Saturday, February 26, 2011

99. suami mahu kahwin lain sebab nak elak zina!

tadi kjee terima mesej dari seorang kawan FB ( kjee bagi nama dia Puan A) yang bercerita mengenai masalah yang dihadapinya dengan suaminya. dia kata suaminya kini berura2 hendak menambah lagi satu cawangan walaupun di segi kewangan, suaminya memang tidak mampu.

terkedu kjee seketika apabila membaca mesej Puan A. walaupun ringkas, tetapi kjee dapat selami jiwa dan perasaan dia ketika ini. Kjee pasti Puan A sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan sehingga sanggup meluahkannya kepada Kjee, kawan yang baru sangat dikenalinya.

bukan sahaja Puan A tetapi kjee ada juga terima email dan mesej daripada beberapa wanita yang mengalami masalah sama. kjee tak tahu samada kjee orang yang paling tepat memberikan nasihat. airmata kjee bergenang ketika kjee menulis entry ini.

mungkin luahan hati Puan A dan beberapa teman lain yang sanggup menceritakan kepada kjee, berkaitan dengan tulisan kjee dalam blog ini. Kjee cuba sedaya upaya tidak mahu menyakitkan hati sesiapa ketika kjee menulis cerita kjee itu. maklumlah walaupun dia sudah arwah, namun dia masih ada waris iaitu nadia dan abang nadia.

nasib kjee memang malang sebab kjee seorang wanita yang agak open. bukan sahaja dari segi percakapan tetapi juga cara. kalau kjee tak suka, kjee sangat telus. there's no two ways. kjee tidak akan berlakon,. tetapi dek kerana sekarang usia sudah semakin lanjut, kjee cukup berhati2 dalam menyampai apa yang ingin kjee sampaikan.

ini berbeza dengan sikap kjee masa muda. oleh kerana itu, segala apa yang terjadi dalam rumahtangga kjee, kjee sering dipersalahkan. dan apabila berlaku perceraian juga, kjee juga dipersalahkan. kjee dituduh macam2. orang tua kjee juga berjaya dihasut. mereka percaya bulat2 kerana memang sifat kjee ibarat langit dengan bumi dengan beliau.

mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kjee, sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku. apa yang mereka nampak di depan mata, itulah yang mereka jaja keliling kampung. tetapi akhirnya orang tua kjee mendapat tahu cerita yang sebenar. masa itu hati kjee sudah terlalu luka kerana mereka turut terpengaruh dengan pihak sebelah sana dan menghukum kjee tanpa 'giving me a fair trial'.

berbalik kepada cerita Puan A. suaminya begitu bersungguh hendak berkahwin lagi kerana mahu elakkan zina. aduh. itulah ayat paling power yang digunakan oleh suami ketika hatinya sudah beralih arah. kerana mahu elakkan zina, sanggup lukakan hati wanita yang telah bersamanya begitu lama, menyediakan makan pakai, melahirkan anak2nya dan menelan segala kerenah suami.

apakah jika tidak berkahwin lagi, suami Puan A akan berzina? mengapakah imannya tidak kuat? mengapakah dia tidak mahu memikirkan masa depan isteri dan anak2nya. masa susah siapa di sisinya? sekarang dia sudah senang sudah ada segala2nya, begitu mudah dia mensia2kan orang yang selama ini hidup bersama tanpa menghirau saat2 susah dahulu.

dulu, kjee mengambil jalan mudah. I followed my heart. akibatnya, kjee hilang seorang anak, tapi masa itu, kjee hanya terfikir satu...apakah anak itu sanggup berkorban untuk mama dia sebagaimana mama dia sanggup berkorban untuknya?

sebenarnya, kalau seorang suami itu sudah mengeluarkan kata2 dia hendak berkahwin lagi, menangis airmata darah sekalipun, dia tidak akan berganjak. hati mereka tidak selembut wanita, pabila dipujuk, mudah cair. tapi mungkin tidak semua lelaki seperti itu. maaflah kalau kjee ini keterlaluan.

Pada Puan A dan juga mereka yang senasib dengannya, cara yang paling baik adalah pergi ke pejabat kadi dan minta nasihat. dapatkah hak anda di sisi undang2 dan agama. itu sahaja yang boleh kjee hulurkan sebagai nasihat. Jangan sesekali ikutkan hati. Jangan jadi seperti Kjee.

terima kasih kerana meluahkan isi hati kepada kjee. kjee sangat2 terharu atas kepercayaan anda.

13 comments:

  1. kepada mereka yang menghadapi masalah ini, be strong. jangan anggap anda sudah hampir ke penghujung jalan. ingatlah, wanita lain mungkin tidak menghadapi masalah ini tetapi mereka terpaksa berperang dengan penyakit kronik seperti kanser dan lain2. tapi anda mungkin boleh mengubah nasib anda dengan bantuan allah swt. berserahlah kepadaNya.

    ReplyDelete
  2. nasib kita tak sama. Berbagai cubaan dann dugaan yang Allah bagi.Setiap orang dengan cara yang berbeza. Kesabaran saja yang menyamakan kita.

    ReplyDelete
  3. kata2 unclepali sebelum kjee tidur malam tadi buat kjee cukup terharu..."kenapa mesti lakukan zina. tak perlu. kjee terkejut. kemudian dia sambung. isteri yang sah kan ada..."
    hmmm entahlah.

    ReplyDelete
  4. Kjee.. mmglah perkara poligami perkara halal yg paling tak disukai wanita, sbbnya sikap suami jgk yg membuatkan poligami itu jadi pahit. Mgkin jgk sikap wanita yg selalu shoulder tgjwb milik suami membuatkan suami lepas tgn dan rasa mudahnya hidup. Klu itu situasinya, 'kembalikan' semula tgjwb tersebut supaya dia tahu beratnya dan berfikir dua kali..itu pun bg yg mahu berfikir dgn waras. Sbb banyak kes yg saya dgr..suami bila dah kawin baru mengaku.. kawin ni sedapnya mcm nak memerut..bila dah lepas takde yg manisnya pun.
    Mungkin jgk boleh ingatkan pada suami.. jgn smpai kat akhirat esk, elok2 awak dah layak masuk syurga sbb amalan, tiba2 kat pintu syurga dari kanan isteri pertama tuntut hak dia yg tak selesai, di kiri isteri kedua tuntut hak dia yg terabai, depan blkg anak2 tuntut hak yang tak diberikan..elok2 calon syurga terus terhumban ke neraka!. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Kjee... seringkali kalau berlaku perceraian... pihak isteri dipersalahkan... tak pandai jaga suamilah... macam2 aje... tapi spt kata kjee... orang laki ni kalau dah nak kawin lagi... kita ikatlah dia... kita kurunglah dia... dia kalau nak buat senyap2 belakang kita pun dia buat...

    ReplyDelete
  6. nafsu manusia mcm ni mmg x leh bendung... ghairah sgt dengan nafsu serakah... slame ni isteri depan mata tu la yg di"syg2"nye, bile tgk yg bergetah sikit mule kendur je tgk isteri dpn mata... mule la bg alasan isteri busuk, bacin, bau ikan masin, ikan kering... padahal nafsu serakahnye dh menggebu2 pada org yg baru... otak singkat la.. pk sedap je x kemane pon... sedap sesaat, susah selama-lama

    ReplyDelete
  7. saye pon ade pengalam jugak kakjee.usia 24 thn suami dh mule curang dgn pompuan belainan agama (nurse)..saye mintak izin dgn dia untk pulang ke kg.. masa saya d kg puas dia pujuk spaya sya tidak desak dia untk becerai.saye naik pejabt agama mahkamah syariah tp hnye utnk khidmat kaunseling.suami saye dh mcm hilang punca bila saye nekad nk bepisah..saye mmenag tak rela d madu.ape semua saye bg..2 org anak lelaki dn perempuan, mkn minum terjaga, penampilan dn hormat ibubapa mertua..tp bila dia mula bekawn dgn perempuan..lama2 jtuh cinta.saye sedih dn kesal tp saye kuatkn smngat tidak mengamuk dn serang suami..sbb dia ade maruah..cume saye pinta...lepaskn saye.akhirnye suami melupakn perempuan tu dan kembali ke pngkuan kami ..sememmangnye pologami itu mimpi ngeri bg wanita lebih2 lagi suami nk kawen lain sbb nfsu..smapia skarg saye msih ingt ape yg telah suami lakukn..kepercyaan hnye 40peratus je..tp saye bg bnyk syarat.antaranye..saye behenti kerja., duit gaji saya pegang dn kereta dn rumah ats name saya..bukan mata duitan dn Quen control..tp behati2 agar ade bekalan bila suami curang lagi.

    ReplyDelete
  8. kepada mereka yang buntu dalam membuat keputusan, buatlah solat istiqarah/tahajud/hajat. kjee pun pernah lakukan. taak sampai seminggu, kjee dapat jawapan...bukan itu sahaja, allah swt turut menghantar seorang insan berhati mula bernama unclepali untuk menjadi teman hidup kjee. alhamdullilah syukur!

    ReplyDelete
  9. jee arwah Bahayah bermadu 3, walaupun mereka semuanya baik.Tapi kesian bahayah je yang tolong suami berniaga, walaupun suaminya orang kaya dan bagi semua seadilnya jauh disudut hatinya aku tau dia keciwa sbb dia tak ada masa dengan anak2 sehingga anak membesar dengan mak aku je, nak berjalan keluar negara bercuti pun susah sbb tidak ada masa. Lagi 2 isteri senang lenang nak jalan je minta duit dgn bahayah dan bawak anak masing2 jalan gi overseas. arwahnya memang penyabafr sesangat. sekarang setelah arwah dan suaminya nya meninggal aku terharu juga sbb masa anak arwah hendak menikah kedua-dua ibu tirinya berkerjasama untuk buat majlis perkawinan. mungkin diorang terkenangkan kebaikan arwah semasa hayatnya.

    ReplyDelete
  10. saya hidup bermadu dh 6thn........pahit mmg byk, tp prinsip saya....aku tak kacau kau,kau jgn kacau aku....yg jln senget di akhirat ttp senget..hehhehe

    ReplyDelete
  11. bak kata arwah mama: marriage is a risk..kalau dia tak buat openly..kat belakang pon boleh..Tapi arwah mama dah bersumpah supaya anak2 dia tak bermadu. Atas jasa arwah mama masa hidup dia byk tolong madu2nya, diorang pun selalu contact tanya khabar.

    but deep inside, rasa2nya arwah mama byk gak pendam perasan. Cuma dia tak luahkan aje kot kat kitorang. Semoga roh dia aman dan payung emas menunggunya dia akhirat....amin.

    ReplyDelete
  12. Suami kalau dia nak kawin lagi sebab takut berzina tu alasan yang bodoh. Macam dulu muda muda, kalau u tak nak kawin dengan I , I bunuh diri. Naif nyer kan.

    Saya sokong nasihat kak Jee, gi jumpa peguam ke, penasihat agama ke. Kalau A kerja, susun strategi, bagaimana nak susun keluarga.

    Cadangan saya, Kalau nak kawin lagi kena buat betul betul. Bagi dia bukak mata. Harta sepencarian mestilah di masukkan. Segala harta harta yang ada sekarang hendaklah di declarekan dan hak hak anak terus di berikan. Masa ini, banyak yang dia setuju. Buatkan bertulis. Kalau boleh caveat semuakan barang barang yang ada. Kira satu satu depan dia. Pinggan mangkuk, semuanya, kereta, hutang berbaki semuanya, buat hati keras. Kalau terpaksa carikkan saksi untuk membuat pembahagian dan tengok apa yang tinggal buat dia. Lepas dah buat tu semua, buat pula perjanjian jika sudah berkahwin dua. Buat taklik baru supaya jika dia melanggarnya boleh lah di ambil tindakan undang undang yang boleh memenjarakan dia jika tidak mampu bayar. Tukar semua harta ke atas nama nama anak anak dan nama sendiri.

    Suruh dia isi surat potongan gaji terus ke akaun anak anak.

    Tengok dia nak kawin lagi ke daak...

    ReplyDelete
  13. Say sudah lama hidup bermadu. Banyak sakit hati dari senang hati. Kita macam nak raklah jaga hati dia, tidak tunjuk lebih-lebih depan dia bila suami ada. Dia pulak lain. Masa itulah nak tunjuk yang dia ni isteri yang paling mithali, semua dia nak buat dan uruskan, paling efficient konon. Saya ni dibuat macam tunggul. Nasib baik suami faham, ditenangkan hati saya dengan nasihat dan ucapan kasih sayang.

    ReplyDelete