Sunday, January 30, 2011

18. dalam banyak2 n3 kenapa mesti nak citer hantu?

kjee suka sangat tengok filem mamat khalid ni.siap naik kerusi roda ke panggung
tadi kjee tengok balik semua komen2 yang korang post. kenapa dalam banyak2 entry korang masih nak citer hantu? ada ke masuk akal bila tulis komen cam ni: "kjee tulislah citer hantu lagi!".  ari tu masa kjee kata nak tulis pengalaman kjee jumpa hantu, ada yang tanya samada citer kjee nanti ori ke rekaan.

hangin gak kjee masa tu. walaupun kjee ni penulis skrip tapi bab pelik2 macam ni, kjee rasa otak ni taklah kreatif sangat. kalau otak kjee hebat boleh keluarkan citer hantu yang hebat, rasa2nya dalam lama kjee hasilkan banyak skrip hantu. kalahlah mamat khalid ke atau si nyangkung tu atau khurafat.

ari tu member kjee yang jadi pengarah drama dah bukak mulut suruh buat skrip citer hantu. dia kata jangan buat citer hantu cam orang lain buat. buatlah cam ni...kemudian dia bagilah idea. bagus gak. tapi idea tu tak bleh citer kat sini nanti kena curi.

betul gua cakap lu. idea kjee pernah kene curik sebab mulut ni gatal sangat pergi cerita kat orang. dan...hehehe kjee cakap betul ni tau...kjee pun pernah gak cilok ada satu idea pakcik ni. (kesian dia ntah2 dah mati sebab tua sangat. lagipun lama dah tak jumpa dia. kalau dia dah tak der, al fatihah). dia ni cakap besar sangat. satu hari kjee duduk dekat satu gerai. dia datang menyibuk.

"eh jee, aku ada satu storylah. aku baru nak buat skrip. kau nak dengar tak...best betul. tapi kalau kau nak dengar, kau kena belanja aku makan. boleh aku cerita," dia kata dengan lagak yang meloyakan. customer lain berdekatan semua pandang. pakcik ni semakin kembanglah.

dalam hati kjee, pakcik ni kene dengan aku ni. kjee tanya skrip tu dah buat ke blum? dia kata belum. ok, mamak...bagi pakcik ni makan apa saja yang dia nak. wah pakcik tu happy giler.

dia pun citer lah bagai nak rak secara terpinci. kjee dengar jer. otak kita lak otak fotostat. dua minggu kemudian, skrip tu dah siap...oleh fauziah abdul samad! kahkahkah. bila dah siap, kjee bagi skrip tu kat produser. minggu depannya siap cek. okaylah...drama tu pun startlah shooting.

enam bulan kemudian, hani mohsin call kjee gi opis dia. dia kata dia nak buat drama. dia nak suruh kjee buat katering makan. kjee tanya cerita apa? mohsin pun cerita sikit lebih kurang. tersedak kjee dengar. macam pernah ku dengan story tu tapi di mana hah? penulis skrip dia nama si polan sipolan ker? mohsin kata eh macam mana kau tau? kjee kata tak der saja agak.

berderau darah kjee. masa nak balik kjee mintak mohsin salinan skrip tadi. saja nak baca, kjee kelentong kat mohsin. sampai dalam kereta, berpeluh2 kjee selak sehelai demi sehelai skrip pakcik tu. nasib baik tak sama dengan apa yang kjee buat walaupun intipati dia sikit lebih kurang.

sebenarnya begini. kalau ada satu cerita. bagi 10 orang penulis skrip buat, hasilnya tidak akan sama. semua akan gunakan kreativiti masing2 untuk hasilkan skrip mengikut citarasa mereka. ini adalah realiti. tidak ada satu individu akan hasilkan skrip yang sama. kalau samapun hanya pada jalan cerita. sub plot mesti lain.orang kata sama tapi tak serupa.

itulah pakcik tu laser laser sangat. tapi kjee bukan curi idea dia 100 peratus. tak sampai 10 peratus pun. judul pun tak sama. bila dua2 drama tu keluar kat tv, tak der sapa pun perasan persamaannya. so kira okaylah yer. hehehe.

kalau ada idea, jangan cerita kat orang. nanti kena curi. kjee selalu mintak orang idea tapi kalau skrip itu berjaya dijual, kjee akan bagi imbuhan. buat skrip bukan senang. sebab itulah bila orang tanya kjee baik di facebook atau di mana2, kjee buat cerita apa?, haram kjee tak jawab.

tapi kan dalam industri ni, ada gak pengarah copy paste. kjee pernah kerja jadi pengurus produksi satu drama. pengarahnya budak muda. dia ayat bagai nak rak depan produser tentang drama yang dia nak buat. skripnya dia tulis dalam buku besar macam buku register nama kat sekolah dulu. pelik gak kjee kenapa skrip tulis cam tu. tak perlah.

shooting kat Fraser's hill. pelakon dia tak ramai. empat orang jer! mesti korang tak percaya. habis tu kalau shooting dalam satu banglo jer tak ke cukup 4 pelakon jer. cerita dia menarik sangat. tapi kjee pelik gak macam mana pengarah ni dapat idea buat cerita cam tu. sebijik citer mat salleh.

drama pun siap. antar kat satu stesyen, kene reject. kjee dah lupa kenapa reject. pastu terpaksa tukar judul dan jual stesyen lagi satu. lulus. keluarlah kat tv. selamatlah sudah satu kerja. beberapa bulan kemudian, kjee tonton satu filem omputih made for tv. kurang ajor punya pengarah tu...bukan sahaja dia curi sebijik sebijik citer omputih tu tapi shot pun dia curik!!!

korang jangan terkejut. bukan pengarah yang 'kurang seposen' jer  tadi buat kerja cam tu. rupa2nya dia ni anak didik seorang pengarah yang popular. sifu dia pun kerja yang sama. dia orang tonton filem omputih yang ala2 B grade movies, yang jarang ditayangkan kat malaysia. mana dia dapat hanya tuhan jer yang tahu. dia curi idea dan buatlah filem melayu.

jangan ingat kjee tak tahu...tapi kjee ni kira baik. semua ini ada gak terjadi masa kjee jadi wartawan. tapi pepandai koranglah.

tapi setakat ni kjee tak pernah buat camtu walaupun kekadang teringin gak nak curi idea. tapi sepandai pandai tupai melompat, satu hari mesti kene punya. so gua manyak takut. gua tak buat. tuhan nampak apa yang kita buat tau!

11 comments:

  1. salam..cite pasai antu ni mmg menarik wlpn dlm ati tuhan jer yg tau..kt kg mertua saya aduyaiii tiap2 kali nk blk sana tentu bdebar2 je..wlpn dh 12thn jd menantu..bknnyer apa2 ble dikata tiap kali kami blk kg ada je cite antu yg tkeluar..mertua saya selaalu tjmpa antu bkn tu je adk beradik pn dh biasa jmpa,tgal saya je yg blm pernah tjmpa(minta djauhkan ler..)..umah mertua saya ni phujung kg so bsebelaahan hutan ler..mlm2 mmg mcm2 bunyi ada...isk ngeri ler..klu nk dicitekn alamak byk plak nanti..apapn CNY ni saya blk kg..so tentu ada cite tbr lg...aduyaiii

    ReplyDelete
  2. Salam....kak, salah seko yang mintak N3 cita antu tu, saya kan..hadoii tiba2 rasa macam kena hempab dengan batu giling..hehe...Apa2 pun tulisan akak bess...

    ReplyDelete
  3. kjee ceta antu ni ingat le zaman bebudak dulu masa kami tinggal d quarters jps ipoh belakang rumah ade satu tanah luas semak dengan lalang dan pokok2 yg beso2 kjee pokok kekabu pokok sena pokok dedap dan banyak yg taktahu nama lagi..masa tu lepas je waktu maghrib tak berani dah nak buka pintu belakang kalu mlm jumaat lg seram dengor bau macam....norasmah

    ReplyDelete
  4. Ehem..ehem.. sy pon mintak cite antu kan..(pedas nyer tmakan cili tadi) hik3.. mmg la citer dia seram n menakutkan,, tapi seronok untuk d dgr n d baca kak... so happy go lucky... hehehe

    ReplyDelete
  5. kahkahkah terguling2 kjee baca komen CMG. ala aimie dan CMG janganlah terasa. bukan apa, kjee tulis dalam blog ni semua pengalaman kisah benor yang terjadi pada diri kjee. korang mintaklah citer laen, jangan citer antu. mokcik koo ni dh tuaa. tak nak ler jumpa antu lagi. buatnya 'dema dema' tu dengar awok semua nak citer antu lagi, tak ke nanti dema singgah lagi kat depan haku!!! aduh...mokcik dah tua sangat. kalau kali ni jumpa antu lagi, gamaknya padam terus...kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Hehehe,,, xda la, mana leh terasa ngan kak jee.. cyg manyak2 lagi ad la,,,, kalo ad cite o pengalaman kak jee yg melucukan cite la... syok ooo bc cite kak jee,,, doh jadi ketagih.. smp fb pon jrg buka... haha..

    ReplyDelete
  7. kak gee, betul tu. Lu kena jaga jaga ooo..nanti ha orang marah ooo kalau culi itu idea..ahaahhhahaaa...ok, kalau macam tu nanti kita jumpa, zam nak cerita skrip zam lah dekat kak ge..ahahahahaa..no, just kidding..i can give idea and hope you can elaborate further..zam suka share...anyway, nice articles

    ReplyDelete
  8. x tau ape nk tulis..tp TERBAEKK>.kkajee jujur.hehheheehe..saye ni nk cerita secara lisan x reti sbb x tau nk susun ayat. kakjee post lah 2,3 entri satu hari.( demand lah pulak)

    ReplyDelete
  9. x suka tgk cite antu sbb penakuttttt...tp kalo baca cite seram ok la...

    ReplyDelete
  10. Aku kan dah cakap jangan tulis cerita antu, aku takut. Tapi cerita fasal curi mencuri terigat aku, masa kau cerita pasal cerita satay tu, kesian aku orang ambik idea kau dan jual pada producer tu. Malu aku sbb yang buat kerja adalah orang yang ada kena mengena dgn kita kan Jee! Buat malu kaum je.

    ReplyDelete
  11. saya penah nampak cik han kt LDP menghalake klang..jam tu nk g mkan ikan bakar kat muara klang gan x boy fren, tgh cot cet dalam keta tiba tiba kat tepi highway nampak satu makhluk cam pontinak, rambut panjang, pakai jubah putih, terawang awang kat atas divider, terus terkedu ..bila sampai muara , tanya la x boyfren td u nampak x apa i nampak, dia kata ya nampak..rasa nak terkencing kat c2 gakk...huhuhu

    ReplyDelete