Friday, February 25, 2011

97. puff daging

sejak anak dara kjee asyik membuat roti, kjee dah terlupa nak buat puff. walhal sebelum kami belajar membuat roti, puff sahajalah yang menjadi makanan di waktu waktu sore. eh sore? kita kan orang jawa hehehe.

ada jer puff yang kjee buat. sekejap puff daging, puff sardin, puff apple dan jugak chicken pie. pie dan puff tu guna bahan asas sama. basic puff doh tu kjee beli. buat apa nak buat kalau yang dah siap punya ada. lagipun tak lah mahal sangat. buat sendiri bukan tentupun menjadi kan?

jadi hari ni kjee nak ajar you all buat puff daging yang resipinya seperti biasa hantam sajalah labu. hehehe. kenapa ketawa? jadi dan sedap tau. seperti biasa kjee copy paste jer resipi ini dari facebook kjee. malehlah nak salin balik kan. kerja instant hehehe.

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




puff yang menggunakan pastry kawan ni memang versatile. sukati kitalah nak letak inti apa ker. kalau suka manis, kaya atau jem boleh dijadikan inti. kalau suka pedas dan spicy, sambal tumis ikan bilis pun boleh dijadikan inti. terpulang kepada kreativiti masing2. cuma perlu diingat, inti dia tidak boleh basah. itu jer. kalau gunakan pastri segera spt jenama Kawan, ia mesti dikeluarkan dari peti ais kira2 10 minit sebelum digunakan. kalau terlalu beku, hasilnya tidak akan nampak cantik. tadi kjee buat, batch pertama yang masuk oven taklah naik tinggi dan cantik macam batch yang terakhir. tapi kalau dibiarkan lama sangat di luar, susah pulak nak pisahkan daripada dalam peket. walaupun dilapik dengan plastik (bahan mentah) susah pulak kalau melekat. jadi, cara terbaik, bila dah keluar selama 10 minit, ceraikan antara satu sama lain cepat2. Kjee buat inti karipap biasa untuk resipi kali ini. Kalau daging terlalu keras, rebus dulu baru dadu kecik2. kjee guna daging batang pinang.

BAHAN2:
1 peket pastri jenama kawan (spt gambar di bawah)
Daging didadu kecil2 (ikut suka banyak mana)
1 labu bawang besar (dadu)
1 sudu besar rempah daging
2 biji kentang (didadu dan dicelur setengah masak)

Panaskan periuk atau kuali guna 1½ sudu minyak dan tumis bawang. kemudian apabila bawang sudah layu, masukkan rempah dan tumis lagi hingga naik bau. masukkan daging. tidak perlu bubuh air kalau guna daging mentah. kalau guna daging yang direbus terlebih dahulu, simpan air rebusan dan masukkan 5 atau 6 sudu sahaja. kemudian masukkan kentang yang telah dicelur setengah  masak dan bubuhlah sedikit garam dan bahan perisa jika suka. masak guna api perlahan hingga kering. sejukkan kira2 1 jam.
panaskan oven suhu 180 guna api atas dan bawah. pastri telah dikeluarkan dari peti ais sekurang2nya 10 minit dan kini berada dalam suhu bilik. pisahkan sekeping dan letak atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung. kemudian bubuhlah sedikit inti ditengah2 pastri. kemudian ambil sekeping lagi dan ditoreh2 kemas ditengah2nya. toreh itu mesti putus. (eh faham ke ni. kalau tak faham buat2 jer lah paham yer. hehehe). kemudian ditutup pastri yang sudah ditoreh itu keatas pastri yg ada inti. lekatkan tepinya. kemudian ambil garfu dan tekan keliling empat penjuru. pastu angkat dan bubuh atas dulang pembakar. buat semua sampai habis. ikut sukalah nak buat camner. (tengok gambar). pastu pecah telor, amik putihnya sahaja dan campur dengan sedikit butter. kacau sama rata dan berus bancuhan telor itu diatas pastri sebelum bakar. bakar selama 20 minit. itu jer. selamat mencuba.

Related Posts:

  • PUFF SOSEJ, TELOR MATA KERBAU DAN BAKED BEANS Semalam plan nak buat breakfast lain tapi pagi ni jadi yang lain pulak. Tak tau kenapa roti benggali yang Nadia buat malam tadi tak menjadi. Entah mana silapnya. Kjee pun pernah buat roti benggali 'bantat' macam tu. Maka r… Read More
  • KARIPAP KENTANG AYAM SPECIAL Kelakar betul. Korang jangan ketawa menu bekfas Kjee pagi ni. Cadang tadi nak buat cekodok jagung udang versi tembab. Ala versi Che Mat Gebu. Tapi apabila masuk ke dapur, lain pulak citernya. innity_pub = "d1dc3a8270a6f939… Read More
  • 112. chicken mushroom pot pielepas baca entry bantal bucuk sampai tergolek, kjee bagi resipi lak. chicken mushroom pot pie with brown sauce. nak cepat ni sebab nak masak lunch. tapi sotong baru jer rendam sebab leka blogging dan layan FB. tapi tadi kjee … Read More
  • SAVOURY BEEF + EGG PUFFS Tu dia benjolnya Kalau buat masakan omputih kena tulis cam tu...savoury beef plus egg puff..baru ada kelas. Cam biasa tak tahu low class ke high class. Sebenarnya, Paf inti daging dan telor rebus yang pedas. Itu jer. … Read More
  • APPLE PUFFS INTI MENTAHbaru jer balik dari melaka. ngam ngam 12 jam sampai balik rumah. keluar kul 12.30 tengah hari sampai balik kul 12.30 malam. kesian unclepali. abis nak buat camner. mula ingatkan nak tido. sampai kat pengkalan balak tetiba ter… Read More

6 comments:

  1. Kjee, tak mo makan bebanyak walaupun tekak ni kalau disumbat, 5 keping tak de hal punya. Bukan apa, takut badan puff up! Hahahaha

    ReplyDelete
  2. badan kjee dah lama puffed up! makes no difference now. hehehe

    ReplyDelete
  3. chun kalau buat mesti potong dua. konon nak kecikkan size serving..
    tu lah.. kononnnnn.. muahahaha

    ReplyDelete
  4. nak buat jugalah, kalau aku rajin jap lagi.

    ReplyDelete
  5. MUDAHNYER.............MESTI KENA CUBA...

    ReplyDelete
  6. Adui.. tetiba jadi lapar sangat nih... puff daging mmg sedap, sardin pun saya suka

    ReplyDelete