inilah dapur kjee. hari terakhir meniaga buat jamuan. |
kjee sendiri tak tahu macam mana boleh terjun dalam perniagaan masak memasak ni. semuanya bermula apabila kjee suka sangat melepak (lepas antar unclepali kerja) di gerai milik member di taman melawati. masa tu kjee tinggal kat cheras perdana. unclepali lak opis dia kat brickfields. jauh brickfields ngan taman melawati. tapi bukan kjee jalan kaki.
member kjee tu tanya, tak nak ke meniaga. juallah apa2 sebelah kat gerai dia. bayar jer rm300 sebulan. kalau mpaj tanya kata kjee kuli dia. nak niaga apa? kjee bukannya pandai masak. dia kata dia nak buat nasi campur. terus kjee teringat nak buat ikan bakar. tapi camner nak pujuk unclepali ni. dia ni susah sangat kalau babitkan kerja2 cam ni. tapi apapun, izin mesti diperolehi dari suami walaupun suami kita muda dari kita.
masa jemput unclepali balik kerja, punyalah manis mulut kita susun ayat power. unclepali diam jer. dia tahu kjee ni jenis hangat2 taik ayam. tapi dek kerana ayat power, unclepali kata okay. bagi kjee rm150 untuk beli barang2.
maka kjee pun mulalah buat persiapan. ikan bakar, yang penting cicahnya. kjee buatlah cicah power arwah mak. hari pertama, kedua dan ketiga, bisnes slow. pastu bisnes mulalah kencang. pening kepala gak nak bakar ikan, nak layan customer. semua one man show. tetiba2 tak sampai sebulan, member tu tak nak pulak terus jual nasi campur. dia tanya kalau jual bekfas, kjee pandai buat apa? garu2 kepala. roti jala bolehlah.
so lepas itu, kjee buatlah pulak roti jala dengan kuah daging. hujung minggu tak menang tangan. satu pagi jer sampai 9 kilo tepung. customer tanya selain roti jalan tak ker nak jual lain2? maka kjee bincang2 ngan unclepali dan kami pun juallah laksa johor. tapi weekend jer tau. customer pulak tanya kenapa mesti weekend jer. lepas dua minggu tukar balik strategi dan jual hari2.
ada lak customer orang johor yang kata, laksa johor mana ada makan pagi2. pulak. habis kalau tak der orang jual, camner nak makan? laksa dan roti jala laku giler. start kul 7 pagi, kul 11 dah balik. kemudian tambah lak tahu bakar.
tak lama lepas tu mpaj mula kacau. dia orang tak percaya kjee kuli kat situ. dia suruh kjee mengaku. kalau mengaku dia bagi kjee gerai sendiri. ok gak tu. akhirnya, kjee panjat opis mpaj dan mengaku.
kjee kemudian amik cuti dua minggu pergi umrah (2005). balik jer, berkat doa kat depan kaabah, doa kjee dan unclepali diperkenankan. kami dapat gerai no 8, anjung melawati di taman melawati. no 8 tu, manyak ong kata orang cina. memang ong pun. alhamdullah.
dari jual roti jala, laksa johor, tahu bakar, kjee tambah lagi sampai ada lebih kurang 20 jenis makanan. semuanya panas. masak on the spot dan start meniaga jam 7 pagi. tu dia..sapa kata orang tak makan laksa johor pagi2 buta. kul 7 pagi dah ada customer beratur nak makan laksa johor. kjee jual mi kari, mihun putih, sotong kangkung (pepagi buta sotong kangkung?hehehe), mi goreng, nasi goreng kampung, nasi goreng cina, mi bandung muar, penang fried kway teow, bubur lambuk, kway teow beef ginger, mi hailam, ipoh kway teow soup, mi hokkien, mi goreng mamak, nasi lemak bungkus, garlic bread, ice blended...ahh banyak lagilah sampai tak ingat.
sambutan amat bagus. kjee jadi tukang masak utama. kekadang unclepali tolong masak gak. kemudian bila kjee mula sakit (2008) sebab banyak sangat berdiri, my princess sanggup amik cuti (defer) selama setahun untuk tolong kjee masak. terima kasih my dearest nadia...ketika itu pulak, dia baru jer dapat result yang cukup cemerlang. airmata kjee bercucuran melihat kesediaan dia menangguhkan pembelajarannya selama setahun untuk tolong kjee.
nadia dipanggil lecturernya. dia tanya kenapa seorang student yang cukup bagus mahu defer setahun. dia tanya adakah sebab kewangan? nadia tak boleh jawab. hanya geleng kepala dan menangis. kjee cukup faham perasaan nadia ketika itu tetapi kami tiada pilihan. meniaga sedang rancak. unclepali sekarang dah tolong kjee 100 peratus di gerai kami. kami juga ada maid indon bantu. akhirnya, tanpa menoleh ke belakang, nadia pakai apron di Dapur Kak Jee, Anjung Melawati.
nadia cukup cekap. dalam masa 3 minit siap satu order. api menjulang2 dari dapur hi power yang kami guna. kekadang terbakar sikit rambut dan kening dia. tapi dia tak pernah complain. kjee mula sakit dan tak boleh jalan tapi tetap ikut mereka ke Dapur Kak Jee. mereka bimbang kjee ditinggalkan di rumah sorang2.
setelah setahun, pada 27 Disember 2009, Dapur Kak Jee melabuhkan tirainya. desakan demi desakan daripada customer supaya kjee ubah fikiran tidak kjee hiraukan demi masa depan anak kesayangan kjee. walaupun kjee tidak punya simpanan cukup untuk meneruskan hidup tanpa menjalankan perniagaan, kjee nekad.
unclepali kembali buat bisnes printingnya. sebelum membantu kjee sepenuh masa, unclepali ada bisnes printing. dia juga designer dalam company dia. kjee mula contact member2 tanya samada mereka perlukan skrip. dan kjee pun kembalilah menjadi penulis skrip.
ada banyak hikmah rupanya nadia defer belajar selama setahun. dulu dia amik diploma in hotel management. selepas dapat diploma, dia teruskan degree dalam bidang sama. hanya sempat buat dua semester sahaja, lepas itu kjee sakit. rupa2nya setelah setahun berlalu, UniRazak tawarkan kursus baru iaitu Bachelor in Islamic banking and Finance. Nadia meloncat happy. itulah bidang yang diminatinya. kalau dia tak defer setahun, tentu sekarang ini dia masih buat degree dalam hotel management.
itulah hadiah paling besar buat nadia setelah sanggup berkorban untuk ibunya. kjee tak putus2 berdoa agar allah swt memberikan yang terbaik buat anak ini...tak dapat teruskan...sebak sangat.
kini nadia di sem ketiga. keputusan demi keputusan cemerlang mengiringinya di setiap sem. alhamdullilah amin.
rezeki kjee mencurah2 di bidang penulisan skrip. begitu juga unclepali. bisnes printing dia semakin meningkat. alhamdullilah syukur.
kjee masih mendapat panggilan telefon, sms dan juga komen2 di FB daripada customer yang rindukan masakan kjee. maaf...zaman itu sudah berlalu. tetapi kjee bangga kjee berhenti meniaga di saat nama Dapur Kak Jee, Anjung Melawati harum. sana sini orang kata sejak kjee tutup kedai makan tu, mereka sudah tidak ada tempat hendak tuju setiap pagi.
anak2 sekolah taman melawati yang menjadi pelanggan tetap Dapur Kak Jee kalau ternampak kjee selalu suruh kjee bukak kedai balik sebab ice blended unclepali 'best in the world' kata mereka.
sebab itulah kjee aktif tampal resipi kat FB. sebab kjee terlalu rindukan zaman kjee meniaga dulu. tapi mustahil rasanya kjee meniaga balik. ramai yang mintak kjee franchaise food kjee kerana semua yang kjee jual memang sesuai untuk kopitiam. mungkin tidak. hehehe
nanti kjee akan tulis rahsia untuk meniaga di gerai secara kecil2an seperti yang kjee buat dulu. kjee tahu ramai yang meniaga makanan sebab untungnya besar. tapi apakah komitment mereka terhadap selera dan citarasa pelanggan sama besarnya seperti keuntungan yang mereka perolehi?
tak kuasa nak jawab.
menarik citer kjee..bnyk pengalaman dan pengajaran yg saya dpt dari citer2 kjee ni,,,teruskan entri ke 7
ReplyDeletekak gee: wow, zam tak tahu nak cakap apa kak gee. Banyak nyer menu kak gee masak. Rugi kita tak kenal masa tu kan..kalau tak, zam pun customer fanatik kak gee..huhuhuhu...tapi nak buat macam maner, semua ada hikmah kak gee..tak apalah, u still have other talent which I think the core talent of you..script writing..alhamdulillah, kak gee pun dapat banyak offer, uncle pali bisnes ok and nadia with her outstanding results...Allah maha kaya dan mengetahui...semua dia dah tunjukkan jalan nyer...hanya ikhtiar jer kak gee...semua umat didunia ni mengharapkan yang terbaik dari nyer...apa2 pun, zam terkilan tak dapat rasa suasana masa kak gee ada gerai dulu kat taman melawati...uncle zam ada tinggal kat tmn melawati, kat phase 6
ReplyDeletebyknye lauk pauk!!!! dh terlalu byk sgt lauk tu yg sampai kjee sakit tu...
ReplyDeleteI'm fairly certain I'll need to find my thesaurus to properly describe my feelings right now. I LOVE YOU MOM!!!. You are such an AMAZING women, mother and friend. I am the luckiest person on earth to have you as my mother. I.LOVE.YOU!:)
ReplyDeleteAduyai.... Sajeeee je KJee citer pasal laksa johor... Huhuhu....
ReplyDeletekjee cerita ni megundang airmata nor yg sememangnya mudah airmata....pengorbanan anak dan ibu yg tidak ada sempadan juga sang suami sebagai tulangbelakang yang sentiasa teguh ...salute u kjee
ReplyDeleteWahhh..sedey baca cite kjee & teetelan air liur gak nie..menu sume2 melazatkan... Zai
ReplyDeleteBesarnya anugerah Tuhan kpd Nadia atas pengorbanan yg tlh dilakukan.jarang anak remaja skrg ini yg sanggup berkorban terhadap ibu bapa sejauh itu. nadia anak yg baik..bertuah kak jee..
ReplyDelete_niey muhaini
baca cerita kjee ni xboleh nak berenti!! rasa nak lagi nak lagi... dh naik ketagih la pulak ... nak tunggu next entri...hehe....zana65
ReplyDeleteAhha! This is a post which I definitely have to comment on, and leave my share of thought. I am one of the hundreds or maybe thousands who had the honour to enjoy all the heavenly food when Aunty still was in business. And being spoilt by all the delicious food such as my all time favourite Curry Mee, Kuew Tiao Basah, Nasi Goreng and of course not forgetting Uncle's Ice Blended was an absolute pleasure. I really have to thank Aunty for spoiling us with such good food and let us hang out at your shop. And while we hang out there, I've seen how Aunty dealt with all the crowd, massive crowd! And sometimes I can't help but wonder, how can Aunty deal with so many of them?
ReplyDeleteAnd to Nadia, my BFF..
You are strong girl, and you have great talents. Such Intellectual mind and an amazing friend, and wow, now I know you played such important role in helping Aunty, and being your friend, I'm really proud of you.
...and Aunty, I can't thank you enough for showering me with good food while I was so far away from home, and all the warm love and advices. You are one of the major reason, I am who I am now. Thank you Aunty. Wish you great health and love!
satts dear...I'm moved almost to tears on your comments. nadia's friends are so dear to me. you and sarah are just like my own daughters. love you all so much.
ReplyDeletenow u now why nadia does not have much time to hang out with you all when the shop was still open. am so glad you loved my food.
it's been so long since we last met. hope to see you soon.
take care and cheers.
kjee memang the best women..nadia,..adik memang anak yang baik..semoga allah berkati kehidupan adik dan terus berjaya dalm dunia dan akhirat..
ReplyDeleteDari Syamsiah
alamak..kjee terharu lah baca n3 kjee yg nie....norliza has
ReplyDeleteSalam kak jee, rindu mushroom soup kak jee yg sedap tu n juga laksa johornya, saya selalu makan kat gerai kak jee dengan kenkawan
ReplyDeleteterkasima sebentar membaca cerita hebat k Jee..sedupun ada..betapa gigihnya kJee dan keluarga mengharungi liku2 hidup....anyway tahniah..kerana berkat kesabaran, kegigihan dan keberkatan Allah..maka berdirilah Kjee seperti hari ini...teringin pulak nak merasai laksa johor kjee...bila dgr komen2 kata laksa Johor kJee sedap...
ReplyDeletetak tahu knp air mata tiba2 mengalir bila baca entry ni..sedih dgn pengorbanan sorang anak,ibu & ayah..sy ambil sbg pengajaran dlm teruskan hidup sbg anak,ibu & sorang isteri..thks k.jee..sharelah lg cerita2 yg menarik dlm hidup k.jee.maybe bg k.jee ia hanya 1 coretan tp bg kami yg m'baca penuh dgn 1000 pengajaran..
ReplyDeletesalam kakjee...tak sangka plak kuar citer pasal dapur kakjee...buat orang terliur je ngn laksa johor + Ipoh Kuew Toew Sup...
ReplyDeleteKalau saya tau masa tu Nadia defer sebab nak jaga kakjee...tentu saya offer kan diri belajar masak ngn kakjee...
Sekrg tentu saya yg jd tokeh kat situ...
So, nak mintak izin awal2...kalau takdirnya saya buka kedai makan (entah tahun bila..), resepi kakjee saya masukkan dalam menu saya yer....
Masih merindukan nasi goreng kampung Kak Jee dan budak SKTM2 ni asyik teringat ice blended tu .. Semoga Kak Jee sihat dan gembira selalu
ReplyDelete