Thursday, January 27, 2011

7. kenangan cukup indah di RTM




salam. pagi tadi kjee jejak kaki (jejak kaki? naik kerusi rodalah) di Angkasapuri setelah sekian lama. masa duduk di lobi Wisma TV, yang kini sejuk macam duduk dalam cold room, terkenang kembali semua yang berlaku di sini hampir tiga abad yang lalu.

masa tu kjee masih muda remaja. dapat peluang kerja dalam bangunan tersergam indah di bukit putra ni. kerdilnya kjee masa tu. di sinilah lahir nama2 hebat di bidang penyiaran seperti ahmad merican, dol ramli, ooi eow jin, helan abu, siti hawa zain, siti hawa majid...sekadar menyebut beberapa nama.

kjee intai2 dari jauh bilik berita tv dulu yang kini sudah dijadikan perpustakaan. besar notis pelawat tidak dibenarkan melintasi ruang ini. dulu di ruang itulah aku terkedek kedek, terlari lari buat kerja. kemudian bila dah besar sikit jadi pelakon pun, kat situ jugaklah aku ulang alik.

sedih...sedih ya amat sangat. nasib baiklah tadi kjee kena pergi meeting. kalau lama tunggu situ, boleh berjurai2 airmata.

kantin yang dulu luas boleh pandang ke jalan Federal Highway sekarang sudah jadi bilik berita tv yang baru. agaknya macam mana rupanya suasana dalam bilik berita tv sekarang.

sorang pun hamba allah yang lalu lalang kat situ, tak pun kjee kenal. tiga abad berlalu. people come and go. yang dah jadi arwah pun ramai.

kalau boleh diputarkan kembali masa, nak rasanya kjee jejak balik zaman tu. zaman kjee masuk kerja pukul 2 tengah hari dan balik lepas berita akhir. kene usik dengan Tom dengan zainal bujal, kak zaharah, encik mohd noor dan ramai lagi. kalau bapak bagi can bawak kereta, lepas kerja baliklah sendiri. kalau tidak kene tunggu transport opis antar balik. selalulnya kjee dihantar pulang last sekali sebab tinggal jauh di PJ SS2.

Masa naik lif ke tingkat satu untuk pergi meeting tadi, kjee teringat macam mana satu malam kjee sorang2 nak ke surau. tingkat berapa tak ingat. lif tu naik tetiba berhenti di satu tingkat. kjee punyalah takut. memang ada orang kata bangunan tu 'ada penunggu'. maka kjee berlarilah keluar lif dan terus turun tangga. tercungap2 sampai ke bilik berita.

hehehe bayangkan betapa takutnya kjee. tapi masa tu badan masih 'ringan'. lari pun senang. cuba sekarang. mahu terus sakit jantung dan gol.

apapun, kjee bangga tempat kerja pertama kjee ini sudah banyak sangat berubah. cantik dan gah sekali berbanding dengan 3 abad yang lalu. tua nya kjee sekarang.

dulu kjee masuk ke angkasapuri tak payah nak tinggalkan ic atau kalau ada pas tertinggal kat umah pun tak kisah. buat baik jer dengan pak guard, mesti lepas. pernah fikiran nakal masa tu terfikir, kalau aku bawa masuk bom pun orang tak tahu.

tapi sekarang bukan sahaja nak melepasi pos guard tu susah, nak cari parking tu yarabbi maut! dulu ada dua bangunan jer iaitu Wisma TV dan Wisma Radio. sekarang siap ada surau (mesjid?) dan ntah apa2 bangunan di sekeliling angkasapuri.

apapun, kjee bangga pernah menjadi warga kerja RTM tiga abad yang lepas. walaupun hanya 14 bulan tetapi kasih dan sayang kjee kepada RTM masih membara.

8 comments:

  1. saya suka dpt berjmper ngan kjee ari ni...tapi x leh nak smbg byk2 coz saya kena jlnkan tugas....kenangan yg indah buat saya....rasa cam dlm mimpi plak...slalu berjumpe dlm alam maya jer...love u

    ReplyDelete
  2. hi betty. kjee pun faham. tapi skrg dah tengok muka, senanglah nk bersembang di FB. tadi terlupa nak amik gambar dengan awak. sorry yer.

    ReplyDelete
  3. W'salam kak gee..wow! Kak gee punyer explanation tentang gambaran RTM dulu dengan sekarang memang macam TIME TRAXX kan...yer lah, tempat jatuh lagi terkenang, ini kan tempat kita bekerja...sedih jugak kalau hendak difikirkan sebab masa berlalu begitu pantas sekarang ni...people come and go..yess..that's right..memang betul kata kak gee..but we need to know CHANGE IS INEVITABLE ...kannn..apa2pun, itu semua memori manis yang tidak pernah luput dari fikiran kita. Same goes with me..tempat kerja lama zam pun dah banyak berubah. Masa merubah segala nya..anyway, sedih plak bila terkenang the way kak gee elaborate the environment of the old days (good old days) and the current one....anyway, life must goes on kak gee....

    ReplyDelete
  4. betul la....ruginyer...tapi x per lain kali jer..(insyaallah)tuk pengetahuan kjee kalau kat RTM ni mmg ssh nak cr parking...staff RTM pon kena raound 2 3 kali br dpt parking...sbbnyer de bangunan br naik kat blakang wisma TV ni...asalnyer tmpt tu parking kereta....

    ReplyDelete
  5. oh ya ker betty. lain kali ke sana, kita amik gambar sama2 2yer. hehehe

    ReplyDelete
  6. betul zam. tempat jatuh lagi kan dikenang. inilah tempat di mana hati kita pernah jatuh kan. hehehe

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kjee. Ingat tak, kita berjumpa pagi tadi dalam mesyuarat. Seronak dapat berjumpa dan berbual dgn kjee. Peramah orangnya...betul kata kjee RTM sekarang dah banyak berubah. Agar kita akan selalu berjumpa di RTM...

    ReplyDelete
  8. ya elly. kjee rasa selesa sangat ngan kawan2 baru. insya allah kita akan selalu jumpa.

    ReplyDelete