Monday, January 31, 2011

22. aku dan jamal...abdillah

Memang lama sangat Kjee berhasrat nak tulis pasal Jamal Abdillah, Raja Pop Malaysia yang tiada dua, tiada tiga. Ribut mana pun melanda, Jamal tetap berdiri teguh...peminat tetap menerima dia seadanya. Begitulah powernya Jamal Abdillah, anak kelahiran Ipoh, Perak ni. Rasa2nya kalau penyanyi lain, lama dah ditolak tepi oleh peminat kerana peristiwa peristiwa hebat yang pernah melingkari hidupnya.

Itulah namanya bakat. Kalau bakat sudah hebat, datanglah tsunami sebesar manapun, dia tetap tidak akan digerakkan!! Insya Allah.

Jamal Abdillah ini boleh dianggap lagenda zaman ini. Mungkin Kjee terlalu emosional tetapi terimalah hakikat ini. Sudah lebih tiga abad dia meniti hidup sebagai anak seni...dalam perjalanannya yang penuh ranjau dan duri.

Kjee tidak berniat hendak membawa cerita Jamal secara kronologi kerana Jamal bukanlah seorang insan seni yang mudah dihampiri. Dia banyak menyendiri. Tidak ramai wartawan menjadi kawan rapatnya. Dan Kjee memang yakin rakan artis yang benar benar rapat dengannya juga hampir kosong. Hanya ketika di zaman permulaan kariernya dia rapat dengan seorang penyanyi wanita dan keluarganya. Tetapi takdir memisahkan mereka sekali gus jurang pemisah semakin jauh.

Kjee antara jutaan peminat Jamal. Kjee taksub terhadap lagu2nya. Setiap lagunya ada makna dan erti tersendiri dalam hidup Kjee. Begitulah 'gilanya' Kjee kepada penyanyi yang 'bersuara jantan' ini.

Tetapi Kjee dan Jamal Abdillah tidak pernah akrab. Hubungan kami hanya sekadar wartawan dan artis. Kjee sama2 di auditorium besar Angkasapuri, dikala Jamal dijulang sebagai juara bintang rtm. dan selepas itu esoknya diundang Ahmad Nawab bersama dua atau tiga wartawan lain menemui Jamal sambil menjamu selera.

Dari dulu lagi, pada mata kasar Kjee,  Jamal seorang yang 'tidak mesra alam'. Tanya sepatah (ketika itu), maka dia akan jawab sepatah. Tak kisahlah. Kepandaiannya hanya menyanyi. Tdak lebih dari itu. Tetapi kehebatannya menyanyi, menutup segala kelemahannya yang lain.

Jamal tidak pernah hubungi Kjee kalau perlukan publisiti. Dan begitu juga sebaliknya. Kalau Kjee mahukan cerita Jamal, tempat bertanya ialah PR syarikat rakamannya. Dan seandainya ada sidang akhbar pelancaran albumnya, barulah kami bersua muka.

Tapi...dengan izin...'He has a very special place in my heart'. Kalau tidak, takkanlah Kjee sanggup terbang ke Kuching setiap cuti, berdiri di depan penjara Kuching dan berharap pihak penjara dapat memberi Kjee peluang bertemu Jamal. Ketika itu dia dipenjara kerana kesalahan yang semua sudah tahu. Tapi semua usaha Kjee itu hampa belaka. Banyak duit kjee habiskan terbang ke sana. Duit sendiri sebab tiada sebarang tugasan rasmi dikeluarkan oleh pejabat (Berita Harian) untuk Kjee ke sana.

Ah duit boleh cari. Kalaulah Kjee dapat jumpa dia, tak ke gempak kan?  Tetapi Kjee tidak pernah terfikir pihak penjara tidak akan membenarkan Kjee jumpa seorang tahanan kecuali keluarga rapatnya.

Kjee bernasib baik kerana sebelum menunggu tangga di depan penjara Kuching, Kjee pernah ke Kuching untuk satu tugasan rasmi. Ketika itu Kjee dikenalkan dengan seorang Menteri Negeri. Dato itu telah membuat jamuan makan malam dirumahnya, dan Kjee telah dijemput sekali. Mungkin kerana keluarga Dato itu mengenali Kjee sebagai pelakon jugak, maka kami menjadi begitu mesra. Sering berhubung walaupun setelah kembali ke Kuala Lumpur.

Dengan adanya keluarga Dato yang sudah menganggap Kjee sebagai saudara angkat mereka,  maka senanglah Kjee berulang alik ke sana semasa cuba menjejaki Jamal. Walaupun Dato itu seorang yang berpengaruh dan juga ahli lembaga pelawat Penjara Kuching, namun undang2 tetap undang2. Kjee gagal jumpa Jamal.

Satu hari ketika Kjee melangkah masuk ke pejabat, setiausaha Editor Kjee kata ada satu surat register untuk Kjee. Kjee pelik. Apalah salah aku ni?!! Bila kjee tatap surat berbentuk aerogram dari Kuching itu, hati Kjee berdebar. Di luarnya dicop Jabatan Penjara Kuching, Sarawak!!!

Jamal telah menulis kepada Kjee setelah mendapat kebenaran khas jabatan penjara. Dato dari Sarawak itu telah memberitahu Jamal mengenai kedatangan Kjee setiap kali cuti. Boleh dikatakan hampir setiap minggu!!! Pendek sahaja mukaddimah Jamal. Kemudian dia beritahu, kalau Kjee hendak siarkan surat itu, hanya boleh siarkan yang dalam kotak merah pada surat itu.

Kjee terus tunjuk kepada Editor dan surat itu difotostat di bahagian 'kotak merah' dan esoknya disiarkan dalam ruangan hiburan Berita Harian. Puasnya hati Kjee. Kjee dah lupa isi kandungannya. Tetapi masa itu barulah Editor Kjee tahu usaha Kjee terbang ke Kuching guna duit sendiri setiap minggu untuk dapat cerita eksklusif Jamal.

Itu sahaja. Tiada lagi Jamal hubungi Kjee selepas itu. Dato dari Sarawak itu pujuk Kjee agar lupakan hasrat Kjee jumpa Jamal di penjara. Dan Kjee akhirnya give up.

Kemudian kecuh Jamal sudah tamat tempoh tahanan dan dibebaskan. Dia akan tiba di airport Subang pada hari dan waktu sekian sekian. Kjee pun tak lepaskan peluang mahu jumpa Jamal. Sampai di airport, sorang adik Jamal datang kepada Kjee dan membisikkan pada Kjee, Jamal ada menghubunginya dan meminta agar dia tidak ditemukan dengan seorang komposer tersohor tanahair. Kononnya Kamal kecil hati kerana komposer itu tidak melawatnya ketika di di penjara.

Selain komposer itu, Kjee tahu ada beberapa pegawai syarikat rekod lain yang hadir di airport hari itu. Semua tahu Jamal kosong dan tiada ikatan kontrak dengan komposer tersohor itu lagi.

Alamak..macam mana nak buat ni? Komposer itu turut berada di airport sambut kepulangan Jamal!!! Kjee tanya adik Jamal kenapa beritahu hal itu kepada Kjee? Dia kata yeop (abang) suruh dia beritahu Kjee. Kalut betul ni. Kjee ternampak Mr B, pegawai syarikat rekod yang bertaraf antarabangsa yang Kjee rapat sangat. Kjee berjalan perlahan2 menemui pegawai itu dan membisikkan cerita yang disampaikan adik Jamal. Berkerut dahinya.

Masa terlalu suntuk. Pesawat sudah landing. Pegawai itu suruh Kjee fikir pantas. Kjee suruh dia bawak Jamal kemana2 sahaja. Mungkin yang paling selamat ke rumahnya. Tapi pegawai itu tak berani. Dia suruh kjee uruskan. Berat lah macam ni.

Kjee dah lupa macam mana Kjee berjaya melarikan Jamal tetapi dipendekkan cerita, Kjee bawak Jamal pulang ke rumah Kjee. Suami Kjee (arwah bapa Nadia) panik tengok Jamal. Selama ini Kjee tak pernah bawak balik mana-mana artis ke rumah! Dia tarik Kjee ke tepi dan tanya samada Kjee hilang akal bawak Jamal ke rumah. Kjee terangkan segala masalah yang dihadapi Jamal. Akhirnya abah Nadia setuju.

Jamal tinggal di rumah Kjee. Esoknya Kjee amik cuti sebab tak tahu bagaimana hendak handle situasi ini. Kjee masakkan untuk Jamal dan mulutnya mula agak ringan bercerita. Kjee call abang Kjee (Ahmad Fauzee), suruh bawakkan baju yang sesuai untuk Jamal pakai kerana Kjee hendak mengambil gambarnya.

Selain pakaian, Jamal juga tiada duit. Kjee memang tidak mampu membantunya. Kjee teringat Dato dari Sarawak yang pernah beritahu Kjee dia sayang Jamal dan menganggap Jamal sebagai anak angkatnya. Kjee hubungi Dato dan meminta dia membantu Jamal. Petang itu, Kjee mendapat telegraf transfer sejumlah wang untuk Jamal.

Malam pertama Jamal tidak kemana2. Malam kedua Jamal gelisah hendak keluar. Dia ajak Kjee keluar. Bapa Nadia enggan membenarkan. Sebaliknya bapa Nadia ajak Kjee keluar berdua sebentar. Dia berhentikan kereta di satu kawasan sunyi berhampiran rumah dan kami berdebat dalam kereta. Suami Kjee mula curiga dengan kehadiran Jamal dan tuduh Kjee lebih mementingkan Jamal. Kjee terkejut. Setelah kjee terangkan segala2nya akhirnya bapa Nadia beralah. Malam itu dia menemani Jamal keluar. Jamal perlu diteman kerana Kjee bimbang keselamatan dia.

Kjee call lagi ofis mintak tambah cuti. Cuti Kjee, dihabiskan berulang alik ke syarikat rekod Mr B. Jamal meminta Kjee uruskan segera dia masuk ke syarikat itu. Dia tidak mahu ke syarikat lamanya. Dan Kjee pun uruskan segala2 dalam masa dua atau tiga hari. Kjee kemudian bertemu seorang peguam yang Kjee kenali dan menyuruhnya menyediakan kontrak.

Pada hari yang ditetapkan, Jamal dan Kjee bertemu beberapa pegawai dari syarikat Mr B di pejabat peguam itu. Jamal terus sain dan menerima wang tunai dalam jumlah yang cukup besar. Selepas itu, Kjee pun kembali ke pejabat (Berita Harian). Jamal, ditinggalkan dengan Mr B.

Petang itu Kjee balik rumah. Pembantu rumah Kjee kata Jamal ada pulang ke rumah dan mengambil semua barang2nya. Tiada pesan mahupun sebarang nota buat Kjee. Kjee tak perlu dia ucapkan terima kasih kerana semuanya Kjee lakukan kerana Allah! But at least leave me a note. (sekurang2nya tinggalkan lah nota).

Itu sahaja. Sampai ke hari ini, Kjee tidak pernah bertemu empat mata dengan Jamal. Beberapa tahun lalu, Kjee ada menghadiri satu majlis dimana Jamal dijemput sebagai tetamu. Sebaik sahaja dia nampak Kjee, dia terus hilangkan diri!

Kjee tak tahu apa salah ataupun silap Kjee. Tetapi Kjee sudah maafkan Jamal. Setiap manusia ada melakukan kesilapan. Seandainya Kjee silap, Kjee susun 10 jari memohon ampun.

Apapun, Jamal...you'll always be my favourite male singer, dulu kini dan Insya Allah sehingga hujung nyawa. Good luck and take care. Allah swt akan melindungi Anda. Insya Allah.

24 comments:

  1. kak gee : owhh..alhamdulillah, kak gee memang menolong dengan ikhlas tanpa balasan...Allah nampak semua nyer kak gee...

    ReplyDelete
  2. kjee ;payah kita nak baca hati manusia ini ,terlalu sensitif dan penuh rahsia d kalangan rakan2 mahupun keluarga ape yang tersirat d sebalik wajah penuh tandatanya... semuga allah nampak ape yang kjee lakukan atas nama sahabat walaupun tidak d lontar terima kasih...norasmah

    ReplyDelete
  3. Abg Jamal kita tu dah macam tu perangai nya .... penyegan dan malu..... mulut berat...dah faham pun.... apa-apa pun kakjee tolong dia pun kerana Allah insya-Allah akan dibalas baik juga...... memang Abg Jamal kita tu Raja POP...... TERBAIK dan bak kata Abg Ali Bakar, "TERULUNG"....... baru-baru ni ada nampak Abg Jamal jumpa kawan dia kat kedai mamak di Danau Kota...... sempat senyum je kat dia....

    -Amin Zaid Zulkifli-

    ReplyDelete
  4. hmmm klau kjee ada, dia mesti terus cabut. dunno why?

    ReplyDelete
  5. xpe kjee...budi baik kjee tuhan saja yg balas..janji kita ikhlas kjee kan....Biar org buat kita jgn kita buat org....lama2 org 2 malu sendiri...Tapi saya mmg minat giler dgn Jamal....(khadijah)

    ReplyDelete
  6. kjee...saya pun suka dgr nyanyian jamal abdillah...kenapa dia melarikan diri ye bila nampak kjee...mungkin dia malu kut dgn kjee...jamal kan seorg yg pemalu..apa2 pun budi baik kjee menolong dia dulu hanya allah saja akan membalasnya....hanie zubir

    ReplyDelete
  7. Sy rasa kak jee,, abg jamal malu kot dgn kak jee.. kak jee kan dah tlg dia,, mgkin la dia xsedap hati nak ggu ktenteraman keluarga kak jee... mgkin la kot... tp knp dia xtgglkan ape2 nota ke pesan kak pembantu rumah ke ea.. pelik gak 2... ape2 pun kak jee sudah menolong dgn ikhlas,, InsyaAllah tuhan akan membalaskan dgn kebaikan....

    ReplyDelete
  8. salam. lega kjee sekarang sebab apa yang terbuku di hati telah kjee luahkan. memang jamal seorang penyanyi yang hebat. tiada sipaya yang boleh menandinginya.

    ReplyDelete
  9. saya mmg suka kt Jamal ni ..x kira org ckp apa ttg dia..yg pasti..lagu2nya semua ada tarikan tersendiri...TERBAIK!!!

    ReplyDelete
  10. kjee rumuskan apa yang terjadi kepada kjee tu adalah kerana jamal konfius...apapun, tak hal...small matter. dia memang hebat sangat. kjee nak pergi tengaok dia buat konsert lagi nanti kat IB. tapi nak cari tempat duduk yang tersorok. takut dia nampak kjee nanti, terus tak bleh nyanyi. hehehe

    ReplyDelete
  11. hahahaha..kkjee kene meyorok..nanti jamal nampk kekjee trus cabut lari..tegendala konsert tu..saye pengemar suara dia je tp bukn peminat..mgkin sbb dia kurang mesra dn jenis menyendiri dn sensitif

    ReplyDelete
  12. Jee aku tahu sbb apa dia lari, sbb dia ingat kau dah cerita keburukan dia dgan wartawan lain, orang yang makan dadah ni dia cepat rasa rendah diri. Aku kenal Azman Salleh bekas PRO WEA,kawan baik MIKE BERNIE tu. Dia cerita macam2 pasal Jamal dengan aku dan SB. Apa pun terjadi kepada Jamal dia cakap Jamal tetap disayangi oleh Peminatnya. Beruntung jadi JAMAL ABDILLAH.

    ReplyDelete
  13. ada tersurat & tersirat. hny jamal & Allah saja yg tau. sabar ye :) tetap minat jamal.. latest konsert J2011 mmg terbaekk :)

    ReplyDelete
  14. Don wory k.jee...mudah2an jamal or sekutu2 dia terbaca blog k.jee..bior dia tau k.jee ikhlas..

    ReplyDelete
  15. dia malu sendiri kot ngan kjee... ye la, kje tolong dia sampai kjee gaduh ngan ayah nadia... last2 dia bla x ckp pape pn, mentang2 la dh dpt duit dr MR B tu, klu x de kjee, dia ingat boleh ke dpt duit tu?? ... klu sy la kjee, maunye sy flush muke sy dlm toilet sbb malu... hehehe

    ReplyDelete
  16. tadi kjee baru terfikir. jamal mungkin tak salah. mungkin bapak nadia yang either cakap dengan baik or ugut dia supaya jgn kacau atau susahkan kjee lagi. unclepali pun kata ada kemungkinan besar.
    apapun,bapak nadia dah tak der...so nak tanya sapa tak tau.

    ReplyDelete
  17. betul tuss k.jee...sya pun setuju ngan uncle pali...mayb bapak nadia say something kot....utk memuaskn hati k.jee kena bersemuka bncang ngan abg jamal sndiri...baru bleh tau apa yg benarnye brlaku...paper pun sya mmg suka abg jamal ni lebih2 lg filem pertama dia ngan kak ogy....Azura....

    ReplyDelete
  18. hehehe nak bersemuka camner. nampak je kelibat kjee dia terus hilang.
    tak perlah omputih kata give him the benefit of the doubt. kjee dah lupakan semua. kalau dia baca blog kjee ni, kjee harap dia tahu isi hati kjee.

    ReplyDelete
  19. em kita pun peminat lagu2 jamal..tp tgk pada orngnya mmg jenis pemalu..myb satu hari nanti terbuka pintu hati die utk menceritakan segalanya pd kjee..pe2 pun die mmg lagenda pop la..

    ReplyDelete
  20. Post ni yg paling best Aunt Jee....mcm drama pun ada juga kisah Aunt Jee dgn Uncle Jamal nie. Heh. Sy pun rasa Uncle Jamal tu malu lah kat u. Maybe, u kena approach die senyap2 & ckp baik2 dgn die. InsyaAllah everything will go fine....Syed Putra.

    ReplyDelete
  21. Memang hebat dugaan kjee..buat baik pun x dikenang jasa kjee..apapun Allah bg ujian, nk tgk kjee serik tak mbantu org lain... insyallh kebaikan kjee dibalas dgn setimpal oleh Allah dgn cara yg lain...kita buat baik thadap org lain, tanpa disedari keajaiban lain dtg pd kita dan keluarga...

    ReplyDelete
  22. Baru jumpa blog ni gara2 I'm a new fan of Jamal Abdillah and searching for his stories. Bila baca apa yg kjee tulis ni, I've always think about saikology manusia. Dan saya juga mengagak ada sesuatu yg menyebabkan jamal bersikap begitu. Dia dikenali sebagai seorg yg sgt sensitif dan pemalu.Apabila dia keluar begitu saja dari rumah kjee sedangkan kjee telah membantu dia, mesti ada sesuatu yg telah terjadi. Manusia ni walau buruk macamana pun tetap ada perasaan mengenang budi. Dan bukanlah hendak menuduh. Mungkin tekaan kjee ada benarnya ataupun he could sense bekeradaan dia di rumah kjee kurang disenangi oleh suami kjee dulu. Saya ni tetiba minat kat jamal bila tgk kat youtube his performance di istana budaya. I can say he's so talented dgn bakat yg Allah bagi tak perlu nak pergi kelas2 vokal mcm penyanyi hari ni. Apa yg saya lakukan kini adalah berdoa semoga dia akan kekal dgn perubahan yg baik ini dan diberikan hidayah.

    Notes:
    Paling geram bila ada terbaca about his honest pengakuan that 'kenalan rapat', who I guess mereka mengambil kesempatan on him dan pastinya mahukan keuntungan apabila jamal berjaya mendapat job perform kat mana2 stage. Mereka inilah juga yg memberi benda haram jadah tu pada jamal. Rasa nak menyumpah kat org2 ni !!!

    ReplyDelete