Tuesday, February 1, 2011

29. aku, kit dan ramlah ram

ramlah ram...kjee selalu konfius bila nak panggil dia. kalau artis lain misalnya kalau nama dia fauziah, kita panggil jee atau ogy. ramlah ni kalau nak panggil dia ram tak boleh sebab nama bapak dia ram. akhirnya kita orang terpaksa panggil dia melah. nama dara pingitan kampung gitu. tapi kjee ingat lagi, azwan ali panggil dia ramlah geram. jahat ko azwan!

ramlah ni masa mula2 jadi penyanyi, gonjeng habis dengan rambut panjang mengurai dia. tetiba kat depan pulak ada fringe. tapi tengok dia sekarang fuyooo dasyat giler. buat makeover muka ke dik. ooppps.

















apapun, ramlah yang jee kenal memang lurus. lurus bendul habis. maklumlah, habis sekolah jer, baru kerja sekejap, tetiba dapat rezeki besar jadi artis. sapa tak terkejut beb.

kjee kenal dia masa bintang rtm jugak. isyhh tak serik2lah aku dengan budak2 bintang rtm ni. masa tu, kawan baik kjee nama Kit. dia ni PRO syarikat WEA. sekarang dah jadi warner muzik tapi Kit tak taulah buat keje apa sekarang. dengar dia buat event management.

masa bintang rtm di mana si melah ni masuk final, kjee pun cam biasalah menyibuk kat rtm cari bahan. sehari sebelum itu, kjee pergi masa raptai penuh sebelah pagi dengan Kit. seronoknya pergi dengan Kit ni ialah dia ada lesen agung. boleh masuk sampai belakang pentas. dia guna tiket kononnya dia PRO, nak jaga artis dia. lagipun, sebagai PRO, ramai setaf rtm kenal rapat dengan dia.

kjee pun ikutlah Kit sampai belakang pentas. sorang pun yang masuk akhir tu kjee tak kenal. yalah masa tu belum ada nama lagi kan. kjee nampaklah budak kampung ni (sorry ramlah. dah awak duk kampung kan. takkan nak kata budak bandar kot). baju dia memang gonjeng sangat. fesyen apa tak kjee tak ingat. kesian gak tengok tapi nak buat camner.

lepas menyibuk kat belakang, kjee dan Kit pun ke depan. nak duduk tengok raptai. masa tu menteri Dato Shariff Ahmad pun ada (eh tak perasan lak dia menteri ke timbalan menteri. ah hentam je lah). sorang2 naik dan menyanyi. ini bukan final tapi raptai penuh so dia orang kena pakai baju yang harus dipakai esok malamnya bila final.

habis jer ramlah nyanyi, dato shariff bangun dan menjerit. "hoi...gonjengnya baju kau!! tak der baju lain ker?" kjee nampak si melah cam mengeletar je. kemudian salah seorang petugas dipanggil jumpa menteri. ntah bisik apa, kjee tak tahu. oklah. kjee dan kit senyum jer.


kit kat belakang. masa ni kit pro EMI. kjee menang karaoke tiru suara ella. hehehe

esoknya, malam final. kjee dan kit cam biasalah menyibuk. kjee tengok2lah sapa yang kjee boleh interview. kemudian kjee nampak budak melah ni. dia pakai baju maxi lace warna oren. pinjam penerbit rtm punya. kit pergi jumpa dia. cakap baju tu cantik. ntah ikhlas ke tidak, tak tahu lah kjee si kit ni. melah malu2. si kit ni pulak pandang muka melah. mekap dia yarabbi teruk. kit tarik tangan dia dan kenyit mata kat kjee. melah angkut beg dia dan kami menyorok satu sudut.

kau orang tahu si kit buat apa? dia amik tisu dan padam mekap muka si melah. kemudian kit cari mekap. terlari dia ke sana ke mari mencari mekap. jumpalah sikit. kemudian dia mula conteng muka melah. kjee pun tolong samalah, macam ler pandai sangat. si melah diam jer. mungkin takut dan malu. maklumlah bukannya kenal kami pun.

jeng jeng jeng...korang tahu tak apa terjadi lepas tu? ntah mangkuk mana dah report pada ketua jurumekap rtm. nama dia ramalingham (skrg dah mendiang). rama ni kjee kenal baik sebab kjee kan dah berlakon drama rtm. selalu gak dia mekapkan kjee.

ramalingham datang kepada kami dan menjerit dengan suara dia yang nyaring tu. "hoi!!! who are you? whatta you doing?" kjee cuba sengih sebab ingatkan kalau dia kenal kjee, adalah can sikit. tapi rama ni memang strict giler. dia tak bagi can!! dia terus tarik tangan si melah dan hantar ke bilik mekap yang dikhaskan belakang pentas.

kjee dan kit ketakutan. tapi kami tak lari. kami tunggu kat situ nak tengok apa terjadi lepas tu. kami dah tak tau nak buat apa. kejap lagi si melah keluar. dia menangis terisak2. dia dah dimekapkan semula.

"kak, abang.. melah tak nak nyanyi. melah nak balik," katanya dalam sendu tangis. kit dan kjee panik. mulalah rasa bersalah yang amat2. kesian betul budak ni. dalam hati kjee...mampus aku kali ni. disebabkan aku dan kit, budak ni jadi mangsa.

kit dan kjee pujuklah bagai nak rak. kami kata, jangan mengaku kalah sebelum bertanding. lama jugaklah kjee pujuk. mula2 dia berkeras tapi akhirnya dia cair apabila kjee kata keluarga dan orang kampung dia dah menaruh harapan besar anak kampung dia orang boleh jadi juara.

akhirnya dia berhenti menangis. kami pun pergi ke dalam dewan sebab pertandingan dah nak mula. malam itu, melah jadi juara. kjee dan kit berpelukan dan menangis. hiba sangat.

lepas tu kami dah tak jumpa melah. kalau jumpa pun, melah hanya senyum jer. maklumlah dia dah artis top masa tu. kjee dan kit tak harapkan sebarang balasan. itulah sumbangan kami yang kecik sangat buat melah.

melah jadi penyanyi terkenal. lagu dia sedap2. kemudian bila kjee jadi juri muzik muzik (juara lagu), melah pun masuk pertandingan dengan lagu kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. masa tu melah dah glamour sikit. guna image consultant lagi. masa tu norma norell. oklah cam tu.

apabila melah muncul di pentas nak bawak lagu tu, semua terkejut sebab baju dia siap ada lampu lip lap lagi di bahagian dada bentuk hati dan kunci. malangnya, masa part dia sepatut tekan swis pada baju dia supaya lampu menyala, tetiba bateri rosak kot. lampu tak menyala.

walaupun kjee juri tapi kjee masih wartawan. esoknya kjee tulislah dalam ruangan hiburan yang baju ramlah macam untuk konsert tadika. siap ada lampu lip lap!!! wah norma norell mengamuk dan telefon editor kjee. yalah cam ner tak mengamuk. dia image consultan lulusan luar negara. siapa fauziah samad nak kritik kan...hmmm ader aku kesah?

sekarang si budak melah ni dah glamour sangat. tapi apapun, kjee tetap suka imej budak kampung dia dulu. tak yahlah buat makeover lagi dik melah oi. cukuplah tu.

20 comments:

  1. HAHAHAHA dasyat lah kakjee.... rupanya memang dia dekat2 nak bail out..... mujurlah kakjee pujuk....Alhamdulillah..... Saya masa ni kecik sangat tapi ingat lagi cerita pasal kegonjengan Ramlah Ram masa mula-mula dulu.....memang pernah nampak gambar lamanya dalam majalah artikel pasal kak norma norell kita tu..... ALhamdulillah sampai sekarang Ramlah Ram maintain tak gonjeng dan yang paling penting....Suara nya masih power dan sedap bila mendendangkan lagu..... :)

    -Amin Zaid Zulkifli-

    ReplyDelete
  2. u masih kecik ker amin? yalah zaman father u kan. salam pada dia yer.

    ReplyDelete
  3. sempoi kjee,,,norasmah

    ReplyDelete
  4. Salam kak jee,
    Teringat masa zaman sekolah menengah dulu tgk juara lagu ni..

    Nash dari kota singa.

    ReplyDelete
  5. jangan lah ada yang kecik hati kjee kata melah ni budak kampung. kjee pun budak kampung gak...kampung baru, kuala lumpur. 90% artis yang da semuanya asal kampung. yang brjayanya selalu asal kampung. yang kl tak der apa pun nak dibanggakan.

    ReplyDelete
  6. Apa apa pun, kak ramlah mempunyai trademark tersendiri kan kak gee..zam suka sangat dia..masa dia menang lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu, zam form 2..hehehehhe..

    ReplyDelete
  7. Ada sorang geng antik di FB, goreng telur bentuk chenta, dia panggil telur ramlah ram..puas gak fikir, baru teringat kak melah pakai baju yg ada bentuk chenta besau masa AJL dulu2....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam, Kjee.
    Sorry la but had to remove what had been written earlier... Ku terpaksa kunci kata-kataku di dalam.....
    Tapi masa tu memang hangat la lepas Kjee komen pasal baju lip-lap dia tu... Kita ingat sebab kita ikuti. Masa tu minat sangat dengan Ramlah Ram ni. Muka dia naive ala budak-budak tuut.. aka lurus gitu.
    Tapi lepas dia tukar image consultant dia, rupa dia berubah and nampak glamour. Baru nampak ada kelaaas.

    ReplyDelete
  10. CMG: awak ciptalah menu melah geram kahkahkah.
    eh melah ni baik sangat korang tau. lurus sangat. hmmm cian nasib baik. tapi nak buat camner...bab lurus tu, budak ni memang tak ubah2 dari dulu tapi bab makeover tu yang kjee tak leh tahan hehehe ntah siapa mangkuk yang ajaor dia. kjee rasa kjee tahu. teman2 artis seangkatan dialah tu kot. teka sapa? kahkahkah

    ReplyDelete
  11. nin: dia dari mengsa keadaan right from the start. tapi kjee harap life dia lepas ni berubah. hope she find someone yang sayang dia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  12. kau kunci cinta ku dalam hati mu yang takde bateri.....hihihihi

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kjee: sy masih ingat lagi baju yang RR pakai dlm final bintang rtm tu, baju lace kaler oren, kalau x silap tahun 1984 atau 1985 kan, sy form 4 or form 5 masa tu, dia bawak lagu Hetty Koes Endang, dulu dia cekeding je orgnye ya tp sy dari dulu mmg suka dgn suara RR ni..tp in terms of fashion dia masa tu mmg fail le...skrg ni dah ok sket...hopefully mcm tu la smp bila2...

    ReplyDelete
  14. rasanye kak ramlah ni hunble orangnye..suara dia unik dan takde duanye...mcm jamal/fran/k.pah gak...

    ReplyDelete
  15. Kesian kat dia kan.. Tu la, dalam dunia ni tak boleh percaya kat orang seratus peratus juga. Kena minta pandangan orang lain juga and fikir apa yang terbaik untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  16. Aku suka Ramlah ram ni sbb semua jenis lagu dia boleh nyanyi, keroncong boleh, asli boleh dangdut boleh eh semua jenislah dia boleh.

    ReplyDelete
  17. kak melah ni ... walaupun imej dia dolu2 agak ke KG an.... tapi suaranye tetap power...

    ReplyDelete
  18. KakJee bestnyer baca catatan awak . Ianya mengembali kan nostalgia lama waktu budak sekolah masa tu,saya dalam ting.1 atau 2 ..ingat lagi ramlah keluar rtm dengan baju lip lap dan buat kedua kali si Milah Af pakai baju tu. Suara dia memang power sampai sekarang.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih Aunt Jee sbb kongsi, best betul ur experience....Syed Putra.

    ReplyDelete