya sekiranya semua tahu, apa yang tersirat dan tersurat di sebalik senyumnya yang sentiasa di bibir. orang semua tak tahu apa yang mohsin lalui...terutama sekali setelah pemergian bonda tercinta setahun sebelum pemergiannya.
kjee mula diperkenalkan kepada mohsin ketika kjee menjadi pengurus produksi sebuah drama berjudul Anna Carolina yang diterbitkan oleh Azmah Advertising sekitar awal tahun 1990. sebagai pengurus produksi, kjee kena cari pelakon yang bersesuaian dengan watak dalam skrip yang bakal diarahkan.
nama Noorkuamalasari naik sebagai leading drama itu. kemudian nama abdullah chik dipilih menjadi bapanya dan adiknya, tak sorang pun di antara kami yang boleh cari seorang pelakon yang wajah agak seiras dengan abdullah chik. kjee menyebut beberapa nama. antaranya hani mohsin...yang lain kjee tak ingat. tapi produser Puan Azmah tak berapa minat. dia kata lakonan Mohsin tak berapa mantap. oklah tu...produser dah kata tak nak kan. cari punya cari pelakon lain, semuanya sibuk. maka akhirnya Mohsin diterima berlakon.
kjee pun pergilah cari mohsin dan jumpa dia di sebuah kedai makan di bangsar, berhampiran studio jackie eu (tiara jacquelina). kami bersalaman. mohsin kenal kjee sebab kjee dulu wartawan tapi kjee tak pernah kenal dia. sembang punya sembang, budak muda yang ramah ni bagitau kjee dia baru dalam bidang lakonan. kalau kjee buat skrip, tulislah cerita yang dia suka sangat nak bawak. watak apa, kjee tanya. dia kata watak insan dua personaliti. macam jackal and hyde. sekejap baik dan sekejap jahat. kjee hanya senyum dan angguk.
lakonan mohsin dalam anna carolina mendapat pujian ramai. puan azmah pun seronoklah yang mohsin tak hampakan dia.
kemudian mohsin menjadi kawan baik abang kjee. mereka sebenarnya sama2 belajar di mckk tapi fauzee lebih banyak senior. dan oleh kerana itu, mohsin banyak lepak kat rumah arwah mak. mohsin dah jadi macam anak angkat emaklah.
apabila mohsin menjadi produser Imagine Pictures, dia seringkali panggil kjee berlakon. orangnya memang tak kedekut dan tahu membayar ikut nilai seorang artis. selain daripada berlakon dengannya, mohsin juga sering suruh kjee masak untuk produksinya ketika mereka shooting.
hubungan kami semakin akrab. kalau kjee tak sibuk, kjee singgah pejabatnya untuk say hello. mohsin tidak pernah menganggap kjee sebagai orang luar. dia tahu kjee ada masalah dengan keluarga. dia sering menasihati disamping memarahi kedegilan kjee. kekadang bila dia marah, kjee hilangkan diri dua tiga bulan. jenuh dia mencari.
ada satu malam tu, gas kat rumah dah habis. ketika itu pukul 10 malam. kjee ketika itu ibu tunggal. kjee telefon mohsin kata gas dah habis. esok anak nak pergi sekolah macam mana nak masak air. setengah jam lagi dia sampai bawak tong gas dan jugak duit. dia kata malam tu dia tak der banyak duit, so apa yang dia ada kongsi dua jer lah yer, katanya. kjee terkejut dia hulur rm50. itulah hani mohsin.
kemudian apabila rumahtangga mohsin bergolak, setiap hari dia ke rumah kjee. dia luahkan segala isi hatinya sambil menangis. dia minta kjee tolong dia selamatkan rumahtangga dia. apakan daya kjee. kjee hanya boleh melihat kehancuran hatinya dengan air mata berlinangan.
selepas itu, tiga hari dia tak datang rumah kjee. satu pagi, kjee dapat call dari mohsin. dia kata dia sedang dalam perjalanan ke ipoh untuk kes perceraiannya. hati kjee hancur mendengar. dia menangis terisak2. kjee cuba suruh dia tunggu dulu tapi telefon itu dimatikannya.
sejak itu, tumpuan dia hanya untuk ibu dan kerjanya. kjee seringkali ulang alik ke rumahnya di taman Kelab Ukay menjenguk ibunya yang kurang sihat. mohsin hanya akan makan kalau ibunya duduk berhampiran dengannya. sayangnya pada ibunya tiada tolok banding.
mohsin tidak pernah marah atau menyimpan dendam terhadap bekas isterinya. ada sekali tu kjee tanya dia mengenai bekas isteri yang sudah kahwin dengan orang lain. mohsin beritahu dia sentiasa mendoakan kebahagian bekas isterinya. dan jangan ada sesiapa yang cuba memfitnah beliau.
kemudian apabila kjee hendak ke mekah, kjee, unclepali dan nadia ke rumah mohsin untuk beritahu pemergian kami. mohsin panggil kjee ke tepi dan suruh kjee doakan agar dia cepat dipertemukan jodoh. ketika itu dia sedang bercinta dengan seorang artis yang muda remaja. kjee kata tak bahaya ke kahwin dengan artis tu sebab dia muda sangat. mohsin hanya senyum dan kata artis itu cukup matang di matanya. apapun, doa kjee tidak dimakbulkan allah swt.
satu malam, kjee dapat panggilan telefon dari mohsin. sambil menangis terisak2, dia beritahu kjee ibunya sudah pergi buat selama2nya. kjee bersama unclepali bergegas ke rumahnya. kami bersamanya sepanjang malam.
selepas ibunya pergi, kjee mula risau apa akan jadi padanya. rutin hidupnya ialah bangun kul 1 tengah hari, makan tengah hari bersama ibunya. kemudian balik pukul dua atau tiga pagi dari pejabat. sekarang ibu sudah tiada. jadi siapa yang akan uruskan dia.
dua hari selepas ibunya pergi, kjee ke rumah dia tanya khabar. dia kata sepupu lelaki dia dari perlis akan menemaninya sekali gus menjadi pengurusnya. pembantu rumah indon yang kjee carikan dulu terpaksa pulang ke indon. mohsin tidak mahu timbul sebarang fitnah ada pembantu perempuan di rumahnya.
kemudian mohsin mula giat dalam bisnes MLM (multi level marketing). kjee mmg tak suka tapi dek kerana sayangkan mohsin, ikutkan aje. sampai satu ketika, kjee dan unclepali mula jauhkan diri dari mohsin kerana minat kami tidak kepada MLM. panggilan telefonnya kjee tak jawab sebab takut nak kata, kami tarik diri.
kjee ingat lagi hari itu. bulan april 2006. kjee tengah meniaga. tiba2 mohsin muncul. terkejut dan takutnya kjee. dia duduk. kjee ketar2 datang pada dia. dia tanya kenapa kjee tak jawab call. kenapa itu kenapa ini. kjee bagitau dia masalah kjee. dia kata kalau ada masalah, kenapa tak cerita. kemudian dia cerita macam2 masalah dia sampai kjee tak mampu cakap apa.
apabila kjee masuk nak masak makanan dia, rupa2nya dia bagitau unclepali dia baru jer ke kubur ibunya di perkarangan mesjid al ridhuan, ulu kelang. dia booking kubur sebelah maknya untuk dirinya. hanya setelah mohsin tak der baru unclepali bagitau kjee. tapi dah terlambat. hasrat dia itu tak de siapa tahu.
pagi 24 julai 2006, mohsin call kjee. kjee berat nak jawab. bila kjee jawab dia kata nak jumpa kjee. kjee bagi alasan sibuk. dia kata dia nak bincang urusan printing dengan unclepali. tapi oleh kerana tak dapat jumpa hari tu, dia suruh kjee dan pali ke pejabatnya esok hari dalam kul 11pagi amik design yang dia dah sediakan. dia kata design ada atas meja dia. tapi dia tak der sebab nak pergi utara. oklah.
25 julai 2006 pukul 10 pagi. kjee tengah duduk melanguk kat kedai apabila terima panggilan telefon dari kak ipar di bentong. jee, mohsin meninggal ker? eh, kjee kata. tak de lah. sejam lagi kjee nak ke pejabat dia. kakak ipar kata dia jumpa entah sapa yang kata...kjee terus putuskan line. mengigil tapi tak percaya. terus call arash mohd. belum sempat kjee nak kata apa2, arash kata betul kak... mohsin dah tak der. dunia kjee jadi gelap. kjee meraung sepuas2 hati sampaikan semua peniaga di anjung melawati lari kearah kjee terkejut.
empat hari empat malam kjee menangis. kjee tetap bukak kedai tapi bila ada customer datang, kjee menyorok sebab kjee takut orang tanya mengenai mohsin. di hari kelima, kjee buat solat hajat. kjee minta allah swt bantuan untuk kjee berhenti menangis. dan kjee kata kalaulah mohsin tahu kjee tak henti2 menangis mesti dia sedih. esoknya, airmata kjee terus kering.
kjee ada satu lagi hajat yang tak kesampaian. kjee ingin mengucapkan terima kasih kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan suaminya kerana menguruskan jenazah arwah Hani Mohsin Hanafi dari tempat dia disahkan meninggal di hospital sepang sehingga ke liang lahad. kjee rasa mungkin tidak ada bekas isteri lain yang melakukan sedemikian. terima kasih Datin Seri juga kerana menjaga Hani Karmila dengan baik.
dan kini mohsin sudah hampir lima tahun bersemadi di tanah perkuburan mesjid al rhidwan, ulu kelang. kjee lalu di jalan itu setiap hari. kekadang tiga empat kali sehari dan setiap kali kjee tak pernah putus2 sedekahkan fatihah buat beliau dan ibu beliau.
I miss you mohsin. very very much. kalau kita tak tipu kat awak, kata kita sibuk pada 24 julai itu, mungkin kita dapat jumpa awak...buat kali terakhir... al fatihah.
sedih,,.... sedih sgt,,,
ReplyDeletehuhuuuu sy teka btul tadi.. p sy baca lmbat status kak.gee
em sedihla kakjee..Allah lebih menyayanginya..sabar byk2 yer
ReplyDeletemasa ibunya meninggal, dia jadi yatim piatu dan sebatang kara.....setahun jer dia sempat rindu ibu dia. itupun hari2 dia pergi pusara ibunya. kekadang dia terlupa ibunya dah tak der. bila dia tengah buat kerja kat ofis, terus berhenti dan bergegas nak pergi beli makan. staff dia tanya nak kemana? nak beli makan untuk mak. staff dia kene bagitau mak dah tak der....
ReplyDeleteSampai hati kjee buat arwah cam 2...sedih tau.ni saya menagais...sdih sgt2....huhuhhuuuu...
ReplyDeleteKau dah pernah cerita dgn aku cerita sedih kau dengan Hani Mohsein ni, tapi aku suka baca lagi sbb aku memang suka arwah Mohsen.. Selalunya orang yang baik Allah akancepat ambik nyawa, wallahuallam.
ReplyDeletebetul shidah. kjee tahu kjee banyak salah dengan dia. salah sebab menipu jer kerja kjee. dia ni manja sikit. satu hari tu dia call kita ajak gi shopping kat Ikea. eee tak kuasa. macam2 lah kita tipu kata sibuklah, demamlah. nak shopping beli tiles untuk rumah baru dia pun nak ajak kita. isyhhh malehnya. manalah kita tahu dia nak pergi cepat sangat.....nyesal tak sudah!!!!
ReplyDeletesalam kenal kjee, sy dpt link blog ni blog cmg..
ReplyDeletesy pun minat dgn hani mohsin, sabar ye..sedih ni T_T
salam suhana. terima kasih kerana sudi singgah. kjee akan cuba post cerita2 menarik sepanjang pengalaman kjee.
ReplyDeleteSedeyy kann....hmmmmm....al-fatihah untuk arwah dan juga bonda nya....
ReplyDeletejutaan terima kasih kepada semua yang sedekahkah fatihah buat arwah dan juga ibunya.
ReplyDeletekak gee : rapat betul kak gee dengan arwah yer..tak per lah kak gee. tuhan lebih sayangkan dia..sedekah al-fatihah pun dah memadai untuk roh nyer. al-fatihah untuk nyer....sedih..
ReplyDeleteSedihnya baca ni kak Jie...kita dah la minat teramat kat arwah dulu, suka tgk lakonannya...huhuu...alfatihah untuk arwah Hani Mohsen dan arwah ibunya jugak...
ReplyDeleteSalam kenal
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah dan bondanya.
Kalau tak silap kak Zai kgee pernah duduk kat au3 kan.
pernah. awaka tinggal sana jugak ker?
ReplyDeletehu hu kenapa kena sedeh mlm niiiii ish ish..... kiter x dapat agak per akan jd walau sesaat pomm...
ReplyDeletesedih..sebak dn terharu. alfatihah untk arwah hani mohsin.first time tgok lakonnye dlm filem hanny..rupanye arwah hani mohsin dn kakjee besahabat.
ReplyDeleteal fatihah
ReplyDeletepelik pulak bila ada owg yg klik post ni sbagai funny~~funny kee??isssh~~
ReplyDeletemunie: agaknya funny bab kjee asyik menipu jer kat mohsin kata kjee sibuk,
ReplyDeletesaya memang meminati lakunan hani mohsin,,sedih baca kesahnye di blog ni sememangnya arwah ini seorang yang baik & sgt menyayangi ibunya....Alfatihah
ReplyDeletesedihhh..:'(
ReplyDeletesayu...nya.....
ReplyDeletesuka sgt ngan aruah tu dulu...al-fatiha
ReplyDeletealfatihah...x mau komen apa2 sedih dia ni nor kenal masa zaman kecik2 dulu...norasmah
ReplyDeleteTerpaku saya baca kisah kjee ni. Sangat menyentuh hati. First time masuk blog ni pepagi dah huhu...
ReplyDeleteSedihnye saya baca..sampai nangis..
ReplyDeleteOrg baik mmg Allah sayang..
Geram pun ye dgn kak jee ngaper buat arwah camtu..
Kalau sy call org xjawab mmg kecik hati tapi arwah boleh g jumpa
dgn kak jee lagi..
Agaknye kak jee ni org baik tu yg arwah xkecik hati..
Al fatihah tuk arwah..
Al fatihah buat arwah hani mohsin dan ibunyer semoga mereka berdua ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..amin...terharu umie baca cerita kjee....
ReplyDeletearwah ni seorang anak yg taat dan insan berhati mulia....bertuah kjee dpt mendekati arwah dan bersahabat baik dgnnya....
al fatihah buat arwah..the last part make me cry..
ReplyDeleteAl Fatihah untuk HAni Mohsin..
ReplyDeleteAllah syg kan dia sebab tu,dia pergi awal..
sedih sangat2 baca entri ni..
kita memang akan rindu orang rapat kita yang dah pergi..
hadiah yang boleh kita bagi bukan lagi barang,tapi doa dan al-fatihan....
sedihnya...huhuhuhu....
ReplyDeletealfatihah utk arwah
al-fatihah.........buat arwah hani mohsin dan arwah bondanya...........
ReplyDeletesedih ler......cite nie...say pun terkejut jgk masa dgr berita arwah meninggal nak gi holiday dgn anak dia.Saya juga tabik spring kat Datin Seri dan suami urus jenazah...malah buat tahlil...
ReplyDeletetersentuh hati i kak jee. i pun banyak kenangan manis bersama arwah mohsin. semoga arwah aman di sana dan ditempatkan bersama orang yang soleh. ameen. Che Lee leemanah.blogspot (yang tak update tu)
ReplyDeleteSedih baca entry kak jee, kak jee bernasib baik dpt kenal rapat dengan Arwah Sudir & Hani Mohsin...Al-Fatihah buat mereka
ReplyDeleteSo touching Kak Jee... very syahdu... Al-Fatihah to Allahyarham Hani Mohsin.... amin... - (Fendi)
ReplyDeletemeleleh airmata maklong baca kesah ni..
ReplyDeletemaklong mmng mint kt mohsin ni..
kabaikannya trpancar kt wajah dia kan..
al-fatihah..
sedihnyaaaa.....al-fatihah buat hani mohsin
ReplyDeletesob,,sob..k.jee buat mak teh nangis teresak2 dipagi hari..anak2 pun heran..
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah
baru terbaca entry ni...sedihnya.sampai menangis..al fatihah utk arwah...
ReplyDeleteal-fatihah..utk arwah hani mohsin dan ibunye..
ReplyDeleteAl-Fatihah..buat Arwah Hani Mohsin dan Ibunya...saya dan keluarga minat sangat dgn lakonan arwah....miss him so much...
ReplyDeletesebak sgt baca entry ni ..arwah mmg pelakon yg saya paling suka . Al Fatihah ;-(
ReplyDeleteterkenang zaman duolu2.......nor
ReplyDeletesaya amat meminati arwah. ketika arwah meninggal, saya tinggal di Oakleaf park BA. Setiap hari selepas kematian arwah, setiap kali saya melalui depan rumah arwah, tak putus2 saya membaca al-fatihah utk disedekahkan kpd beliau. Tanpa saya sedar, satu hari saya berhenti btl2 dihadapan rumah arwah, saya call adik saya di JB & saya menangis sepuas2nya kerana kenangkan cerita arwah semasa hidup. Semoga arwah sentiasa dirahmati oleh Allah. Al-fatihah..
ReplyDeletearwah tak pernah lekang dgn senyuman dibibirnya setiap kali saya terserempak dgn beliau. Allah maha mengetahui apa yg ada dlm hati saya pd arwah.
sedihnya
ReplyDeletesedihnya.....saya ada terbaca mengenai filem kala bulan mengambang, watak hero asalnya untuk hani Mohsin kan? ada terbaca satu artikel di akhbar
ReplyDeletebaru harini baca post ni..meremang bulu roma..sedihnye.. ape khabar la anak die skarang ni
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk Hani Mohsin dan ibunya...moga kedua2 arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman....kjee...selalunya begitulah, Allah akan panggil org yang baik2 "balik" dulu..yang dipanjangkan umur ni, disuruh perbaiki diri dan beribadat lagi supaya lebih bersedia bila dipanggil balik nanti....wallahualam...
ReplyDeleteAlfatihah. Saya turut terasa kehilangannya di persada seni tanah air. A sweet guy n a wonderful actor
ReplyDeleteArwah terkene serangan jantungkan? Kesiannya kat anak dia masa tu kan. Saya selalu duk doa kalau allah nak ambil nyawa saya, biarlah anak-anak saya besar dulu san boleh berdikari. :'(
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah
ReplyDeleteBaru berpeluang bc. Sedih sb sy mmg suka tgk muka arwah Hani Mohsin... senyum je. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan diklgan org2 beriman. Aamiin.
ReplyDeleteSedihnya cte arwah.. sedih sgt.. 😪
ReplyDeleteMmg minat dgn arwah.. terkejut juga bila tau yg hani mohsin meninggal di airpot otw g holiday dgn anknya hani karmila.. mg arwah dtmptkan di syurga tanpa hisab.. aamiin.. 😔