terima kasih Dato Seri Najib - jasamu pasti mereka kenang, insya allah |
mokcik ni memang gembeng (orang jawa kata senang melalak). kucing demam pun mokcik boleh mengalirkan airmata. so dalam kes adik adik semua, mokcik cukup terharu bila adik2 tidak terperangkap dalam rusuhan dalam negara yang sedang bergolak itu.
anak2 yang kini sudah bersama keluarga masing2 di malaysia |
mokcik pasang telinga dengar radio, tengok tv dan surf net nak tau yang latest pasal adik2 semua. mokcik jadi tererlah IT. pandai surf net sekarang.
alhamdullilah perdana menteri yang mokcik dan semua rakyat malaysia kasihi iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah kotakan janjinya. He walked his talk!!! bukan main main punya. mokcik rasa kos evakuasi adik adik semua pasti menelan belanja hampir berjuta ringgit. tapi ada PM kita tu berkira? malah mokcik bangga apabila menteri di jabatan perdana menteri, Dato Jamil Khir kata, PM arahkan bawak semua balik. jangan tinggalkan seorang pun.
walaupun ada yang enggan pulang atas sebab2 tertentu, tak mengapalah. dato azeez merican, yang juga salah satu tulang belakang misi evakuasi itu kata, ada bertan tan makanan, ubat ubatan dan barang keperluan lain di simpan di kedutaan malaysia di sana. ada orang jaga. so kalau terdesak, pergilah jer lah ambil.
balik sini, buatlah solat syukur ke hadrat allah swt. syukur kerana ramai yang perihatin terhadap keselamatan adik adik semua. hampir semua mesjid dan surau di malaysia turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan adik adik. begitu juga kami dan juga mokcik yang langsung tidak mengenali adik adik. yang penting, kita rakyat malaysia. yang lahir dan dibesarkan di bumi bertuah ini.
helme hanafi (kanan) wartawan agenda daily yang turut ke mesir |
SELAMAT PULANG. WELCOME HOME TO YOUR LOVED ONES...HOME WHERE WE ALL BELONG!!!
hujan emas d negeri orang.....baik lagi hujan batu d tempat kita yang sentiasa aman dan d pelihara allah walaupun berbilang kaum....norasmah
ReplyDeletealhamdulillah dah selamat kembali dah anak2 M'sia...
ReplyDeleteTerima kasih pada kerajaan M'sia ... terutamanyer kpd Dato Sri Najib dan isteri....
terima kasih kerajaan malaysia. terima kasih kepada semua...tabung haji, mas, air asia, media cetak dan elektronik, bloggers, dato azeez merican dan putera umno dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam ops piramid. ada pelajar kata petugas bersengkang mata 24 jam dalam misi membawa balik pelajar2 malaysia ini. dan yang terbaru tadi menteri pengajian tinggi kata akan usahakan agar pelajar2 yang sepatutnya ambil exam pada 12 feb ini, dibenarkan mengambilnya di malaysia. teruskan doa kita semua agar usaha itu dipermudahkan allah swt.
ReplyDeletebetul tu kak jee.... semua agensi kerajaan mahupun agensi swasta memainkan peranan yg positif dalam dlm proses membawa balik pelajar dan rakyat malaysia yang terperangkap di sana... terutama PM kita yg begitu tegas dan prihatin serta mengambil berat terhadap rakyat..... ini baru cakap serupa bikin ( rakyat didahulukan ) syabas kepade PM kita... dengan ini kita sebagai rakyat malaysia sama sama lah kita berdoa agar semua semuanya selamat dan diharapkan pergolakan ini kembali pulih sediakala... amin...
ReplyDelete