Wednesday, January 26, 2011

5. camner kjee jadi pelakon

salam. isyhh malam tadi tido tak nyenyak dok memikir apa lah kjee nak ghebang (sembang) hari ni. citer bab jadi pelakon best gak kan? apakah kjee jadi pelakon kerana bakat atau kerana dia orang (pengarah dan krew produksi) nak ambil hati kjee kan? maklumlah kjee jadi pelakon lepas jadi wartawan. kalau kjee turut 'diheret' sama jadi pelakon, maknanya senanglah dia orang dapat publisiti.

Eeee tak baik tau. itu ala2 rasuah namanya. ada dua sebab kjee rasa kenapa kjee dipelawa jadi pelakon. yang pertama sekali ialah saiz. betul kjee kata...saizlah yang menyebabkan kjee diheret ke dunia seni. ehh nanti kejap...saiz ker? kalau saiz, masa kjee mula-mula berlakon dulu, badan kjee punyalah steady. comel lote. gempaklah jugak. so saiz kena padam. bukan sebab saiz.

apakah sebab kjee ni happy go lucky, cakap lepas dan kuat melawak maka kjee ni dirasakan cukuplah sifat2 jadi anak seni.

korang tau tak masa keje bilik berita tv lagi, kjee dah mengendeng ngendeng kat studio drama rtm yang bersebelahan dengan bilik berita. ada can je, kjee menyelinap masuk studio yang sebenarnya menjadi tempat larangan orang luar. staff bilik berita dianggap tiada kena mengena nak masuk studio drama. tapi, tak sapa pun melarang kjee sebab kjee sempoi jer masuk cam perompak yang licik. hehehe.

kjee tengok jer pelakon seperti khalid salleh, asmahani hussein, fauziah nawi, abu bakar omar (sekadar menyebut beberapa nama), keluar masuk tanpa menghiraukan sapa budak selekeh ni. kjee adalah jugak muka tak malu sengih2 kat penerbit (dulu pengarah drama RTM dipanggil penerbit). kjee kata yang kjee ni dulu ada gak masuk drama pentas sekolah. sekolah kjee muncul nombor dua dalam selangor. kjee berlakon sebagai pak majid dalam drama serunai malam. aduh sorang pun tak dengar atau buat2 tak dengar.

masa tu penerbit yang kjee ingat seperti arwah Roslee Jalil dan arwah Abdullah Zainol. yang lain dah lupa. kjee suka himpit roslee jalil ni sebab dia ni mesra alam sikit. abdullah zainol jangan nak dekat, tengok muka dia yang serius pun dah nak pengsan. tapi jangan haraplah dia orang nak ajak kjee berlakon waimah jadi ekstra pun. sedih you.

jadi bila kjee masuk NST, hilanglah minat nak berlakon sebab manalah ada peluang lagi. kat nst kjee kena buat general news langsung tak terbabit dengan hiburan. jumpa artis memang tak der can.

jeng jeng jeng satu malam, ketika kjee sedang lepak2 kat satu cafe, kjee nampak tubuh lelaki yang cukup kjee kenal, masuk. aduh...mamat ni ker? mampus aku. penerbit abdullah zainoll yang terkenal serius dan sombong masuk. dia datang sorang jer. dia nampak kjee dan dua tiga teman sedang sembang2. dia terus datang dekat dan senyum.

awak ker budak yang kerje bilik berita RTM? aduh, dia perasan. kjee hulur tangan. dia kata mana hilang? apabila dia tahu kjee jadi wartawan nst, dia ucap tahniah kerana bukan senang nak dapat kerja sana. borak punya borak, kjee semakin selesa dengan Wak Dollah (panggilan manja orang dan anak seni.)

wak dollah ni rupanya manusia biasa ajer. tak sombong tapi dia kata kat pejabat kene berlagak serius supaya semua orang hormat. bual punya bual, dia kata personaliti kjee mengingatkan dia pada watak Anie Jasmin, pelakon studio jalan ampas yang kjee suka sangat tu. wak dollah pandang kjee atas bawah..."hey kau nak tak jadi anie jasmin malaysia?"

aduh tersedak kjee. anie jasmin malaysia? wak dollah ni biar betul. apa yang terjadi selepas itu, adalah antara liaptan sejarah kjee menjadi pelakon. pelik kan, jadi wartawan pun secara mengejut, berlakon pun tak ku sangka2.

esoknya kjee curi2lah pergi rtm jumpa wak dollah yang perangai dah balik kepada sombong dan kurang mesra alam. kjee taklah takut sangat sebab tahu dia sebenarnya baik hati. kjee dihulurkan skrip berjudul Angin Bila Menderu. bukan drama dalam studio pakai 4 kamera tau tapi panggung RTM!! Kalau dulu2, sapa dapat berlakon panggung RTM, kira pelakon top lah. drama pertama ku panggung rtm tau. hebat giler. penerbitnya pulak abdullah zainol pengarah tersohor rtm!!!

kjee dapat berlakon di sisi Fauziah Nawi dan karim latiff...yang lain sorry tak ingat. masa tu Fauziah Nawi top habis. kjee dapat watak jadi pompuan kampung yang suka mengumpat dan jaja cerita ke sana kemari. dan ada satu scene tu, kjee kena panjat tangga kayu setinggi 5 kaki untuk jemur tepung atas bumbung. pastu budak datang naik basikal dan langgar kjee.

kjee berlagak macam profesyenal jer. ala nak berlakon punya pasal, apa pun oklah. kjee tak tahu rupa2nya wak dollah sudah bisik pada kameraman supaya hati2...amik sekali shot jer. tak boleh ulang. lebih dari tu, patah pinggang budak ni. rupa2nya pelakon lain dan seisi produksi tarik nafas masa wak dollah kata action. kjee tak tau kisahpun. bila wak dollah kata action, kjee selamba jer panjat tangga sambil letakkan dulang tepung atas bumbung zink.  dan budak tu pun kayuhlah basikal punya laju. langgar tangga, kjee jatuh berdebub. habis tepung di atas kepala.

wah masa ni wak dollah tak cakap cut so teruslah kjee lafaz dailog sampai wak dollah kata cut.  dia terus datang pada kjee dan tarik tangan suruh bangun. bila kjee boleh jalan selamba jer, barulah masa break makan, sibuk dia orang cerita betapa risaunya kalau kjee patah pinggang. heheheh bangganya kjee bila wak dollah puji kjee. dia kata kjee kalau teruskan lakonan yang selamba boleh pergi jauh.

selepas itu, kjee dapat banyaklah juga peluang berlakon panggung antaranya yang kjee ingat ialah Wali dan Gelisah Seorang Seniman. Pelakon2 yang berlakon semua top...kjee jer yang kureng. hehehe.

ramai tanya berapa banyak drama kjee dah berlakon. kalau potret pekerti (drama hitam putih rtm), banyaklah tidak terkira. berlakon dalam studio memang best tapi susah sebab bukan sahaja kena hafal dailog kita, pergerakan kita tetapi juga dailog semua pelakon dan pergerakan mereka. ini adalah kerana ada 4 kamera dan kita tak tahu penerbit klik pada kamera mana. kalau orang lain tengah berdailog, kita kene teruskan lakonan kita. camera capture ke tidak, itu tidak boleh disoal.

drama2 rtm yang begitu berkesan di hati kjee ialah santan berlada. untuk drama bersiri ni, kjee memang tak disenaraikan sebagai pelakon tetap. tapi orang kata tuah ayam nampak di taji. kjee hanya pelakon udangan. tapi, sewaktu rakaman di Filem Negara sound stage, penulis skripnya, SA takiyuddin ada sama. kjee bawa watak monalisa. dia ketawa terbahak2 tengok kjee berlakon.

habis berlakon dia panggil kjee dan duduk bersama penerbit kak asiah ariffin. dia tanya minat ke nak jadi pelakon tetap santan berlada? aduh...pucuk dicita ulam mendatang. giler ke tak nak. sejak itu orang panggil kjee, mona. nama itu sebenarnya kjee tak suka. tapi nak buat camner kan.

selepas itu, rtm berhenti buat  drama sebab diswastakan. kjee dapatlah peluang berlakon banyak drama swasta. macam2 watak diberikan. makin lama badan semakin debab. lepas itu, mulalah kjee dijadikan sasaran berlakon watak lucu. kalau scene kjee mesti membabitkan makan.

cerita pasal bab makan ni, ada satu insiden lucu masa berlakon drama hitam putih rtm di studio. rakaman berlarutan sampai kul 12 malam. lauk pauk yang disediakan untuk shooting dah basi. budak2 crew dah tak tau mana nak cari nasi dan lauk tengah2 malam buta. tiba lak scene kjee kena makan dengan gelejohnya. sedih sangat masa tu, tetapi dek kerana semangat seni yang berkobar, bila director kata action, kjee pun selamba jer makan dengan gelojohnya walaupun lauk pauk dah basi! bila director kata cut jer, muka kjee dah jadi biru...terus lari ke belakang studio dan uwekkk.

sekarang wak dollah dah tak der. baru jer meninggal tahun lepas. anak2 seni semua kata kalau dapat berlakon dibawah arahan wak dollah, pelakon itu akan muncul pelakon yang handal. wallahualam. kjee adalah anak didik wak dollah.

bayaran masa drama rtm dengan sekarang yang telah diswastakan jauh berpuluh kali ganda. tapi kami semua happy masa itu.

sekarang ni, kjee dah pencen. oleh kerana tidak boleh pisahkan diri ini dengan bidang lakonan, maka kjee pun buatlah skrip untuk drama tv. dah banyak yang kjee hasilkan.ada cerita komidi, ada cerita serius. buat orang menangis lebih senang daripada buat orang ketawa tau. tapi kjee lebih senang buat orang ketawa walaupun seringkali jiwa ini menangis.

tak kisahlah.

28 comments:

  1. 4 camera?....dasyat tu,,,,....

    ReplyDelete
  2. Wow! Tu Dia..har kan..ahahahahahaa...kak gee..your life really through experiences. You travel all the journey yer kak gee. Zam salute dengan kak gee...Anyway, zam suka kak asmahani tu..dia kan bintang kaki nangis..kalau ada babak menangis, dia lah watak nyer kannn..zam ingat, masa tu zam tgk drama terbitan rtm yang shooting dalam studio tu, masa tu zam tadika lagi..hehehehehehehe.....anyway, I will always support you in script writing. If anything, I will give you my short stories, well if you find it interesting, then you should do something about it............

    ReplyDelete
  3. bukan senang yer kjee nak jd pelakon...apapun saya lagik minat pelakon dulu kala dari pelakon zaman skunk.....lebih menghayati.....maaflah cakap...pelakon skunk ada yg x mampu buat penonton menangis kerana tangisan mereka.....apapun santan berlada mmg best...wpun waktu tu saya baru sek rendah..tp saya masih ingat pelakon2nyer...kak jee, ali mamak, fauziah nawi, khairul azhar(x pasti nama dia...tp rupa ingat...rambut kerinting, gg ke depan skit) ingat lagik sistem amik order guna bakul...mmg best citer tu....nurwafiem....

    ReplyDelete
  4. never thought you have such interesting stories behind you aunty~ Love you!!

    ReplyDelete
  5. ini baru sikit. bila dah ingat yang lebih lucu akan buat lagi. tungguuuu. harap semua terhibur.

    ReplyDelete
  6. seronok baca kisah2 kjee ni...terhibur sgt....semoga kjee success selalu....

    ReplyDelete
  7. bila agaknyer kjee nak dtg RTM????bleh la saya jumpa ngan kjee.....huhuhu

    ReplyDelete
  8. ternganga mulut baca entri kjee ni...hehe teruskan berceloteh disini kjee... :)

    ReplyDelete
  9. teringat arwah roslee Jalil dan bekas isterinya rubiah suparman selalu pergi rumah kakak aku aloyah diklang. Masa diorang nak bercerai roslee jalil selalu mengadu dgn abang ipar aku kisah2 rumahtangga dia orang. Lepas tu rubiah kawin dgn zahari anak cikgu mohd Noor, orang kg aku Wadi Hana.

    ReplyDelete
  10. best lah kjee...macam baca novel..tak sabar nak tau cerita seterusnya...:)

    ReplyDelete
  11. Down memory lane la Kjee... Potret Pekerti, Asmahani Hussin, Roslee Jalil.... semua tu menungkap nostalgia lama. Kjee, Anie Jasmine tu, yang berlakon jadi girlfren Ibrahim Pendek tu ke? She's so cute...

    ReplyDelete
  12. seronok dan menarik kak jee. kak jee berjaya mengheret ita ke alam realiti cite tu...
    rasa seolah-olah berada di situ...
    tersenyum dan tersengih membacanya

    ReplyDelete
  13. mamaFaMi...yezzaa that's the one. hehehe

    ReplyDelete
  14. seronok baca kisah penglibatan jee dalam bidang lakunan, saya memang meminati lakunan jee dari dulu lagi, penuh penghayatan dan menghiburkan..saya pernah jugak terlibat dgn penulisan skrip sekitar tahun 70an..pernah mendapat bimbingan dari SA Takiyudin, Manasikana dan Kak Chah serta Zaihasra (skrip drama radio)

    ReplyDelete
  15. Finally kJee...eja dapat baca ur blog... & i"ve read it for 3times... and i laugh & cried same time... I love u kjee... u inspired me all the time..without fail... my prayers always for u... even my late parents love ur cooking...
    Do take care of yourself... Salute to nadia & uncle pali too... keep on writing kjee...cos a lot of ppl missed ur writing too... u got ur own touch... its just like listening to u talking...& thank u for being there always...

    ReplyDelete
  16. wah..k.jee..bkn mdah nk mnjadi plakon kn..tpi santan berlada tetap dh sinonim dgn k.jee...msih ingt crta tu,,,msa tu msih lggi kt sek rndah..klau crta tu nk dsiar...blari2 blik k rumah

    ReplyDelete
  17. Bila first time masuk blog ni tgk muka kjee macam penah tgk. tp tak tau kat mana. Bila kjee cerita yg kjee penah berlakun santan berlada baru la terimbas semula. Waktu tu saya masih kecil lagi.Kalau cerita rumah kedai, saya dah besar sikit.

    ReplyDelete
  18. Best n lucu,,, ape kak jee rasa bila mkn makanan basi 2...

    ReplyDelete
  19. suka tengok kjee berlakon dlm cite yg kisah abg haji kawin dgn eja...lupa tajuk...best sangat2...kalau watak monalisa tu mmg best kjee lakonkan dlm drama santan berlada...masa tu saya sek rendah lg...penerbit santan berlada makcik asiah ariffin tu mak saudara suami saya..

    ReplyDelete
  20. sronok pulak bca...sya ingt lgi thun 87 atau 88 msa kli prtma gi kl... artis prtama yg saya nmpak ialah kak jee...ska sngt..msa tu kak jee ngah bwk buku bertambun brdektan ngan prpstakaan negara ke atau dewan bhsa pustaka... sya ingt lgi nmpak kak jee ngan crmin mta kat ats kpala n msih smpat mngangkat kpala slps spupu sya hon n angkt tngn kat kak jee(spupu sya artis jgk)suka sngt sya msa tu..hahaha...jdi crita kt skolh...msa tu jgk ada prtndingn lgu patriotik kat rtm n sya jmpa lgi ramai artis kat sna...pumyalh jakun...n spupu sya mng prtndingn trsbut berduet ngan azizul khamis rsanya... tpi yg pnting kak jee artis prtama yg sya jmpa .....hehehe...

    ReplyDelete
  21. oooooo..barulah saya tahu asal usul "Drama Swasta" ni...Ingat2 lupa..tp masa kecik selalu je dgr org sebut drama swasta ni

    ReplyDelete
  22. pembetulan... penulis skrip santan berlada ialah ayah saya, Mohammad Ismail Arifin @ M.I.Ariff...

    ReplyDelete
  23. Ya ker? Tak tahu pulak Kjee. Yang Kjee tahu S.A. Takiyuddin.

    ReplyDelete
  24. First lakonan kjee yg saya tonton dlm filem balik kampung. Lakonan bersama ebby saiful, halim sabir, dato shah reza

    ReplyDelete