Apabila berbicara tentang makan, mulut dan tekak kjee memang jahat. Unclepali sangguplah test dulu makanan kalau kami first time makan kat kedai tu. dia tak nak kjee buat dosa. Yalah, kalau makanan tu tak mencapai tahap kesedapan yang kjee harapkan, kooo siap. Macam2 perkataanlah tersembur keluar.
Antaranya…dah tahu tak pandai masak tapi kenapa meniaga ?..ko ingat aku makan free ker ? dan yang lebih brutal, kalau aku masak sambil tutup mata pun lagi sedap tau !
Tapi kjee taklah semburkan kata2 tu tepat pada muka tukang masak atau tokeh gerai atau kedai tu. kjee buat cara berhemah. ewah. kjee mengomel pelan2. hanya telinga unclepali dan nadia jer boleh dengar. Masa tu kjee dah tak usik lagi makanan tu. Sebelum keluar, kjee pun smashlah dengan lembut (smash dengan lembut ?), terima kasih daun keladi. Lain kali jangan harap saya datang lagi.
Bangi kopitiam kat taman melawati pun pernah kena dengan kjee. Kita ingat nak tolong orang melayu sebab asyik ke old town white coffee jer. Faham2 jer lah macam mana rasa roti bakar kat OTWC. Kopi dia pun sedap boleh buat kita ketagih.
Maka dengan hasrat tolong anak bangsa, kjee masuklah ke Bangi Kopitiam Taman Melawati. (boleh kutuk sebab sekarang dah tutup hehehe) Kjee punyalah hot masa tu. Dahlah servis lembab giler, makanannya pulak adoi susahnya nak telan. Unclepali dah tengok muka kjee berubah. Habis makan dia cepat2 tunggu kat kereta. Nadia pulak dengan lajunya ke kaunter nak bayar. Dia tahu kjee tak boleh kejar dia sebab jalan pun bertongkat masa tu.
Jalan pelan pun, kjee sampai gak kat kaunter tu. Kjee tanya cashier: “dik, mana Kid? Kau cakap dengan dia, fauziah samad, wartawan gemuk kat berita harian dulu, kata makanan kat sini tak sedap tau. Suruh dia tukar menu!” nak terkencing agaknya cashier tu dengar. Tapi kjee taklah cakap jerit2 cam pompuan estet. Kjee smash lembut dalam senyuman jer.
Mungkin masa tu kedai tu baru bukak, so sebenarnya, harus kasi can kali kedua. Enam bulan kemudian kami pergi lagi. Dah confirm terima kasih daun keladi!!
Lama kelamaan, unclepali hanya approve kalau kjee nak pergi kedai yang kjee memang dah akui sebelum ini sedap jer makanan yang dihidangkan. Kalau ada kedai baru, dia begitu hati2 atur langkah ikut kjee. Kahkahkah.
Kjee rasa ramai setuju dengan apa yang kjee kata. Kalau kau tak pandai masak, tak payahlah meniaga. Jual lah surat khabar ker, meniaga buah petai ker atau amik kontrak gosok gigi rimau kat zoo. Ingat senang ker nak buka kedai/gerai makan. Kjee bukanlah nak dabik dada sebab kjee ada pengalaman. tapi gunalah otak. Tak rasa bersalah ker, caj mahal2…sepinggan mi sampai rm4 tapi customer makan dua suap dah uwek!!
Keluarga di belah arwah mak dan arwah bapak orang bisnes. Dia orang meniaga sate jer. Jadi, kjee masa kecik lagi dah tahu buat bisnes makan ni boleh untung hingga 200%. Jangan cakap tak der untung. Jangan bagi alasan, tak der orang. Orang tak der sebab kau masak tak sedap! orang bukan makan free tau...dia orang bayar!!!
Memang sedap dengar kalau meniaga makan walaupun meniaga nasi lemak tepi jalan, wah hari2 cash money masuk. Betul..tersangatlah betul tetapi apa jua kerja yang kita lakukan, kita mesti belajar dulu. Kalau selama ni kita hanya reti masak air dan rebus telor, belajar macam mana nak masak nasi lemak sebelum terjun terus jual nasi lemak.
Maaf cakaplah di Kuala Lumpur , 70% daripada mereka yang jual nasi lemak (sekadar ambil contoh perniagaan kecil), bukan jual nasi lemak tapi nasi putih dengan lauk sambal, ikan bilis dan telor. Jangan nak pandai2 kata yang dia jual nasi lemak dalam erti kata yang sebenar.
Tahukan anda kalau nak buat nasi lemak, sukatan beras, air dan santan adalah seperti berikut. Satu cawan beras, satu cawan air dan setengah cawan santan pekat. Garam sesedap rasa. Daun pandan jangan lupa. Dia orang yang jual nasi lemak yang jatuh dalam kategori 70% tadi, punya sukatan mengikut permerhatian tekak kjee ialah dua cawan beras, tiga cawan air dan 1 sudu besar santan pekat! Santan tu diletak jugak sebab tak nak rasa bersalah yang dia jual nasi lemak !
Kjee pernah cuba dan cuba dan cuba buat penang fried kway teow sampai hampir 4 tahun, baru dapat rasa yang kjee mahu. Setiap kali buat, tak menepati rasa yang kjee nak, so stop kat situ. Lain kali try lagi sampailah dapat rasa yang boleh diterima bukan sahaja tekak customer tapi tekak kjee sendiri!
Pernah kjee pergi ke satu gerai char kway teow di taman setiawangsa. Kjee mintak kway teow kering. Boleh ker dia tak tau nak buat sedangkan dia jual kway teow basah! Tak payahlah bubuh air. Maka jadilah kway teow kering. Dia cuba buat tapi kjee geleng kepala terus tak makan. Memang kjee jahat.
Mereka yang nak buat bisnes jual makanan sebab rasakan boleh untung banyak, boleh buat dengan syarat belajarlah dulu. Kalau nak jual cakoi, belajar dengan orang buat cakoi. Janganlah nak belajar free. Kalau belajar free, takkan pandai sampai bila2 sebab kita amik mudah apa jer yang kita belajar. Kalau kena bayar, kita akan tumpukan perhatian sebab takut buang duit bayar kat sifu yang mengajar.
Tak kisahlah cikgu yang ajar tu sukat air guna timbang walaupun untuk rebus telor. Ikut jer. Mula2 memang rasa pelik tetapi bila kita dah cekap, tangan dan juga tekak kita sudah tahu mainkan peranan dia. Tak payah pakai sukat, pakai timbang digital, kita dah boleh tahu samada sukatan itu betul.
Satu lagi tip penting ialah bila meniaga kita kena ikhlas. Janganlah kedekut bahan sebab nak untung banyak. Kjee tak pernah kedekut bahan2 yang diletak dalam masakan kjee. Malah pernah ada customer kata tak payahlah bubuh ayam banyak2, sikit lebih kurang sudahlah. kesian awak...camner nak untung. Macam tu pun ada.
Begitu juga bila kjee buat laksa johor. Kuahnya mewah dan pekat. Ada customer tanya untung ker buat macam tu? Insya allah untung. Kalau tak untung buat apa meniaga. Tetapi sebagai peniaga, kita harus bijak pelbagaikan bahan2 dan masakan.
Kat Kolumpo ni, kalau sorang jual tom yam semua jual tom yam. Kalau satu jual nasi ayam semua jual yang sama.
Mungkin sebab itu masa meniaga dulu, kjee dapat sambutan baik. Sebabnya, kjee tak jual apa orang lain jual. Misalnya, ada ker orang jual tahu bakar atau sotong kangkung pepagi buta? Kjee jual sebab ada permintaan.
Actually, kalau ada yang berniat nak pacak payung jual nasi lemak bungkus atau penang fried kway teow atau mi kari nyonya (orang melayu jarang buat), silalah buat temujanji dengan kjee. Kjee sanggup bantu bagi resipi yang buat orang makan tak lupa. Insya allah.
kak gee : tu dia.....orang yang pernah buat business makan dah komen dan bercerita..memang meletup..ahahahahaaa..ya betul tu kak gee..pengguna/pelanggan bayar tau, bukan tak bayar...jadi bila kita bayar, kita mesti dapatkan produk/servis tu dengan baik...lepas tu gambar2 tu semua buat apa ek kak gee? sengaja jer bagi orang terliur tau..jahat kak gee ni..ahahahaha
ReplyDeleteemmm sedapnyer kue teow goreng...termengidam lah pulak..ada servis delivery smpi scotland x? frozen punyer pun xpe kjee..hehe...
ReplyDeletesuhana, resipi menu yang kjee jual masa meniaga dulu semua ada dalam Notes kjee di facebook. u dah add kjee ker kat FB?
ReplyDeletewah!.kakjee hebat......vote kakjee..saye paling geram klu kita oder mkanan x sperti yg d harapkn..mi sup cairnye macam air lak, nasik lemak sama sperti kakza ceritakn ..lgsung x de lemak...saye pon mcm kakjee jugak..bebel..ceramah habis2 tp kt anak2 dn encik somi le..hehehehe.thniah kakjee..entri yg bgus .
ReplyDeletecantik tul bungkusan nasi lemak tu...comel....
ReplyDeletenorliza has..
unclepali yang bungkus. kalau kjee, hmmm jadi penyek. hehehe
ReplyDeleteSungguh berinformasi...
ReplyDeletebetul tu kak jee!!klu x marah tauke kedai sampai bila2 pon diorang jual makanan x sedap...baru semalam kena..makan kuewtiow harga rm4.50..rasanya uuwweeekkk!!!sekali je pegi pas tu sorry la...:D
ReplyDeletemcm arwah mak munie gk...klu dia mkn kt kedai yg xsedap...dia ckp kt munie "mak nk p habaq kt dia soh masak bg sedap skit la..kesian kt org..dia xtaw kot dia msak xsedap"..munie ckp "mak jgn la...biaq la kt depa..malu aihh"..huhuhu~~masakan mak munie the best..smpat belajaq sikit2 ja...huhuhu~~
ReplyDeleteterima kasih Kjee,, sambil membaca cerita Kjee yg menarik ni, dpt juga tips2 dan panduan yg berguna untuk dikongsi bersama..(hani sufiah)
ReplyDeletesukanya bila korang komen suka baca entry ni. tadi kjee rasa cam nak padam jer sebab boring sangat. tenkiu tenkiu vely vely march. hehehe
ReplyDeletekjee cam mak dgn abg saya,cukup cerewet bila g mkn,ada je xkena...Abg lagi pulak siap so org 2 buang je...Kami ni cover je buat gelak2...yg dia buat muka..aduiiii malu kadang2..(khadijah)
ReplyDeletekhadijah...brutal sangat suruh dia orang buang. hehehe kelas
ReplyDeletePASTI RAMAI YG SOKONG APA YG KJEE KATA,LAINLAH JIKA YG TAK PERNAH SELALU NIKMAT MAKAN KAT LUAR...SO MEREKA TAK TAU *PEAR EL* SEBENAR.... SEBABTU ADA PEPATAH MAT SALIH *CUSTOMER ALWAYS RIGHT* Baru2ni fija pernah pergi makan mee ladna,terasa masin n masam berlebihan...terus fija cakap kat hubby,jika u rasa sama macam fija rasa..stop jangan paksa makan,tak elok...pergi tempat lain...kita bayar n bungkus bawa balik bagi ayam @ rajin modified tambah air kat rumah.Untuk membantu taukehtu kita kena bagi taunya perkara sebenar....jika tak dia tak tau apa silapnya....walaupun tak baik kritiknya tapi niat kita ikhlaskan kjee...supaya dia tak bungkus terus....cara kjee tu pun ibadat jugak..ermm..
ReplyDeleteok baru je request nak kwn kjee kt fb..menambah tempat rujukan resepi selain blog cmg =)
ReplyDeletebetul ape yg kjee katakan, kita sanggup bayar lebih klu masakan tu sedap, berbaloi, tp jgn la melampau sgt...mcm kt pasar mlm tu, jual char kuey teow sebungkus rm3.50 tp tak sampai sesenduk pun...togehnya je yg lebih....
ReplyDeleteciter bab nasik lemak tingat ms kecik dlu mak buat n anta di kantin sekolah. yg tukang bungkusnya deena.. btul tu kjee orang skang niaga kdg tah ape2 rasa.klu sedap n hati ikhlas meniaga insyaallah dari jauh pun cust sggp dtg.. :)
ReplyDeletep/s: omg ! kjee nyer traffic dah 6 ribu lebih tuuu.. sure manyak masyuk dr pakcik nuffnang ;)
salam deena. alhamdullilah ramai dah follow. terkejut gak tengok...dia orang suka citer hantulah. tapi dek kerana semuanya pengalaman kjee, citer hantu setakat tiga jer kot.
ReplyDeletekjee nor nak jual nasi lemak boh telo rebus dah le tu yg senang..acah je nor buat biskut je jual pun murah tapi pelanggan bertambah coz biskut nor sedap murah dan ada qualiti..untung sikit dah le nak tolong kawan sambil buat amal jariah...norasmah
ReplyDeletebetol tu.kadang2 anta oder pon salah.laen kite oder laen yang dihantar.lagi stress.haha
ReplyDeleteSaya pun selalu jln2 cari mkn utk cuba makanan yg enak di malaysia ni. Memang banyak.Tp yg "kureng" pun lagi banyak. Saya link blog ni kat blog saya ya.
ReplyDeleteBETUL TU KAK JEE. DLM NIAGA KENA IKHLAS DAN JUJUR..
ReplyDeleteDULU2 MASA LEPAS SEKOLAH ITA ADER GAK TOLONG MAK MENIAGA GORENG PISANG .....
KADANG2 KALAU ORG NAK BELI rrm 1.00 KENA LETAK SMPI 15 KEPING....(KALAU ORG LAIN MESTI CKP MCM MANER NAK UNTUNGKAN)...
PASTU MAK KALAU DIA NIAGA DIA MESTI MASAK MCM MANA MASAK KAT UMAH. TAK DER KURANG RENCAH NYA. KALAU GORENG MEE MESTI LENGKAP BAHAN DIER...MEWAH TERAMAT..ADER AYAM ADER DAGING ADER SAYUR....MEWAH LAH DENGAN AKSESORI NYER...
setuju sangat dengan kak jee...KALAU X PANDAI MASAK, JANGAN LA MENIAGA....NIE LA ALASAN KENAPA SAYA JARANG MAKAN LUAQ SANGAT....SANGAT HAMPEH BILA BAYAQ TAPI X SEDAP....JANGAN KATA NAK MENIAGA....KALAU NAK BUAT KENDURI PUN KENA MASAK SEDAP2... APA GUNA BUAT KENDURI...KALAU LEPAS MAKAN ...ORG MENGUMPAT KITA.....MAKAN X SEDAP, LAUK SAVE BUDGET....PENDEK KATA KL X DER DUIT DAN ILMU, JANGAN...CUBA NAK MENJAMU ORANG...JAMU PERUT SENDIRIK DAHLAA DENGAN LAUK YANG XSEDAP N SAVE BUDGET TU....HEHEHHEHE....AKULAH NURWAFIEM.
ReplyDeleteAdoi jee terkenang ajak kau makan kat carey island hari ini, restoran tu makanannya antara yang tersedap di kuala langat, aku takut nak makan kat situ selalu takut gemok, sekali bila aku pelawa kau makan kat sini punyalah geram rasa cam hampeh,rupanya2 tukang masak lama dah berhenti. Punya lah kesal sampai hari ini aku geram!
ReplyDeleteDan aku paling suka makan roti jala kat kedai kau kuahnya simle tapi sedap sangat.
alahai Kjee...nora setuju sangat dgn pendapat kJee...kalau dh tak reti masak tu jgn berniaga, org nak berniaga..awakpn nak berniaga..mcm nora nilah terkena baru2 ni...meehoon tom yam..hampeh...tak rasa langsung tomyamnya..masin..nasi goerng ayam masin gila...tp nora tak seberani kjee nak sound direct (w/pun dgn lemah lembut),dlm kereta, menyumpah2..pangkah terus restoran tu...balik..muntah..tp kalau ikut cerita akak taukeh kedai tu ( sempat sembang lagi)..lebih kurang camnilah.." kedai ni waktu time tghari ramai org besar2 dtg mkn..datukpun ada...td org2 PKR dtg meeting kt sini..akak sebelum bukak kedai ni..akak pegi cuba rasa kt byk kedai..cari mana yg sedap..itu yg akak ikut.." agaknya akak ni tekak dia dh hilang daya rasa kut...hakikatnya semuanya hampehh...tak lama lagi tutuplah tu...
ReplyDeletenora: ayoyo punyalah berlagak...kat mana kedai tu nora?
ReplyDeleteshidah: kalau kau tak puji aku, sapalah lagi nak ku harap. hehehe
ReplyDeletekak jee mee kari nyonya punya resepi ada ker? ke kena jumpa kak jee menuntut ilmu? :) ~ rozidah sani
ReplyDeletesemua resipi semasa kjee meniaga ada dalam Notes kjee kat FB.
ReplyDeletekjee ... saya pun agak laser juga men'sound' (boleh pakai ker perkatan nih?)bila tak puas hati. Ada satu ketika tuh agka dah lewat malam singgah ler di persimpangan Segamat- Muadzam. Saya order ler Tomyam...mak aiii..kuah ngan bawang?..Saya pun tanya..dik ini TomYam ke TomWang (Tomyam Bawang)..terkebil2 budak tuh. Patutnya kalau bahan dah takde akata ajerlah Maaf takde...udahler raser macam asam rebus..sabor jer ekk (org Johor..ada ekk ujung ayat..ahahah)..Pasal masak nasi lemak tuh pulak..lokek benor nak campakkkan halia, bwng ,,serai dalam nasi tu. Selalu tuh boleh rasa santan cair ngan garam jer..Mahal plak tuh..eh byk lagi lah kalau nak citer...Nanti nak masuk FB kakjie plak tgk kat Note...resipi Kjee. ((Hobi saya kumpul resipi,,,hihihi)
ReplyDeletebaru2 ni saya mkn kat kedai kat bandar kluang...mintak sup ayam campur sayo...yg sampai sup tu air rebusan daging dgn ayam ada la 3-4 ketul di hiris nipis2...tomato sepotong dgn btg saderi 3-4 hiris...saya hirup sekali terus mintak tukar..tp sampai sudah x de pun..bila nak bayar saya reject le sup tu..tercengang2 cashier tu..saya story A_Z...bukan cerewet tp kene cerewet sbb itu hak kita...ada selkali tu air ada semut bukan seko tp entah brape eko...geli tekak bila tulis cite ni...saya terus sound kat pelayan kedai ..berubah muka dia...nak tukar baru tp saya tak nak sbb dah kembang tekak .ni...lepas tu sori tak masuk dah kedai ni...
ReplyDeletetmkasih k.jee atas tips nasi lemak. dah melambak2 resepi nasi lemak saya baca/dengar, belum penah yg berkongsi 'rahsia' sebenar nasi LEMAK ni . excited nak cuba nih!
ReplyDeletekak jee..kak jee de kedai ya, nk g la, kat mane tuh, pe kata kak je jadi pengkritik makanan cam kt oberc tu, kat malaysia ni ade ke jawatan cam ni tak, ni kita usulkan kat menteri pelancongan ng yen yen tuh, kalau kak jee dapat jawatan tu saya nak jadi PA kak jee, leh tumpang makan gak..hahaha
ReplyDeleteassalamualaikum .. saya masuk blog Kak Jee ni melalaui Cik MAT GEBU .. DAPUR TANPA SEMPADAN. Lepas baca je terus masuk FAVOURITE. Saya suka cara Kak Jee (KJ) bercerita .. santai abiss. Kisahnya pula REAL. Saya setuju dengan KJ .. TAK YAH NIAGA KALAU TAK PANDAI MASAK. saya tengok org PICISAN di KL ni berniaga untuk kumpul duit atau cari duit untuk BELA kereta mewah atau hal-hal lain yang berkaitan dengan KEMEWAHAN dan KESERONOKAN hidup. Sebab tu mereka tak peduli tentang KESEDEPAN makanan yang di jual. Maka kita terbeli lah kuih yang keras .. kalau berinti, intinya tak sedap. Kalau lauk pauk pula .. masak macam cincai je. Harga nauzubillahh. Seperkara lagi .. bila ada yang intro perniagaan baru ... contoh NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH .. maka akan tumbuh bagai cendawan lah gerai yang sama. Contoh di Bdr Baru Sb Buloh. Dekat Mesjid ... dekat Econsave. Kenapalah tak cari menu lain ...
ReplyDeletesalam kak jee....sy mewakili mak sy nk tnye kat kak jee camne nk add kak jee kt fb...mak sy dah jth chenta ngn blog akk..hari2 die akn baca entry lama akk..hehehe...mak sy nk tnye ttg mee kari nyonya tue..harap kak jee sudi membrinye...time kaseh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteoshin: mi kari ada bawah direktori mi/mihun/kwayteow. kalau nak add Kjee di FB, Fauziah Abd Samad
ReplyDeleteaslmkum..blh mntak resepi char kuey teow kjee tak..
ReplyDeleteKak jee..saya der mnat nk mniaga nasi lemak kukus nie.stakat msak tol family tue prna ar.tpi..law tok jual nie msti lain ckit kn cara nya.blh x kak jee ajar kn..hihi
ReplyDeleteSalam..kjee,
ReplyDeleteSaya feeza.. Saya nk meniaga nasik lemak dgn niat menolong suami tercinta.. Tu la yg sy takutkan biler nasik kita x menepati citarasa org... Sy cuber wat reseach kat internet mn la taw ade benda2 yg bole membantu saya insyaallah.. Biler pulak baca blog akak Allah takut terus ade... Sy hrp akak bole bg tips yg berguna insyaallah...
kak gee, nak resepi semua tu. saya memang minat berniaga tapi takde keberanian lagi. lagi satu sayasuka info dan resepi kat blog ni. meleleh ayaq lioq weh. apa2 info kak gee beri kat emel saya, zabrazerry@gmail.com. Kalau saya datang KL, nak tempah kuih kak gee.
ReplyDelete