popeye kuat sebab suka makan sayur bayam |
ramai kanak2 suka makan carrot sebab warnya |
kjee dan nadia pulak pelik. kalau tak der sayur, kami memang tak selera makan. tapi sejak kahwin dengan unclepali yang tak berapa minat sayur, minat kami juga semakin berkurangan. rupa2nya kalau kita seringkali didedahkan kepada sesuatu makanan, secara tidak sengaja minat kita akan secara otomatik pergi ke arah situ.
sejak kecik kjee memang minat makan sayur. arwah mak pulak kalau masak, sayur menjadi satu menu kemestian. kerana itulah, apabila kjee banyak makan sayur maka anak2 kjee pun ikut sama. nadia kata ramai budak2 sekarang tak makan sayur sebab salah ibu mereka. ibu mereka tak rajin sediakan menu sayur yang sedap2. kalau sedap cara memasaknya, anak2 pasti gemar memakannya.
kjee pun bacalah satu artikel dalam internet mengapa kanak2 tidak suka makan sayur. rupa2nya ini isu global bukan isu malaysia sahaja. menurut artikel itu, ada dua jenis 'genes' iaitu yang pahit dengan yang manis dalam deria rasa kita. kalau nasib tak baik, kedua2 genes itu genes pahit. jadi apabila kanak2 tadi merasa makanan pahit, terus hilang selera untuk menjamahnya. macam tu ker?
brokoli dikatakan boleh bunuh kuman yang menyebabkan kanser |
menurut artikel itu lagi, kalau kita biasakan anak makan sayur2 yang tidak pahit, lama kelamaan genes pahit mereka akan beransur2 hilang. dan minat mereka akan berubah apabila dihidangkan dengan sayur2 yang selama ini tidak disukai mereka. wallahualam.
kjee setuju dengan nadia yang ramai ibu2 tidak tahu cara mempelbagaikan cara memasak sayur. janganlah kata kjee ni pandai2 saja membuat andaian. kalau saban hari anak kita disogokkan dengan makanan yang sama misalnya, ayam goreng biasa yang bubuh kunyit dengan garam sahaja, satu hari nanti mereka turut bosan. kemudian apabila korang goreng ayam bersalut tepung macam KFC, pasti mereka seronok.
begitulah jugak yang boleh dilakukan dengan sayur2an. bayam adalah antara sayur yang cukup tinggi khasiatnya. kalau tidak pasti ia tidak akan membuat popeye the sailor, kuat setelah menelan satu tin spinach. spinach adalah bayam. anak2 kita pasti pernah menonton kartun popeye. mereka mesti kagum dengan popeye yang tiba2 menjadi kuat setelah memakan spinach.
sawi putih sedap masak lemak putih |
jadi, disinilah ibu2 boleh memainkan peranan mereka. kjee buat seperti itu kepada nadia ketika dia masih kecil iaitu dalam lingkungan 3 tahun. wah bukan main happy dia. selepas makan sayur bayam yang kjee masak air atau masak bening kata orang jawa, terus dia capai penyapu dan sapu rumah. dia kata dia sekarang dah kuat sebab makan spinach.
sayur2an hijau atau leafy vegetables sebenarnya mengandungi banyak khasiat. sebab itulah doktor menasihati ibu2 mengandung supaya banyak makan sayur hijau. tetapi kalau hendak melayan kerenah anak2 yang tidak begitu gemar sayur hijau, campur2kanlah dengan sayur2an lain yang ada warna.
ada banyak cara sebenarnya untuk masak sayur. kita harus kreatif. anak2 kekadang kena juga pandai kita 'tipu'. kalau dia suka makan daging maka kita masak lauk daging masak kicap bubuh brokoli atau cauliflower. kemudian buatlah sayur campur bubuh carrot, kacang buncis ataupun jagung. kanak2 suka makanan yang berwarna warni.
pokoknya, kitalah yang memainkan peranan semaikan minat mereka hendak makan sayur. kalau kita ada penyakit M je memanjang, janganlah salahkan anak2 apabila mereka tidak minat makan sayur. dan kerana kita yang malas, anak2 tak suka makan sayur dan ini akan seterusnya menjangkit. anak2 mereka kelak juga tidak suka makan sayur. selalunya, tabiat pemakanan anak2 bermula dari ibu2 sendiri.
amalkan dari sekarang. berilah anak2 anda makanan yang sihat dan segar. janganlah terlalu dedahkan mereka kepada makanan segera seperti sosej, burger ataupun nugget. cara pemakanan yang sihat sekarang akan menjadikan mereka insan yang sihat di masa akan datang.
ini bukan promo. kjee tidak diupah oleh pekebun sayur kat cameron highlands tau untuk tulis entry ini! cuma timbul kesedaran apabila melihat cara pemakanan anak2 sekarang.
Salam kenal K.Jee
ReplyDeleteBetul tu k.Jee..budak2 skrg tak suka sayur termasuk anak2 saya. selalu ckp dgn anak2 khasiat mkn sayur tp tak tetap tak nak. kalau jumpa sayur dlm mee ke nasi ke ..kutip buang. sy pulak penggemar sayur...mkn nasi harus ada sayur,paling tidak ulam.
janganlah putus asa memujuk mereka.
ReplyDeletekalau nak cantik,nak sihat, nak awet muda jangan sesekali ketepikan sayur dlm diet seharian kita. setiap menu hidangan mesti ada sayur jadikan amalan. orang kita yang lanjut usia namun kekal sihat sehingga seratus tahun lebih umurnya mungkin menyangkut faktor amalan pemakanan mereka yang sukakan sayuran dan ulaman selain ketentuan Allah swt.
ReplyDeleteaku pun kalau masak menu sayur sentiasa ada sejak anak kecil lagi, termasuklah ulam-ulaman, malangnya yang lekat makan sayur hanya shiqin dan wan, afiq memilih kalau sayur hijau memang dia tak makan dah banyak kali aku lecture dia buat pekak je.
ReplyDeletebetultu kata kjee,anak2 fija semua makan sayur kecuali sibongsu, itupun sejak dia masuk prasekolah...mula tak makan sayur...tapi sejak akhir2 ini Fija dah mula pujuk n rasuah dia supaya makan 2@ 3 helai sayur,pilih sayur2 yg tak pahit utknya...jika makan lebih 5 helai dpt komisyen...t.kasih infotu utk kami semua....
ReplyDeletewah fija pandai rasuah ya.
ReplyDeletesalam kjee...masalah sekarang saya yang x suka makan sayur...pastu saya dah perasan kulit saya makin teruk dibandingkan dengan orang mkn sayur...camna ni kjee????saya penah cuba tp x blh jugak nak masuk tekak ni....
ReplyDelete