Thursday, February 10, 2011

59.kenapa kjee makan sikit pun tak kurus?

Add caption

kjee pasti ramai yang tak suka dan mungkin gerun tengok entry kjee kali ini. kjee pun menyampah. kalau ternampak, buka sebelah mata jer, jeling.

tapi ini realiti. hari hari kita main hentam jer makan macam2. hah hari ni kjee nak bagitau korang semua yang jadi makanan ruji kita setiap hari, boleh membunuh kita!

yang ni ntah berapa ribu kalori
bayangkanlah...kjee ingat nak diet. tak nak makan nasi tapi kjee makan 1 pinggan mi rebus masa lunch. malam kjee pulun lak murtabak kambing. pastu tepuk bahu sendiri..yehhh aku pandai. hari ini aku dah diet tak makan nasi! tapi esok lusa, naik timbang kenapa berat tak turun2. badan semakin hari semakin kembang!

yg ni melayu punya kalau mamak punya lagi maut!
kalau korang jatuh dalam kategori (kau tengoklah tu...masa kjee jadi wartawan, editor kjee kata kjee menulis BM terlalu keinggerisan. sebab kjee selalu fikir dalam bahasa inggeris pastu translate ke BM. 'jatuh dalam kategoi kjee terjemah  'fall in the sama category'!..sepatutnya, tergolong dalam golonganlah.)...oklah tergolong dalam golongan seperti kjee, korang perhatikanlah senarai dibawah.

I like mi rebus!!
sehari suntuk tau kjee menaip senarai tu yang kjee tiru dari buku kat atas tu. selepas lihat senarai ini, korang mesti terduduk punya macam kjee nilah. patutlah aku tak kurus, patutlah itu patutlah ini.. semua bermain dalam fikiran korang kan. yang sepatutnya ialah, korang memilih makanan secara berhemah. korang jangan jadi cam kjee. tak makan nasi langsung tapi cekik semua yang lalu depan mata. 

kjee guna buku ini sebagai panduan. mula2 seram jugak sebab tak tahu selama ini apa yang kjee makan salah belaka! kjee suka makan mi rebus mamak, pizza, spaghetti bolognese, fried kway teow..dll. semuanya mengandungi kalori yg beribu. jadi, awas.



cuba dapatkan buku ini. kjee mendapatnya dari hospital putrajaya.

tak taulah samada boleh beli kat kedai. bukunya kecik jer sebesar tapak tangan dan boleh simpan dalam kocek atau beg tangan. Ia dicetak oleh Abbot 1-800-88-8336. kalau call no ni agaknya boleh dapat percuma. ok kita tengok apa yang disenaraikan.

jangan korang pengsan lak lepas baca. kalau pengsan susah lak nak kurus. hehehe







  nasi ( 1 mangkuk kecik - mangkuk sup cina) = 207 kalories
roti canai kosong = ½ mangkuk kecik dhal = 359 kal
roti telor = dhal = 414 kal
sandwich sardin 1 keping = 71 kal
capati dan dhal = 166 kal
karipap ( 2 biji) = 256 kal
murtabak kambing = 722 kal (atau persamaan dgn 3½ mangkuk nasi)
roti putih (1 keping) = 75 kal
mi goreng mamak = 660 kal (3 mangkuk nasi)
mi rebus mamak/melayu = 556 kal
mi goreng = 510 kal
mi kari = 589 kal
nasi lemak biasa (sambal, telor, bilis) = 644 kal
laksa penang = 436 kal
mi sup = 381 kal
kway teow goreng kerang = 734 kal
butter/marjerin/mayonaise (1 sudu kecik) = 45 kal
kaya (1 sudu kecik) = 39 kal
buah2an (apple/tembikai/betik/pisang/durian - dri sepotong hingga dua ulas) = antara 31 hingga 67 kal
oatmeal ngan susu = 356 kal
telor rebus (keras) 1 biji = 76 kal
cucur udang ( 1 keping) = 144 kal
vadai (1 keping) = 194
char kway  atau chakoi (1)  = 292
doughnut (1) = 268
goreng pisang (1) = 129
apam balik ( 1 potong) = 282
popia basah (1) = 91
nasi briani kambing = 587
nasi minyak + rendang = 664
bubur ayam = 348
ikan kembong goreng (1 ekor) = 219
ikan bawal/siakap kukus = 65
sotong deep fried (1 pinggan kecik) = 630
satay ayam (10 cucuk) = 365
kuah satay (½ mangkuk) = 129
kari kambing ( 2 keping kecik) = 287
rendang ( 2 keping kecik) = 288
sayur lemak ( 1 pinggan kecik) = 140
soup berkerim ( a mangkuk kecik) = 375
sup sayur (dengan daging/udang) = 200
telor goreng (1 biji) = 128
burger (1 biji regular) 317
cheese burger ( 1 biji) = 341
burger extra beef = 438
hot dog = 225
apple pie = 260
sundae choclate = 380
pizza (beef/pepperoni) (1 slice) = 155
pizza (beef/chicken/onion) (1 slice) = 242
pizza (chicken/pineapple) = 268
spaghetti+meat sauce+cheese ( 1 pinggan kecik) = 444
ayam goreng ( 1 potong) = 290
kepak ayam goreng = 166
drumstick ayam = 320
mashed potato ( 1 mangkuk regular) = 87
coleslaw ( 1 mangkuk kecik) = 62
french fries ( 1 mangkuk kecik) = 290
sandwich ayam + salad = 481
pasembor ( 1 pinggan) = 752
cendol ( 1 mangkuk) = 199
low fat yoghurt ( 1 cup 150g) = 100
ice cream (2 scoops) = 305
chinese tea = 0
air buah (bergula) (1 gelas) = 120
air kelapa ( 1 biji) = 110
sirap bandung = 150
milo = 133
kopi O/teh O (1 sudu kecik gula) = 20
teh tarik  (1gelas) 83
nasi ayam = 600
nasi goreng = 637
claypot chicken rice = 898
rojak buah = 443

hah seram tak tengok senarai kalori yg kita telan setiap hari? kjee tak tahu berapa kalori yg badan anda perlu. kena pergi doktor dan tanya. kalau pandai congak sendiri. kjee hanya perlu 1300 hingga 1500 kalori sehari. mereka yg aktif perlu lebih banyak. maybe ada antara anda yg tahu cara mengira kalori. sila bantu mereka yg tak tahu.

11 comments:

  1. betul kak jee. Kadang2 kita rasa kita x mkn nasi kita boleh kurus, tp sebenarnya salah. Perkara mcm ni pernah terjadi dlm hidup saya beberapa thn lepas. Kononnya x mkn nasi tp makanan yg lain habis telan ikut sedap je. Skrg saya lebih berhati2 dlm memilih makanan. Nasi saya makan jugak setiap hr, tetapi dlm jumlah yg kecil. Klau x mkn nasi, x de tenaga pulak nk buat keja. Cuma,apa yg saya nampak rupa2nya garam merupakan satu benda yg kita x nampak yg memberikan kesan buruk pd tubuh badan kita. Saya pun cuba kurangkan garam dlm setiap makanan yg saya masak...ternyata itu lebih memberi kesan dn dapat mengurangkan berat badan dgn cepat. Apa2 pun semua org x sama....ada yg makan nasi tp x gemuk, ada yg x mkn nasi tp gemuk juga kan. Termasuklah saya. Jd saya pilih utk mkn nasi tp dlm jumlah yg sedikit dn kurangkan garam dlm makanan. Rasa badan lebih sihat, ringan...tp x de lah kurus sgt.....sesuai lah dgn umur. Nnti kurus sgt nampak mcm jerangkung pulak. Sesekali jer mkn kat luar, sbb makanan kat luar ni mmg semuanya mempunyai nilai kalori yg sangat tinggi.

    ReplyDelete
  2. Yoooo, Kjee,
    Ni saja nak threaten orang ni (bisik kat telinga: apa dengki ke?). Camni, tak enjoy la makan. Tapi betulla, kjee, kalau tak berhati2 boleh mauut... Thanks for the warning... Sama-samalah kita berusaha berhealthy diet for a healthy living.. Pssst... Bukan Kjee sorang je yang menulis cam tu, kita pun selalu jatuh dlm kategory itu..

    ReplyDelete
  3. betullah kjee..selalu org elak makan nasi tapi...gedebum jugak..info yg kjee beri memang amat membantu..tapi masalahnya kita nih selalu berpantang...HUH!!PANTANG JUMPA MAKANAN..slurpppp...beres...

    ReplyDelete
  4. semua nya kalori tinggi...walah kopi/teh 0 pun ada kalori ...maka hari ni kita puasa nanti petang buka..makan bertambah lagi kalori... tak makan lapo lak ...tengok senarai rasa tak mau dah melantak tapi tengok benda tu tergoda gak...so jawap le sendiri..norasmah

    ReplyDelete
  5. hari2 nk minum teh cina je la.. hahaha... last2 tenaga nk kwjw pon xde kan kjee... hehehe

    ReplyDelete
  6. aku pun macamtu ingat makan nasi sikit oklah boleh kurus. tapi benda lain aku bedal semacam je, sekarang dah faham. baru balik daari Banting internet aku gila, aku dah ada netbook pun takleh komen blog kau,apalagi hangin satu badan terus ajak sb pergi TM net komplain. Niat dihati nak tukar UNIFI kau tau apa TM ckap tahun 2012 atau 2013 baru ada unifi kat TPG, esok orang lain dah ada yang aku baru ada unifi. adoi dah nasib badan.

    ReplyDelete
  7. diaet atkin nyer menu..sesapa nk cube..sela le..hihihi

    Boleh Makan:

    1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

    2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

    3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

    4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

    5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..

    6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..

    7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..

    8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu


    10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


    Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
    AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

    Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu



    Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

    Contoh sarapan / Breakfast
    1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
    2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
    3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
    4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

    Makan Tengahari / Malam
    1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
    2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
    3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
    4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
    5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


    Carb = Karbohidrat
    Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

    Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


    InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh!

    ReplyDelete
  8. ayoyo.... itu mcm ka... saya suka mkn mee kari!!!! huhuhu tingginye kalori ..mmg betul kak jee cakap boleh pengsan tgk semua kalori tu.. thanks kak jee sbb share info ni..boleh bt rujukan utk pilih makanan...TERIMA KASIH BANYAK2!!!

    ReplyDelete
  9. canno nih? bagai terkeluar biji mata ni baca berbakul2 kalori kat atas tuhh, he,he,he! hujung 2009 saya buat check-up tahap cholesterol saya dah mula nak nampak 'bahaya', lepas tu saya beringat2 juga. tapi kita ni kan duk msia....heaven for food....you name it, baru lunch tadi saya makan mee goreng mamakkss dengan lazatnya dan tidak rasa bersalahh!! tq kjee...camanapun dah nak masuk umur setengah abad ni kena selalu beringat2 dan diingatkan....good job. zumaira

    ReplyDelete
  10. blog ni membantu byk maklumat2 bagus utk tahu ttg kalori, kurus atau menambah berat: sususejat.com. Semua tu boleh makan, tp perlu di kawal, sesekali makan OK, byk kali makan KO dan perlu excercise utk buang semula kalori berlebihan.

    ReplyDelete