Tuesday, March 1, 2011

107. kjee mula memandu ketika usia 14 tahun!!

macam inilah kot kereta fiat yang kjee drive masa usia 14 tahun!
kjee dapat lesen memandu ketika usia 18 tahun. tak payahlah tanya tahun berapa..hehehe korang sebenarnya nak tahu berapa usia kjee kan? ah tak payahlah tahu.

kjee mula pegang steering ketika usia 14 tahun. eh bukan peganglah...mula memandu ketika usia itu. mesti korang tak percaya tapi kjee ni jenis berani mati. masa tu ingat lagi kjee sekolah kat air panas, setapak. ada seorang budak filipina sama sekolah situ. nama dia fatima villanueva. bapa dia baru ditukar bertugas di malaysia. ntah company apa, tak ingat. dia tinggal kat kawasan air panas so fatima sekolah di air panas girls school.

fatima dan kjee kamceng sangat. entah kenapa dia suka sangat kawan dengan kjee. peliknya si fatima ni, mak dia islam tapi bapak dia kristian. dan anak2 semua kristian. kat rumah fatima adalah sebiji kereta fiat kecik yang bulat macam beetle (bukan beetle VW). kjee tak ingat camner kereta tu boleh ada kat situ. tapi yang bestnya kereta tu masih boleh bergerak!!

kalau sebelah petang ada sukan, kjee tak balik rumah tapi lepak dulu rumah fatima lepas habis kelas. dan kereta fiat kecik tu jadi mangsa kjee dan fatima. dia ni dah lama pandai bawak kereta so dia ajarlah kjee. mula2 dia memandu keliling pekan kecik air panas. lama2 kjee pulak ambik alih apabila sudah cekap. tapi hanya tahu masuk gear dan pandu terus. nak gostan tak tahu. jadi amik jalan mudah. terus pandu ke depan tak payah susah2 nak gostan sebab tak reti.

macam kereta mini minor kjee dulu. kaler pun sama!!
satu hari cikgu sudah dapat tahu. maklumlah rumah fatima dekat sangat dengan sekolah. ada kacang hantu dah report. cikgu bagitau bapak kjee. bapak punyalah mengamuk. so kjee ingatkan habislah riwayat aku hendak memandu kereta. rupa2nya jadi sebaliknya.

satu pagi (hari sabtu), bapak telah kejutkan kjee. kjee tengok jam pukul 5 pagi. bapak ajak kjee keluar. dia nak ajar kjee memandu!! memang gilerlah tapi kjee punyalah suka. kalau dia ajar maknanya kemarahan dia taklah berlanjutan.

korang tahu kenapa bapak ajar memandu pukul 5 pagi? sebab waktu tu mana ada kereta dekat jalanraya. so selamatlah kalau kjee bawak kereta di tengah2 kota. wah seronok sangat. bawak sekejap ke tepi sekejap ke tengah. mak pun ikut. dia duduk belakang. tapi most of the time dia tidur. bapak jugak siapkan huruf L besar (kertas A4) warna merah, yang ditampalkan pada kotak dan diletakkan di depan dan belakang kereta.

dulu2 mana ada sekolah memandu. atau mungkin ada tapi kjee tak tahu. maklumlah masa itu baru umur 15 tahun. setiap pagi hujung minggu, bapak akan paksa kjee bangun dan belajar memandu. mula2 memandu di jalanraya kemudian dia bawak kjee ke padang dan ajarlah macam mana nak parking dan lain2.

bapak ni seorang guru yang garang giler. habis lebam peha kiri kjee kena cubit. tak cukup dengan itu siap ugut :"ah kau memang bangang. besok tak payah belajar lagi!". ini terjadi apabila kereta tetiba buat hal dan tersengut sengut tak nak ke depan. salah masuk gear. ugut punyalah berdegar2 tapi esoknya kul 5 pagi, dia kejutkan jugak. kena bangun belajar lagi.

satu pagi, sedang kjee bawak kereta terhoyong hayang kat jalan pekeliling (depan flat pekeliling yang sekarang dah roboh), tetiba ada patrol car kejar. mak yang tidur kat belakang terjaga. mak ni memang kaki gelabah cam kjee. or kjee kaki gelabah cam dia. bapak cepat2 suruh kjee berhenti. polis pun potong kereta kami. bapak terus keluar. entah apa dia kelentong, akhirnya polis lepaskan bapak. kjee pun tukar tempat duduk. bapak bawak balik kereta.

selepas itu, kjee dah tak bawak kat jalanraya. kjee banyak belajar kat padang. kekadang kalau bapak balik melaka, dia suruh kjee bawak sebab masa itu kira dah terer.

masa dulu badan kjee kecik. bolehlah naik kereta cam ini. hehehehe
genap jer umur 18 tahun, bapak kata sudah sampai masanya kjee nak pergi ambik test memandu. kjee punyalah panik apabila kena naik kereta yang disediakan JPJ untuk amik test. muka kjee pucat, toreh tak berdarah. abang tester tu senyum jer tengok kjee panik. "sudahlah adik. tak payahlah takut sangat. kira pass lah," dia kata. eee punyalah suka. masa tu baru 15 minit kot kjee bawak pusing2 kat KL.

dulu2 tak der ujian undang2 macam sekarang. lesennya berbentuk buku kecik yang lebarnya separuh dari buku 555. apabila nak renew, diberi resit yang ditampal dalam buku tu. sayang dah tak der kalau tidak boleh jadi kenangan.

kjee beli kereta pertama kjee ketika usia 20 tahun. masa tu kerja NST. susah nak pergi kerja tak der kereta. lagipun kalau nak pergi assignment kena naik teksi atau tumpang jurugambar. nak pinjam kereta bapak pun, asyik banyak sangat soal jawab. so, kjee pinjam koperasi NST sebanyak rm2,000 dan belilah kereta mini minor warna hijau. ala2 kereta kereta mr bean! rm2-ribu jer! masa tu beli terus boleh bawak balik! punyalah mudah.

sampai rumah bapak mengamuk kenapa tak minta kebenaran dia dulu. aduh kena lecture pulak. nak pinjam kereta dia, tak nak bagi! beli guna duit sendiri pun nak marah. memang bapak ni panas baran..

apabila beli kereta second hand yang dah lanjut usia, faham2 jerlah penyakit dia. satu malam balik dari kerja pukul 2 pagi, kjee ambiklah jalan pintas dari NST, menyusur jalan belakang dan naik ke bukit menuju ke Pantai medical centre. turun bukit, rupa2nya brek tak makan. nasib baik sampai kat bawah bukit, jalan lengang, kalau tidak kjee dah innalilah.

seronok jugaklah guna kereta ala2 mr bean ni. masa dulu2, kereta sport paling popular ialah mini 1275. kjee punya mini minor bodoh jer. tapi kjee pergi kedai assessori dan tampal 1275 pada kereta kjee. wah semua ingat kereta kjee betul2 power!! kahkahkah

apapun, nasihat kjee pada kaum perempuan, janganlah beli kereta second hand kalau awak tu single. kita tidak tahu bila kereta itu nak rosak. kalau beli kereta baru, sekurang2nya 3 tahun, kita dijamin kereta itu tidak akan buat hal.

 masa anak dara dulu (setelah ada kereta sendiri), kjee pandailah tukar minyak hitam, tukar spark plug dan tukar tayar sendiri. tapi bila dah kahwin, terus lupa sebab ada suami untuk ambik alih kerja itu.

sekarang ini dah 2 tahun lesen kjee mati. malaslah nak renew. kita pun dah sampai usia nak expire. buang masa dan duit aje nak renew kan? saman? ada satu masa accident kat hulu langat. tapi polis tak cari pun sampai sekarang. ala kalau polis tengok kjee dan OKU sekarang, mesti dia kesian dan kensel saman tu kan?  heheheh.

sekarang ni nadia bertuah betul. usia 16 tahun belikan dia motosikal..jenis mosquito. kemudian usia 18 tahun belikan kancil. dan ketika usia 23 tahun dah tukar guna alza. hmmm anak2 sekarang yer.

2 comments:

  1. rezeki anak2 kjee kita mampu untuk mereka reda je....plat jalan pekeliling banyak kenangan nor di situ area jlan pekeliling hospital bersalin kualalumpur semua itu kenangan masa zaman remaja...norasmah

    ReplyDelete
  2. wow terer lah kau, aku belajar memandu tahun 1981 masa tu tengah tunggu result SPM bodoh dua kali ambik baru lulus tapi aku bangga tau walaupun bodoh aku dah memandu di Amerika masa sb belajar dulu dan aku pun ada ambik lesen masa duduk diLA dan Oklahoma. Bukan senang nak memandu di LA tau kena banyak bukak map dulu tak ada GPS even orang LA memandu pun ada yang pakai map sbb banyak highway dan freeway nak kena ingat jadi dengan adanya map sangat membantu. tapi pengalaman memandu tak macam kau, kau kan lebih senior dari aku, hehehe saya tahu umur anda tapi tak boleh cakap oops.

    ReplyDelete