Saturday, February 19, 2011

82.Jangan cuba cabar Cik han

kjee mendapat pengajaran yang cukup dasyat apabila bercerita mengenai cik han dalam tiga atau empat entries kjee. kjee sebenarnya ikhlas nak share pengalaman yang kjee lalui bukan nak tunjuk yang kjee ni berani. bagaimanapun, mungkin 'ada' yang tersinggung dengan tulisan kjee.

itulah, selama ini kita ingat apa yang kita lakukan hanya dikongsi sesama insan yang sama darjat dengan kita. rupa2nya ada jugak 'antara mereka yang membaca dan mengikuti entry tersebut' dalam blog kjee. kjee selalu tidak percaya apabila orang cakap macam itu sehingga kjee 'terkena' malam tadi.

malam tadi nadia dan kawannya munirah (mun) sedang membuat kerja2 editing video dalam bilik nadia. video assignment kat Uni. sekejap2 kjee dengar tawa hilai mereka. oleh kerana malam jumaat, kjee kejap2 tegur supaya jangan terlalu seronok sangat. kalau jiran tak marah, nanti 'ada' yang tak suka.

kjee masuk tidur lebih kurang jam 2 pagi. memang setiap malam, kjee dan unclepali tidur lewat, especially sekarang dah sibuk dengan blog kan. tapi kjee tak pernah lupa pasang surah yasin dan juga himpunan ayat suci al ruqyah. unclepali kata ayat2 al ruqyah dapat menjauhkan gangguan iblis dan syaitan.

kjee cukup mengantuk malam tadi. dapat jer bantal, kjee punyalah seronok. kjee tak lupa zikir sikit lebih kurang seperti biasa sebelum tidur. unclepali seperti biasa sambung kerjanya dalam bilik. kjee tak sedar bila masa dia tidur.

apa yang kjee harapkan untuk mendapat tidur yang nyenyak, menjadi sebaliknya. tidur kjee diganggu dengan mimpi bagai halucination. kjee rasa diri kjee diterbangkan dan dilambungkan ke pintu bilik. kjee cuba membuka pintu dan memanggil nadia tapi pintu itu bagaikan ada spring...menganjal balik.

kjee cuba mencapai jam diatas meja untuk tengok waktu tapi lampunya tidak menyala. rupa2nya itu hanya khayalan. kira2 pukul 3.40 kjee tersedar. kjee capai jam. tengok pukul 3.40. kjee ketakutan. tapi tak sampai hati nak kejutkan unclepali.

kemudian kjee cuba recall apa yang terjadi. yang kjee ingat, sebelum kena 'lambung', kawan baik kjee saodah ismail suruh kjee padam entry no 16. kjee kata entry apa, dia kata no 16. kjee panik. apa agaknya entry tu. tapi kjee tak berani nak keluar bilik. komputer ada di luar bilik.

so kjee baca ayat kursi dan kjee tidur. tapi tidur kjee masih tak lena. masih dalam mode halusinasi. mcam di awang2an. kjee tak sedar pun azan subuh. biasanya, kjee mesti tersedar apabila bunyi azan dari mesjid berhampiran.

pukul 8.15 nadia ketuk pintu bilik suruh papa dia alihkan kereta sebab dia hendak ke kuliah. kereta nadia di park sebelah dalam dan dihalang kereta papanya. antara sedar dan tidak, kjee kejutkan unclepali. mata kjee tak boleh bukak langsung. sedar2 dah pukul 10 pagi. kjee tergesa2 bangun dan terus ke komputer.

entry no 16 rupa2nya gambar2 yang nadia amik. gambar2 kampung kemensah dan tempat2 di mana kjee terserempak dengan Cik Han.terkejut kjee. terus kjee tutup komputer. kjee call saodah. bagitau dia mimpi kjee. dia suruh kjee delete entry itu.

kemudian apabila unclepali keluar blik kjee suruh dia delete. unclepali mengelabah hendak delete entry no 16. dia terdelete entry no 17. punyalah kjee kecewa sebab itu entry kjee dengan asia's no 1. apapun nak buat camner.

bila dah delete entry no 16, hati kjee bertambah tenang. kjee harap itulah yang terbaik kjee lakukan. lain kali kjee takkan lagi tulis apa2 cerita mengenai 'dunia lain tu'. yang sudah tu sudahlah. tapi seandainya, 'bende2 itu masih tidak puas hati', kjee akan delete entry no 9, 10 dan 11, jika masih ada entry tu, maknanya tidak apa yang kjee perlu risau.

so kjee harap you all janganlah mintak kjee tulis pengalaman dengan cik han lagi. ini tulisan terakhir kjee mengenai cik han yer. serius ini...kjee takut sangat2.

KJEE MINTAK AMPUN DAN MAAF KALAU ADA MENYINGGUNG 'SAPA SAPA'. KJEE MANUSIA BIASA JER KAN.

10 comments:

  1. kjee seram lak nor ada keje lagi ni nak p dapur ...elok lah kjee delete ...sori tak mau ceta ape2 dah.....norasmah

    ReplyDelete
  2. alam ini sarat dengan rahsia yang sukar terungkap. mohon dijauhkan Allah drpd segala bencana yang terbit kerana kealpaan dan kecuaian kita menangani sesuatu yang tidak kita ketahui. bertawakal kepada-Nya sesungguh hati. yang nyata tentulah nyata yang tersirat menyimpan rahsia tersembunyi. manusia adalah kalifah Allah di bumi tapi sentiasa diuji...

    ReplyDelete
  3. KJee.... semua entry masih boleh dibaca (termasuk gambarnya pun ada) di Google Reader. Jadi entry no 17 tu KJee boleh copypaste semula. Dengan syarat KJ ada follow blog sendiri. Tie masih boleh baca entry no 16 tu....

    ReplyDelete
  4. entry no 17 tu unclepali dah copy paste. yang no 16 tu lantaklah di masuk google. janji dah tak der dlm blog kita hehehe

    ReplyDelete
  5. takutnye.....kemensah tu ade pat bekelah kan...penah gak g mandi2 kat sane....p apepon mmg tempat2 camtu ade"org len"...penah pegi kat sg congkak hulu langat?huhuhu...boleh g tempat2 camni p jejak je tempat tu sy akan bace bismillah n mintaizin..

    ReplyDelete
  6. aku memang tak layan cerita2 han ni bukan apa aku ni penakut yang amat2 jadi sejak dari kecik sampai dah tua ni tak tengok dan baca fasal cik han.

    ReplyDelete
  7. Kita pn x nengok ceta hantu..
    Waima ceta anto kelako2...
    Takut....

    ReplyDelete
  8. as salam kak jee...suka baca blog kak jee tp n3 bkaitan ngan cik han sy skip...tak berminat....(@ takut....he..he...)cumanya sy harap lepas ni jgn lah kak jee mimpi ade org suh delete dis blog or ur fb....kalo mimpi mcm tu nnt kak jee cepat2 bangun dan pi basuh kaki tau...he..he....

    ReplyDelete
  9. cian kjee..x pe peh ni x do la lagi datang ngacau tu sbb kjee dah minta maaf, baik kjee ni, gan mike pun kjee minta maaf..hehehe

    ReplyDelete
  10. macam dlm citer bilik no 13!

    ReplyDelete