wajah2 sudirman yang dirakamkan oleh asraf dahari jurufoto NST dan peribadi sudir |
aduh camner nak start hah? tetiba rasa sebak lak.
kjee mula kena sudir sewaktu kjee ditugaskan membuat liputan bintang rtm. masa tu dibuat di auditorium besar angkasapuri. kjee pergi masa dia orang buat rehearsal dan sound check. maklumlah kjee ni memang terkenal sebagai wartawan yang menyibuk tapi tak kepoh. wartawan kepoh ada sorang lagi hehehe. kjee tak nak rampas title dia.
kjee ke sana lebih kurang tengah hari. kjee masuk auditorium yang gelap gelita tu. cuma pentas jer ada lampu. kjee duduk di barisan belakang tengok dia orang berlatih. sorang demi sorang. tapi maaflah kjee tak ingat tahun bila. dan kjee jugak tak ingat siapa yang bertanding bersama sudir. aduh dah tua sangat dah ni. kjee rasa masa tu kjee kerja dengan NST ataupun Malay Mail. huhuhu tak ingat.
apapun, semasa kjee tengah duduk relax dengar dia orang berlatih, adalah budak kecik ni datang kat kjee. kjee tahulah dia. nama dia sudirman haji arshad. dia antara finalis. kjee masa tu tak ingat kjee minat ke tidak dengan suara dia.
dia datang dan duduk berdekatan dengan kjee. mula2 jauh sikit. lepas tu dia mengisut dekat kjee. dia hulur tangan. "u reporter ker? saya sudirman...selamat berkenalan." kata sudir sambil pamerkan senyuman dia yang femes tu. dia pun duduk sebelah kjee. kami berbuallah. topik apa kjee tak ingat. yang ingat, tetiba ada orang jerit panggil nama dia suruh ke pentas. sebelum beredar, sudir pandang ballpen yang tergantung kat leher kjee. "I sukalah pen tu...boleh hadiah kat I?" aduh cutenya budak ni. terus kjee ambil pen bersama tali yang tergantung di leher kjee dan beri kepada dia.
malam tu sudir menang.
sejak itu kjee dan sudir sering berhubung. jumpa dia di banyak majlis termasuk press conference album dan sebagainya. satu hari tu kjee pergi wedding dahlan zainuddin dengan efa rizan, sudirman bawak girlfren dia kay naik motor besar. kay malu2 masa tu. dia orang couple dan sedang belajar di universiti malaya.
kjee sebenarnya masa jadi wartawan tak sukalah rapat sangat dengan artis2. kjee tak nak terikat dan rasa bersalah. kjee ada komitment kepada tugas dan kjee harus jujur kepada pembaca. kjee tak naklah kalau rapat sangat dengan seseorang artis tu, kjee tak sanggup nak tulis 'keadaan sebenar'. ada wartawan cam tu, oleh kerana terlalu rapat, nak tulis yang sebenar pun serba salah.
sebab itu, tidak ada artis yang boleh 'baca' kjee. hari ni kjee tulis sesuatu yang hebat mengenainya. esok, kalau sesuatu yang kurang elok berlaku, kjee pun tulis yang benar2 berlaku. dalam kata lain, kjee ni bukan wartawan yang boleh 'dibeli'. ampun kengkawan wartawan yang terasa!
sudir pun tahu kjee 'species wartawan apa'. tapi yang paling kelakar masa kjee pergi buat liputan satu konsert di Universiti Kebangsaan Malaysia kat bangi. seperti biasa, tahun tak ingat. tapi mungkin tahun 83 atau 84. kjee kerja di unit hiburan berita harian. masa tu budak2 student buat demo. dia orang kata sudir 'mencemarkan minda' student Islam dengan persembahan yang unIslamic.
kjee pergilah dengan arwah bapak nadia kerana kjee takut, student dah ugut nak buat macam2. malah ada student yang kata tepat jam sekian sekian nak baling bom dalam dewan tu. aduhhh.
konsert berjalan lancar. jam sekian sekian, kami pun taklah mati kene bom. sudir punya konsert paling hebat. kjee mengalirkan air mata melihat persembahan dia yang cukup dasyat.
esoknya kjee tulis dalam berita harian. oleh kerana kjee ni asalnya wartawan paper omputih, maka tulisan kjee kekadang agak 'keinggerisan'. editor kjee selalu tegur. dia kata kena hati2 guna bahasa. awak ni masih pekat dengan tulisan cara NST. oklah. tapi nak buat camner. masa nak tulis, dalam otak fikir ayat2 dalam bahasa inggeris kemudian ditranslate ke bahasa melayu. hehehe bingai.
ada satu perkataan dalam berita yang kjee tulis mengenai konsert sudir menyebabkan dia melenting kot. tapi sudir ni kalau melenting, taklah depan2. kjee faham sangat. dia mengamuk2 kat depan staff dia pastu masa call kjee, cakap aduh punyalah manis buat kjee cair. (ini staff dia bagitau. dia kata sudir mengamuk ke kat kjee? oooo camtu ya)
kjee tulis show sudir hebat disebalik kecacatannya. aduh kecacatan? maksud kjee tubuh dia yang kecil2 cili api..kenapaalah pengarang tak edit perkataan tu??? betul2 terlepas pandang. sudir call kjee. sikit lebih kurang begini : " hello my dear jee. I ni cacat ker?" aduh macam jarum halusnya tertusuk di jantungku. kjee biasaleh. mengelabah yang amat2. tapi sudir ketawa berdekah2. kjee mintak ampun dan bagitau dia apa yang kjee maksudkan. dia kata dia faham apa maksud kjee. ya lah tu kannn. kjee ada kolum gosip kat berita harian masa tu. kjee pun tulislah kat situ mintak ampun dan maaf atas ke'bingai'an kjee.
selain itu, ada lagi satu insiden apabila berita itu disiarkan. student UKM mengamuk dengan tulisan kjee. dihujung artikel tu, kjee ada tulis macam ni..."terima kasih daun keladi, lain kali jangan buat lagi!!" ayat itu ditujukan kepada puak2 yang kononnya terlalu islamik kat UKM. sampai sanggup ugut nak baling bom. mereka hantar surat kepada kjee suruh jaga2. sampai hari ni kjee tak lupa. dia orang yang buat surat tu pun ramai dah tua atau dah mati kot.
selepas itu.hubungan kjee dan sudir semakin akrab. masa kjee nak pergi jepun, dia call kjee. dia tanya kjee ada ker winter clothing nak bawak gi sana? winter clothing? dia pun bagilah kjee pinjam satu winter clothing ala2 ponco jenama Issey Miyaki warna hitam. itu jer yang muat. tapi sudir mmg banyak baju besar2.
kenangan paling kjee tak dapat lupakan bersama sudir ialah sewaktu kjee bersamanya sehari suntuk untuk ruangan baru yang kjee kendalikan di Berita Harian iaitu...Sehari Bersama...
selain sudir, kjee pernah buat rencana yang sama bersama anita sarawak. siap gi singapura dan jejak anita, siput sarawak dan dollah sarawak. itu citer lain. commercial break sekejap. penat. hehehe
tahun kjee tak ingat tapi kjee ingat satu peristiwa hari itu iaitu hari pelancaran proton saga pertama di shah alam. pagi2 buta kjee dah ikut sudir ke shah alam. lepas konsert, sudir kena habiskan masa sehari bersama kjee. antara agenda dia...lepas konsert, gi cuci rambut kat bukit bintang, pastu pergi latih menari kat studio mana ntah, pastu malam ada show kat paddock, hilton.
masa habis konsert kat shah alam, kjee amat sayu apabila sudir memanggil pengurusnya ke tepi. kjee pasang telinga. tak payahlah tanya sapa pengurus dia. satu malaya tahu ketika itu. kemudian isteri pengurus datang kepada sudir. sudir mintak duit sebab dia tak de cash nak bawak kjee pergi makan. isteri pengurus merangkap akauntan, buka beg james bond dan bagi sudir rm50! sudir terkejut. dia rampas beg james bond pompuan tu dan bukak, banyaknyer duit!! sudir marah sangat. kjee diri tak berapa jauh dari situ dan dengar ketakutan.
dalam kereta sudir minta maaf kat kjee kerana mengamuk tadi. dia kata, dia ni ibarat lilin, orang lain yang terang benderang, dia duduk dalam kegelapan. dia cari duit penat2 orang lain kenyang. aduh berat. tapi itu dia tak bagi tulis. kjee tulis kat sini sebab kjee nak semua tahu cerita sudir sebenarnya!!
selepas setengah mati ikut sudir satu kolumpo (tak tahu mana dia dapat tenaga sebanyak itu), kami pun landinglah kat biliknya di hotel hilton untuk buat persiapan shownya malam tu. dia sibuk berlatih dengan budak2 dia dari musician sampai penari. kjee pun sibuklah tolong dia orang buat pom pom dari wool untuk penarinya.
tak payahlah tanya macam mana hebatnya show sudir kat paddock malam tu. I have no words to describe. ewah. dalam bahasa pasar...gempak giler.
lepas show, kami lepak dalam bilik dia. selepas dia mandi, kami duduk berbual di ruang tamu biliknya. dia bawak beg james bondnya dan keluarkan al quran. letak atas meja depan kjee. kemudian dia pandang kjee sambil senyum. 'Okay jee...throw any questions. I will answer all. (tanya apa sahaja. saya akan jawab semua!)" mak datuk punyalah ketar kjee dengar.
sudir seolah2 tahu apa yang kjee nak tanya. dia berikan jawapan yang membuat kjee menangis. kjee mintak ampun pada sudir sekiranya, apa yang berlegar di kepala kjee selama itu, sebenarnya lebih hampir kepada fitnah!!! sudir cukup tenang. leganya kjee dah mintak ampun. okay, kata sudir. kita start kosong kosong.
semua yang berlaku dalam bilik antara empat mata itu, akan kjee simpan dalam kotak ingatan kjee hingga ke akhir hayatku.
hubungan kjee semakin baik dengan sudir tetapi dia tahu ada jurang pemisah yang kjee sudah set dari mula. jangan terlalu rapat sebab kjee tak nak rasa bersalah. dia menghormati pendirian kjee.
masa kjee sarat mengandung (8½ bulan), kjee pergi cover satu majlis pelancaran album sudir. bila nak balik dia tanya kjee samada dah tahu jantina anak dalam perut kjee. kjee kata belum. dia mintak kalau anak lelaki dinamakan sudirman. kjee seronok. bila bapak nadia datang jemput kjee balik dari majlis itu, kjee desak dia bawak kjee ke klinik sebab kjee nak scan tengok jantina baby. sudir kecewa dan kjee lagi kecewa...anak yang kjee kandung sudah meninggal dunia didalam perut selama 3 hari tanpa kjee sedari!!!
selepas itu banyak yang terjadi antara kjee dan sudir yang kjee tak ingat. kemudian, kjee pun berhenti jadi wartawan. kjee jadi pengurus produksi drama. ketika kjee tengah shooting, ada orang call bagitau sudir sudah tiada. kjee tahu dia sakit tapi tiada sapa yang ada akses jumpa dia ketika sakit. apa lagi kjee yang dah tak de kena mengena. mungkin kalau masih wartawan, lainlah ceritanya.
itu jerlah secebis kenangan bersama Asia's No 1.
kjee pernah bertandang ke rumahnya di belakang plaza ampang dulu. penuh dengan gambar sudir yang besar sebesar saiz asal dirinya di dinding2 rumah. kemudian kat dapur ada dua peti ais besar, kjee kata kenapa sampai dua. dia kata masa dia kecik, keluarga dia susah. umah tak der peti ais. dia janji pada dirinya kalau dia dah besar dan kaya, dia akan beli dua peti ais besar dan penuhkan dengan semua makanan kesukaan dia.
ramai wartawan ada versi cerita mereka bersama Sudir. Inilah versi kjee. kjee tak tahu kenapa kjee tidak pernah berusaha bergambar dengan sudir. hmmm. al fatihah
NOTA: TERIMA KASIH ASRAF DAHARI (BEKAS JURUFOTO NST YANG JADI PERSONAL JURUFOTO SUDIR) UNTUK GAMBAR PALING ATAS DAN FENDI AMAN (FREN FB SPORE) UNTUK GAMBAR2 YANG LAIN. JASAMU KUKENANG.
sorry semua. unclepali terdelete semua komen dalam entry ini. all 21 comments. kjee sedih sangat tapi syukur entry in tak dipadam sama. I'sorry.
ReplyDeleteyeke Kak Jee, patut le kosong aje...
ReplyDeleteKak Jee very interesting story,... sememangnya Sudir the best forever.. The one & only... Al-Fatihah.... amin... - (Fendi)
ReplyDeleteNice sharing Aunt Jee....cmne lah boleh terdelete komen2 terdahulu. BTW, sy Syed Putra. Dh 2 kali tersinggah blog Aunt Jee & I've tried to add u via FB, tp sampai skrg u tak approve. Moga Aunt Jee dpt kongsikan lagi cerita2 dunia seni yg lain. Terima kasih.
ReplyDeletesalam Syed. Try request again. will add you. sorry.
ReplyDeletebestnya baca coretan kjee ni...dah kul 2.18 pg waktu melbourne..masih bertahan utk kisah seterusnya... kjee org yg kuat smgt, tabah dan juga kuat menyimpan amanah...teruskan kjee!!!
ReplyDelete